Pages
▼
Friday, October 22, 2010
Kerajaan PAS Kelantan macam kerajaan Abu Nawas
Kerajaan Pas Kelantan diibaratkan sebagai kerajaan Abu Nawas kerana Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang pemimpin yang kuat ‘auta’.
Datuk Alwi Che Mat yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden mendedahkan bagaimana beliau menjadi mangsa kepada Nk Aziz pada persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan.
“Saya tanya kenapa terlalu marahkan UMNO hingga sanggup berkawan dengan syaitan dan iblis, malah hingga sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w ketika ditanya bagaimana untuk masuk syurga, baginda menjawab sebanyak tiga kali iaitu jangan marah. Bagaimanapun Nik Aziz kata beliau akan menjawabnya pada sebelah petang.
“Ketika menjawab soalan berkenaan, Nik Aziz kata nafsu tidak boleh ditahan. Ia mesti dikeluarkan. Sebab itulah tok-tok guru semuanya kena kahwin…kalau tidak kahwin tidak ada maknanya dan jadilah macam paderi.
“Saya kemudiannya bangun. Saya kata , yang saya tanya adalah nafsu amarah dan jawapan yang diberikan adalah nafsu syahwat. Saya tanya buah oren kenapa pula dijawabnya buah epal. Tengok bagaimana dia pusing,” katanya .
Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan menegaskan, kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja gagal dalam pengurusan, malah turut gagal meningkatkan mercu syiar Islam.
“Saya juga pernah bertanya di dalam dewan persidangan..Apakah kegemilangan Islam yang telah dicapai oleh kerajaan Kelantan. Lalu dijawab oleh Nik Aziz kegemilangan Islam yang dibawa ialah bahawa pemindahan akaun kerajaan negeri kepada Bank Islam.
“Saya kata, letak duit di dalam Bank Islam itu bukanlah kecemerlangan Islam tetapi penubuhan Bank Islam itu sebenarnya kejayaan dan ia adalah hasil usaha UMNO. Naik kapal bukan kejayaan tetapi bina kapal itu adalah satu kejayan,” katanya sambil mednapat tepukan gemuruh para perwakilan
bila ler pokwo ganyut tu nak turun takhta hah??????????????????????????????????????
ReplyDeletejgn sesekali kita menghina pewaris nabi(ulama')..semua org xtau apa yg pmimpin buat sbnrnya..akhirat nnti pndai2 la jwb kt Tuhan klau pmimpin buat keja xbetoi..
ReplyDeletekalau dah jenis ngong tu ngong jugak la...haprak habis..bikin malu islam je tua nayayuk tu
ReplyDeletedia buka ulamak..tapi politikus yang mempergunakan agama dan menghalalkan apa cara sekali pon nak jagi pemimpin...10:09 AM oooiiii..kalau silap kita kena kata silap..baik pas bail umno..kena ditegur. Jgn kata pasai dia ada janggut sejemput pakai kopiah..tak boleh diteguq..
ReplyDelete