Pages

Wednesday, December 8, 2010

Jururawat bakal mengundi pos


PUTRAJAYA 6 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa pilihan raya dalam kategori pengundi pos.

Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian.

Kata beliau, berbanding ribuan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang tidak diletakkan di bawah kategori pengundi pos, golongan yang terlibat dalam perkhidmatan wajib itu akan diberi keutamaan dahulu oleh pihaknya.

"Kita akui mereka (rakyat Malaysia di luar negara) ada hak dalam Perlembagaan (untuk mengundi) tapi buat masa ini tak ada undang-undang melayakkan mereka untuk diletakkan dalam pengundi tidak hadir yang membolehkan SPR mengeluarkan undi pos.

"Namun SPR juga ingin jelaskan adakah mereka ini semua pengundi berdaftar, katakan ada 100,000 orang, adakah semuanya pengundi berdaftar.

"Jadi, ini soal berhijrah (ke luar negara) atau tidak mahu mencurah bakti di tanah air sendiri sedangkan keutamaannya adalah rakyat di sini yang mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam bahagian pilihan raya tersebut, itu yang lebih utama," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.




Komen PB

PB bersetuju dengan SPR bahawa kerjaya seperti Doktor ,nurse , dan juruterbang perlu dipertimbangkan untuk undi Pos tetapi bukannya wartawan . Mengapa perlu wartawan pulak mengundi undi pos dan tidak rasional rasanya kerjaya ini dimasukkan juga.

Mengenai hasrat rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang mahu mengundi , buat apa dok sibuk orang seperti ini , mereka ini tinggal di luar negara kerana hendak gaji lebih dan tidak mahu berbakti di negara sendiri . Tidak adil rasanya orang luar yang tidak berada di negara ini dan tahu masalah rakyat di kawasan itu tiba-tiba mahu pilih wakil rakyat . Keutamaan sepatutnya kepada pengundi yang berdaftar dan tinggal di negara ini .

No comments:

Post a Comment