Dalam media pro pembangkang semalam , heboh berita penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin a.k.a Raja Penipu Kuat mengkritik secara terbuka pakatan pembangkang kerana masih gagal menunaikan beberapa janji walaupun menguasai beberapa negeri.
Lebih kelakar tu bila PB baca beliau mengancam untuk berhenti menyokong pakatan pembangkang jika segala janji yang dibuat pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 tidak dipenuhi.Menariknya beliau bercakap ini pada satu sesi dialog bersama rakyat Malaysia di London yang turut disertai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pb melihat satu lagi wayang opera oleh RPK dan Anwar kononnya mahu menarik diri daripada menyokong pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Selain itu , mungkinkah duit untuknya tinggal di London sudah tidak cukup lagi dan PKR perlu menaja lebih lagi .
Bukan satu perkara yang baru RPK mengkritik PKR dan Anwar dan benda ini yang diulang semula saja untuk mengalihkan perhatian kerana tidak lama lagi akan diadakan PRK Galas . Anwar - RPK dua watak pembohong yang tidak dapat dipisahkan dan bohong lah salah satu tak nak sokong Pakatan .
No comments:
Post a Comment