PP bukan dibuka dan diterokai Kapten Francis Light
Artikel menarik dari blog Ibnu Rusydi mengenai sejarah asal penduduk Pulau Pinang .
Mutakhir ini, terdapat usaha untuk menidakkan fakta sejarah bahawa Pulau Pinang atau nama asalnya Pulau Kesatu bukanlah pulau kosong semasa 'dijumpai' oleh Francis Light, sebaliknya telah lama didiami oleh orang-orang Melayu sebelum itu.
Fakta palsu yang mengatakan bahawa penempatan asal di Pulau Pinang terdiri daripada orang-orang British serta pendatang dari tanah Besar China amat-amat disokong khususnya oleh para chauvinist bagi meneruskan 'Ketuanan Cina' di pulau tersebut, terutamanya setelah timbul cadangan supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan antara kaum-kaum tempatan. Idea untuk menunjukkan bahawa sesebuah kawasan di semenanjung dijumpai oleh British dan kaum-kaum lain termasuk Melayu sebagai pendatang sebenarnya berasal daripada Pemerintah Moden Singapura.
Dilema Singapura yang merupakan 'sebuah pulau cina ditengah-tengah kepulauan Melayu' sebagaimana diakui oleh Lee Kuan Yew telah memaksa mereka merombak (atau mengubah?) pelajaran sejarah Singapura di sekolah-sekolah dengan mengatakan bahawa Singapura dijumpai dan dibuka oleh pihak British melalui Stamford Raffless, sementara kaum Cina, Melayu dan India di pulau tersebut semuanya adalah pendatang dari tanah besar masing-masing.
Walaubagaimanapun, penulisan ini bukannya mahu menceritakan mengenai Singapura (mungkin di lain waktu), sebaliknya mengenai pembukaan Pulau Pinang menerusi 2 sumber, yang mungkin tidak akan dipaparkan di media-media massa atas sebab-sebab tertentu. Maklumat alternatif ini tidak boleh dibiarkan untuk disimpan begitu sahaja, sebaliknya perlu dikemukakan supaya masyarakat umum dapat berfikir dan membuat kajian serta penyelidikan sendiri untuk mengesahkan kesahihan fakta-fakta ini yang mungkin telah digelapkan dengan sengaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
1) Pembukaan Oleh Pembesar Dari Sumatera
Penulisan bagi siri pertama ini akan memfokuskan terlebih dahulu kepada beberapa sumber yang menyatakan bahawa Pulau Pinang telah dibuka oleh beberapa pembesar yang berhijrah dari Sumatera.
Daripada catatan seorang pengembara Inggeris, James Lancaster, menyatakan Pulau Pinang sebelum tahun 1591 didapati tidak berpenghuni, dipenuhi pokok Pinang dan hanya sesekali sahaja dikunjungi anak raja dari Kedah untuk berkelah dan bermain.
Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, seorang pensyarah dari Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, yang telah mengkaji sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi, berkata seawal abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugor sudah diduduki orang Melayu. Katanya, pada awal 1700, Batu Uban dibuka sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan, manakala di Gelugor pula kawasan seluas kira-kira 40 hektar diterokai Dato’ Jenatun ibni Raja Labu serta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749. Beliau berkata, tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato’ Janatun di Gelugor itu adalah pemberian Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll. Bagi menghargai kurniaan Sultan Kedah itu, Dato’ Janatun menghadiahkan pula kepada baginda 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar Ruyong.
Dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society (Jambras) Jilid 7 keluaran 1929, ada catatan mengenai orang Melayu yang sudah membuka ribuan hektar tanah di Jelutong, Batu Lancang, Sungai Gelugor, Batu Uban, Sungai Dua dan Sungai Nibong sebagai tempat kediaman serta kawasan pertanian lama sebelum Francis Light tiba.Daripada hasil kajiannya, orang Melayu yang tinggal di Pulau Pinang sebelum tahun 1786 sudah membentuk institusi sosial yang lengkap dan mempunyai ketua serta golongan ulama yang bertindak sebagai pemimpin agama serta kerohanian yang berpusat di masjid.
