Pages

Wednesday, October 6, 2010

Melayu & Islam adalah dua ramuan sakti !



PB cukup tertarik dengan artikel blog Sang Tawal Sakranta mengenai Melayu & Islam adalah Ramuan Sakti . Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan di Semenanjung Emas ini dan inilah merupakan kunci untuk menjadikan semula bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang hebat selepas dihancurkan oleh penjajah yang memutarbelitkan fakta sejarah .


Oleh :
Sangtawal Sakranta.




“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat…”
itulah antara titah Raja Dr Nazrin dalam Youtube dibawah: [ perhatikan pada minit yang ke 0.15 ].



Dengar baik-baik Titah Raja diatas pada minit ke 6.15 … “Barang simpanan Allah ; melayu islam di bumi ini…” itu adalah kata – kata seorang Raja yang menjaga amanah, terkeluar tanpa sengaja dari mulut baginda!

Bagi mereka yang benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan “Barang Simpanan Allah” ini sudah pasti akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja mereka yang menjaga amanah dan kesucian agama islam.

Raja-Raja Melayu tahu “Ramuan Sakti” itu adalah satu amanah Allah yang wajib dipertahankan sejak turun temurun lagi. Cuba perhatikan pada minit yang ke- 7.27… ia berkaitan dengan amanah yang perlu dipikul oleh seorang raja dan keturunanannya… … seperti titah Baginda :

“ bahawa yang perlu dipertahankan itu… bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang raja.. tetapi kerajaan baginda kerana tanpa kerajaan tidak akan wujud sebuah Negara … tanpa Negara apalah ertinya suatu bangsa…”

Barang yang disimpan sudah pasti akan digunakan bila tiba waktunya.

Pemegang amanah “Barang Simpanan” melalui auliya’ Allah sejak zaman berzaman sudah tahu bila masanya “Barang Simpanan” itu akan dikeluarkan dan digunakan!

Dajjal dan hamba iblis juga sudah tahu dari zaman berzaman “barang Simpanan” itu ada tersimpan di bumi Semenanjung Emas ini. Itu sebabnya awal-awal lagi Negara Singa di selatan tanah air kita telah dijadikan tapak utama mereka memantau kebangkitan “Barang Simpanan” itu.

Bila Raja semakin berilmu dan memahami islam, bila Raja semakin takutkan Allah, manusia akan takut padanya, bila Raja tidak memandang dunia, dunia akan mengejarnya… dan bila Raja bertemu Daulatnya yang sebenar … maka tunggulah saat kebangkitan “Barang Simpanan” di bawah naungan kerajaannya.




Akhir sekali , marilah kita renung kembali wasiat Raja-Raja Melayu demi memastikan “Barang simpanan Allah di bumi ini” kekal.

No comments:

Post a Comment