Pages

Friday, April 29, 2011

Allah Maha Besar ...Sumpah Laknat oleh Datuk Eskay telah berjaya dilakukan








Walaupun cuba dihalang oleh sekumpulan pemuda PKR namun akhirnya Datuk Sharzly Eskay berjaya melapafkan sumpah laknat yang antara lain mengatakan bahawa jika beliau memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim maka laknat Allah akan menimpanya. Sumpah tersebut dilafazkan di Masjid Amrul Al As Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.25 petang Jumaat.

Turut serta menemani Eskay adalah Tan Sri Rahim Tambhy Chik serta Datuk Shuib Lazim. Datuk Eskay dikawal ketat berikutan ancaman yang diterimanya sehingga terpaksa memakai baju kalis peluru semasa menghadiri majlis sumpah laknat tersebut.

Beliau yang tiba di majlis kira-kira jam 4.15 petang itu menunaikan solat sunat sebelum melafazkan sumpah laknat tersebut. Kandungan sumpah laknat tersebut seperti berikut;

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Melafazkan kalimah shahadah sebanyak tiga kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011.

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

sumber : agenda daily

Tuesday, April 26, 2011

Wartawan Melayu Malaysiakini jadi barua kepada golongan rasis !



Apa muslibat musibat seorang wartawan Melayu Malaysiakini bernama Salhan K Ahmad yang cuba mainkan isu perkauman tentang isu kecil pergaduhan pelajar di sebuah sekolah di Shah Alam ?

Confirm lah   wartawan Melayu Malaysiakini  ini sudah  menjadi barua kepada bos mereka yang berfahaman rasis. Isu kecil ini pun di sekolah mereka mahu perbesarkan di portal politik .

Mengapa mereka   memperbesarkan isu kecil ini sedangkan perkara ini  boleh diselesaikan antara pihak sekolah , PIBG dan polis? 

Jawapannya ialah mereka inilah merupakan punca , batu api , penghasut kepada satu kaum  bagi menunjuk ketidakpuasan hati dalam beberapa isu walaupun kecil .


Jadi, awas kepada portal milik pembangkang yang bertokan rasis sepertimana  DAP !!!

Saturday, April 9, 2011

DAP sendiri janji kepada penduduk Flat Padang Tembak , tiba-tiba BN kena tanggung ??




Ketua regim DAP P.Pinang , Guan Eng  yang gila publisiti terus memutar belitkan isu flat kos rendah padang Tembak menggunakan skill  cakap lidah biawaknya bila berdepan media .  Isu Flat Padang Tembak ini yang heboh bila PM turun melawat perumahan yang dibina kerajaan negeri itu dan bila melihat sendiri masalah yang dihadapi penduduk .

Di tambah menarik lagi  , ketua regim DAP lebih dahulu ke kawasan itu dari Najib  dan janji kepada mereka bahawa hendak cat semua flat di kawasan itu . Tetapi yang membuatkan penduduk tidak puas hati adalah Guan Eng dan kerajaan negeri yang dikatakan mempunya lebihan wang ini hanya menanggung kos mengecat hanya 80 % dan selebihnya dibayar oleh penduduk .

Bila ramai penduduk di situ  marah kepada kerajaan negeri kerana meminta wang kepada  penduduk yang kebanyakannya berpendapatan rendah bagi menampung kos mengecat ini   , Guan Eng dengan kemahiran berlidah biawaknya , terus melibas lidahnya  kesemua ini kepada kerajaan Pusat untuk tanggung kos mengecat flat itu .

Persoalannya , siapa sebenar yang tabur janji kepada penduduk di situ ?? Bila dikorek cerita ini , muncul di TV3 ada video  pemimpin yang bergelar Anugerah Tuhan la yang janji bagai nak gila kepada penduduk flat Pdg Tembak bahawa bila Pakatan menang akan cat ke semua flat di situ .

Ini sudah 3 tahun  mereka menang dan berkuasa ... mengapa kerajaan negeri regim DAP ini tidak menunaikan janji mereka kepada penduduk ?

Yang melucukan lagi .. Adun di kawasan itu cakap Anwar bukan bermaksud  cakap menang saja  Pakatan di  negeri  P.Pinang dan kawasan DUN itu baru dapat dicat rumah , tetapi menang Kerajaan Pusat ! hahaha............

sama skrip la macam dia ditipu penduduk Kg Buah Pala ..hahaha .. lihat di bawah ini cakap Ketua Menteri DAP yang  pembelit No 1  bila bercakap ....


Tambahan pula kata Lim, kerajaan negeri Pulau Pinang tiada kedudukan kewangan yang kuat untuk bersaing dengan kerajaan persekutuan dari segi peruntukan dana.

“Jika Najib mahu membiayai penuh kos mengecat semula flat-flat Rifle Range dan kesemua rumah pangsa dibina kerajaan di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk memberi laluan dan biar kerajaan pusat yang mengambil pujian,” katanya lagi.