Dengan bukti-bukti sejarah seperti buku, artikel dan salasilah, Ahmad Murad memberitahu, Dato’ Jenaton berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia, sebelum beliau berpindah pula ke Batu Bara yang juga terletak di Sumatera. Menurutnya, pasangan Dato’ Jenaton dengan isteri pertamanya, Ambun Suri dari Pagar Ruyung tidak dikurniakan anak. Apabila beliau berhijrah ke Baru Bara, Dato’ Jenaton berkahwin pula dengan Tuan Gadih atau Cik Puang, anak pembesar di sana dan dikurniakan seorang anak. Selepas berhijrah dan membuka Pulau Pinang pada tahun 1749, Dato' Jenaton melalui perkahwinan ketiganya dengan seorang wanita berketurunan Arab-China, dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Namun, satu perkara yang dikesalkan Ahmad Murad dan seorang lagi pengkaji sejarah Pulau Pinang serta salasilah Dato’ Jenaton, Fazil Shuhaimi Talib, nama isteri ketiga individu yang membuka Pulau Pinang seperti didakwa mereka itu sehingga kini masih belum ditemui. Namun beliau akan terus mengkaji dan mendapatkan nama isteri ketiga Dato Jenaton itu kerana beliau merupakan asal-usul keturunan Dato’ Jenaton di Malaysia, termasuklah Ahmad Murad dan Fazil sendiri yang merupakan sepupu merangkap waris generasi ke enam Dato' Jenaton.
Pada tahun 2002, sebuah persatuan tidak berdaftar yang dinamakan Jawatankuasa Keluarga Dato' Jenaton telah ditubuhkan. Salasilah keluarga ini juga mencatat beberapa nama besar waris Dato’ Jenaton seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail; dan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh. Rozali merupakan pengerusi jawatankuasa keluarga itu, sementara presidennya pula ialah Rahmah Abdul Aziz. Ahmad Murad serta Fazil merupakan Ahli Jawatankuasa persatuan berkenaan.

Pada bulan November 2008 yang lalu, seramai 30 orang daripada kira-kira 500 ahli persatuan itu di Malaysia telah ke Batu Bara untuk berjumpa dan bermesra dengan waris Dato’ Jenaton di sana. Waris-waris Dato’ Jenaton dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu juga berkesempatan melawat pusara, bangunan serta tinggalan yang mempunyai kaitan dengan individu itu atau warisnya. Di sana, perancangan perjalanan program lawatan mendapat kerjasama sepenuhnya dengan wakil keluarga Dato’ Jenaton sebelah Indonesia, iaitu Bapak M. Yusuf Morna atau dikenali dengan panggilan Buyung. Fazil dan Buyung bertemu di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor secara serius pada tahun 2005 selepas Fazil beberapa kali melawat Sumatera untuk mencari waris Dato’ Jenaton di sana.“Setelah kami diperkenalkan melalui seorang kawan, saya dengan Fazil pada awalnya bertengkar membincangkan identiti Dato’ Jenaton. Ini kerana kajian kami (waris Jenaton di Indonesia) mendapati individu yang dimaksudkan bernama Jenan dan bukannya Jenaton seperti didakwa Fazil. Namun kami akhirnya sepakat bahawa individu yang dicari adalah orang yang sama,” jelas Buyung.
Sewaktu rombongan keluarga Dato' Jenaton dari Malaysia melawat ke Batu Bara, Medan, Indonesia, kumpulan ini turut disambut serta dipertemukan dengan Bupati (Pegawai Daerah) Batu Bara, Orang Kaya Arya Zulkarnain dan Ahli Parlimennya, Drs. Syarkowi Hamid. Menariknya, kedua-dua pembesar daerah yang terletak kira-kira 150 kilometer dari ibu negeri Sumatera Utara, Medan itu juga mendakwa mereka merupakan keturunan Dato' Jenaton di Indonesia."Berdasarkan salasilah, catatan dan bukti lain yang dikemukakan, saya isytihar dan akui keluarga Dato' Jenaton dari Indonesia dan Malaysia adalah daripada 'moyang' yang sama. Saya juga percaya melalui perbualan dengan Prof. Murad, Jenaton yang dahulu tiba dan membuka Pulau Pinang," ujar Arya. Menurutnya lagi, penemuan bukti sejarah itu diharap dapat mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia amnya.
