Syabas Malaysia !! Akhirnya Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam tadi untuk layak dengan agregat 2-0.
Sejak wisel permulaan lagi, Vietnam jelas mengasak kubu skuad negara tetapi barisan pertahanan kita kental bertahan menahan asakan . Di samping itu juga ketangkasan penjaga gol Kelantan , Khairul Fahmi Che Mat juga banyak menyelamatkan pintu gol negara .
Malaysia juga mendapat banyak peluang untuk menambahkan gol selepas pasukan Vietnam bermain 10 orang kerana seorang pemainnya dilayangkan kad merah. Peluang terbaik negara menerusi Amri Yahya yang hanya perlu menerjah masuk sahaja bola itu tetapi beliau menyepak bola terbabit hingga tersasar .
Walau bagaimanapun , lebih penting kita sudah layak ke Final dan kemungkinan bertemu dengan musuh tradisi Indonesia . Bola Sepak negara sudah bangkit !!
MALAYSIA BOLEH !
No comments:
Post a Comment