Lim menambah, Najib juga ada mengatakan yang beliau hanya mengunjungi flat Rifle Range sekali dan mengumumkan kerajaan negeri akan memberi subsidi 80 peratus kos kononnya selepas mengetahui perdana menteri akan melawat, yang diadakan semalam.

“Sekali lagi, Najib disalah maklum oleh penasihat-penasihat BN Pulau Pinang. Ia bukan kali pertama saya melawat flat Rifle Range.

“Dan, keputusan kerajaan negeri mahu memberikan subsidi 80 peratus kos mengecat bukan dimaklumkan kali pertama di flat Rifle Range atau di Kampung Melayu tetapi kira-kira dua minggu lalu di flat Mahsuri di Bayan Baru, yang perdana menteri tidak melawat langsung.

“Atas alasan ini, jika Najib dan kerajaan pusat sanggup untuk menaja kos mengecat semula seratus peratus, kerajaan negeri bersedia untuk memberi laluan,” kata Lim sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berlumba-lumba dengan kerajaan persekutuan dalam memperbaiki kehidupan rakyat.

“Meletakkan kepentingan rakyat berbanding politik sentiasa menjadi asas bagi kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat,” kata Lim lagi. MI

Kastam cuba main wayang , DAP tukar sorak !!


Lihat betapa tinggi dokumen yang diperolehi. Bayangkan satu hilai itu komisyen sekotak rokok, berapa banyak jumlah terkumpul?

Sebentar tadi, satu sidang akhbar telah dipanggil oleh Pekasa, Cuepecs, Ketua-Ketua Union Kastam Diraja Malaysia, dan lain-lain.

Pihak Kastam membangkitkan untuk bertemu dengan Ketua SPRM. Kononnya mahu bertemu KP SPRM untuk dapatkan keterangan dan jaminan supaya Pegawai yang disoalsiasat tidak dipukul.

Ketua Pengarah KDRM juga nak jumpa PM untuk dapatkan keterangan mengenai isu kematian baru-baru ini. Ketua Pengarah mahu nama si mati dibersihkn dari tuduhan bunuh diri.

Pelik ... macam mana dia mahu mendahului siasatan polis? Kenapa perlu seorang penjawat kerajaan perlu buat sidang akhbar dan dedahkan apa yang mahu dibincangkan dan dituntut?

Cuepecs pun turut serta mahu bertemu dengan KP SPRM pada 12hb jam 3 ptg. Nampak sangat Kastam mahu berhelah. Macam orang tutup kesalahan.

Terdapat juga percubaan dapipada pihak forwarding agent yang cuba menggagalkan usaha SPRM di dalam menjalankan siasatan kes rasuah. Bukankah ini boleh menyelamatkan yang kerajaan berbillion ringgit?

Dengan menggunakan isu kematian pegawai kastam bagi mengalihkan pandangan masyarakat kepada isu kematian pula. Mereka telah sekian lama menipu kerajaan daripada segi pungutan cukai dan mahu rakyat melupakan isu pokok yang sebenarnya.

Mereka sekarang menggunakan pakatan pembangkang dan mempolitikkan isu kematian ini. Masyarakat harus pandai membeza isu kematian dgn isu rasuah dan juga aktiviti haram pihak forwarding agent ini.

Dari maklumat yang diterima selama ini, Forwarding agent yang yang membantu DAP dengan kewangan. Jadi tidak hairan dap begitu bersungguh sungguh mahu mempolitikkan isu kematian ini.

Pada hari ini juga, Pegawai SPRM Mohd Azwan bin Ramli telah membuat laporan polis di IPD PUTRAJAYA.

Azwan mendakwa pada april 7hb, China Press Online telah menyiarkan kenyataan Nga Kor Ming, ahli Parlimen Taiping dari DAP bahawa mengikut statistik 10 tahun, seramai 1,839 orang telah mati semasa dalam tahanan SPRM. Pengadu mendakwa wujud unsur2 fitnah terhadap SPRM.

Kenyataan ini satu pembohongan dan boleh jejaskan kredibiliti SPRM. DAP terus nak menyalah kerana mereka lebih pentingkan politik dari sebenarnya mahu bersihkan negara dari rasuah.


sumber : the unspinners 



Komen PB 

Kepada KASTAM Malaysia ... mengapa takut sangat  ?? Ooo SPRM sudah kacau periuk nasi hang pa ka ??

Sudah lama dah hang pa dok buat kerja ini ... TIPU  hasil Kerajaan Malaysia ... sekarang bila nak kena siasat , baru hang pa ketaq guna Union la ..

Kepada SPRM , Jangan takut dengan puak - puak ini walaupun Pengarah depa .. sepatutnya kalau pegawai2 kanannya kena cekup Rasuah , Bos di atas patut malu dah letak jawatan atau pun digantung tugas !!