Bagi Ahmad Murad dan Fazil serta seluruh waris Jenaton di sini, sejarah Pulau Pinang yang menyebut ia dibuka oleh Francis Light adalah tidak benar serta memperkecilkan peranan kaum Melayu Nusantara dalam pemerintahan kerajaan tradisional dan moden. Justeru itu, Ahmad Murad meminta kerajaan membantu menyediakan dana untuk kerja-kerja mengumpulkan bukti serta hal berkaitan. Katanya, bukti kukuh mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh Dato' Jenaton ialah pusara individu tersebut bersama adiknya, Setia yang terletak di Persiaran Minden 1, Pulau Pinang iaitu di belakang premis Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mendakwa, kubur luas itu menandakan Dato' Jenaton sebagai seorang pembesar di situ pada masa lalu serta disemadikan di tanah yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Kedah dahulu."Kini, sejarah pembukaan Pulau Pinang perlu diubah dengan menyebut pembuka asal pulau iaitu Dato' Jenaton sebelum kedatangan Light. Ini penting kerana kebelakangan ini beberapa pihak yang tidak memahami dan malas mengkaji sejarah mengatakan orang Melayu juga adalah pendatang di negara ini. Ini yang perlu diperbetul," katanya. Ketibaan Francis Light sendiri yang mendarat di Tanjung Penaga (sekarang Kota Cornwallis) pada 11 Ogos 1786 telah disambut oleh pengikut Datuk Jannaton. Buktinya, sebelum Francis Light sampai, telah terdapat petempatan Melayu dan kubur lama di sekitar Batu Uban.
Bagaimanapun, menurut seorang pensyarah lain dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mahani Musa, yang telah menjalankan kajian sejarah Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu menemui satu jurnal karangan seorang pengkaji Inggeris yang ditulis pada tahun 1795, Menurut catatan jurnal tersebut, Pulau Pinang telah dibuka olah seorang ilmuan Islam dari Acheh bergelar Dato' Keramat pada 1705 dan membuka perkampungan Melayu di Datuk Keramat yang diambil sempena nama ilmuan Aceh tersebut. Malah catatan Francis Light sendiri menyatakan bahawa selepas empat hari beliau mendarat di Pulau Pinang, terdapat 30 penduduk Melayu yang memanggil tempat ini sebagai Tanjung Penaga. Menurut Dr. Mahani, kajian secara terperinci perlu dilakukan bagi memperbetulkan tanggapan umum setelah ada penyelidik sejarah berjaya membuktikan bahawa Pulau Pinang sudah pun diterokai oleh orang Melayu sebelum kedatangan Francis Light.
2) Pembukaan oleh Raja Pulau Pinang
Kini, penulis akan mencatatkan pula fakta yang lebih kontroversi mengenai pembukaan Pulau Pinang sebagaimana yang dicatatkan dalam sejarahnagarakedah.blogspot.com. Menurut penulis blog tersebut, pelabuhan Pulau Pinang telah dibuka oleh Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Khalifah Sharif Abu Bakar Syah ibni Sultan Maulana Muhiyuddin Mansur Syah, Sultan Kedah dalam tahun 1779 Masihi. Pada ketika itu, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah bersemayam di Istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Baginda juga merupakan Maharaja Siam terakhir daripada rumpun Melayu-Islam dan bergelar Boromoraja Ekataat di Ayuthia (kini dalam negara Thailand) dan bergelar Maha Dammaiyaza di Burma (kini Myanmar).
Satu rombongan pedagang-pedagang India-Muslim seramai 16 orang telah singgah ke Pulau Timbul, Tunjang, untuk mengadap Khalifah Sharif Abu Bakar Syah bagi mendapatkan kebenaran membuka pelabuhan perdagangan dan mencari jodoh untuk terus berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Setelah ditentukan syarat-syaratnya, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah telah melantik dua orang dari enam belas pedagang itu tadi untuk menjadi Kadhi dan Mufti. Tuan Sheikh Abdullah telah dilantik menjadi Kadhi di Pulau Pinang. Sahabat beliau, Tuan Sheikh Abdul Jalil pula merupakan Mufti Kedah dan ditempatkan di Berahman Indera (Balai Besar), Daerah Kota Setar.
Anak bukan gahara kepada Perdana Menteri Kedah, iaitu Tunku Abdullah ibni Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa pula dilantik menjadi Raja Pulau Pinang dengan gelaran Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Syah dan bersemayam di Istana Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Perkara ini dapat dirujuk melalui buku Konvensyen Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah Darul Aman, 1981. Baginda dilantik oleh Khalifah Sharif Abu Bakar untuk menjadi raja dan mengutip cukai di sana.
Paduka Seri Sultan Abdullah adalah putera dari isteri kedua, Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa yang bernama Tengku Puteri. Ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Adilin (kini dicatat sebagai Zainal Abidin) merupakan Penghulu Berahman Indera (sekarang Balai Besar Alor Setar) dan merangkap Perdana Menteri Negara Kedah. Baginda bukan Sultan Kedah seperti yang disebut oleh pengkaji sejarah tempatan. Perkara ini ada dicatatkan dalam buku Undang-undang Kedah di mukasurat 26-27 dan dimuka surat 40. Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa juga merupakan adik ipar kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah kerana baginda telah berkahwin dengan adindanya iaitu Tuanku Nang Che Puan.
Anak gahara kepada Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa III, Nai Nal Adilin adalah hasil perkahwinan baginda dengan Tuanku Nang Che Puan iaitu Tengku Long Putera yang bergelar Laksemana Datu. Apabila Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin mangkat, Khalifah Sharif Abu Bakar, sebagai Maharaja Siam merangkap Sultan Kedah telah menabalkan Tengku Long Putera menjadi Raja Legeh dan sebagai Penghulu Berahman Indera (Balai Besar) merangkap Perdana Menteri Negara Kedah. Mengikut manuskrip Undang-undang Kedah, jawatan Perdana Menteri adalah lebih tinggi kedudukannya berbanding jawatan Raja Daerah. Perkara ini menyebabkan Tengku Long Putera dicemburui oleh adinda tiri baginda, Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang. Tindakan ini menyebabkan Paduka Seri Sultan Abdullah lantas bertindak menggadaikan Pulau Pinang kepada Inggeris.
Pada tahun 1786, sebagai tindakan membalas dendam diatas perlantikan kekanda tirinya itu, Paduka Seri Sultan Abdullah telah membuat perjanjian gadaian Pulau Pinang kepada British melalui Francis Light tanpa pengetahuan dan kebenaran Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Maharaja Siam merangkap Sultan Kedah ketika itu. Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah bersetuju menggadaikan Pulau Pinang kepada British atau menghantar wakil bagi menandatangani sebarang perjanjian dengan mereka walaupun nama baginda ada disebut dalam perjanjian sebagai “Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia”. Untuk mendapatkan gelaran ‘Sultan Kedah’ dari penjajah Inggeris, Paduka Seri Sultan Abdullah sanggup menggadaikan Pulau Pinang dan mengahwinkan anak perempuannya dengan Francis Light yang digelar sebagai ‘Kapitan Dewa Raja’.
Secara ringkas, pihak British kemudian mula menjajah Pulau Pinang yang kemudian metukar nama pulau tersebut kepada ‘Prince of Wales Island’. Wilayah jajahan pulau British ini kemudian diperluaskan lagi ke Seberang Perai yang turut ditukar nama kepada ‘Province Wellesley’.
sudah tentulah kepulauan dinusantara ini dibuka oleh orang melayu. walau seorangpun orang melayu yang diami sesuatu kawasan, itu dah dikira dibuka oleh orang melayu.
ReplyDeletecina mabuk mana tiba tiba datang ke kawasan kepulauan melayu dan membuka pulau tersebut? tak pernah lagi dalam sejarah tamadun dunia, misalnya dikawasan red indian, tiba tiba ada cina pulak yang dapat nama buka kawasan tersebut.
memang tak logik sungguh kalau ada fakta sebegitu. kita mesti halang mereka dari mengubah sejarah negara ini. Orang cina tetap pendatang tanah besar!
patung francis light tu patut dirobohkan kerana ianya melambangkan penjajahan keatas tanah melayu!
Sebelah bapa kepada mak saya. Namanya Saad Bin Wan Sharif Bin Wan Shaari Bin Wan Mat Saman. MB pertama kedah. Menurut mak saya, Sultan Kedah member banyak tanah dan harta kepada arwah bapanya. Dan Wan Sharif ini sudah membuang gelaran WAN pada anak cucu cicit mereka sebab takut pertikaian saudara kerana harta ini. Sampai skg, saya ada rumah di Glugor. Tapi rumah tu kini jadi rumah batu sebab rumah yang asal sudah terbakar ketika saya dalam kandungan mak saya 18 tahun yang dulu.
ReplyDeleteSebelah ibu kepada mak saya pula, Namanya Saniah Binti Osman Bin Tahir Bin Bahauddin Bin Tahir. TAHIR yang diboldkan ini sebenarnya adalah Nakhoda Tahir. Pengiring kepada Janattun. Nakhoda inilah yang bertanggungjawab menjadi wakil melayu untuk bersemuka dengan Francis Light. Melayu sudah ada lama di Pulau Pinang!!
tambahan pula, mmg saya keturunan dari Acheh. tapi tidak berkesempatan untuk mengkaji secara mendalam. kalau tidak, saya pasti jika saya bukti yang lebih kukuh, satu kisah lama akan disingkap semula..
ReplyDeletepembetulan.KHALIFAH ABU BAKAR SYARIFF adlh bergelar YAMTUAN sj..dr kerajaan LIGOR yg menjadi talibarut thai utk serang negeri2 melayu.
ReplyDeleteBlog SEJARAH NAGARA KEDAH byk cerita yg direka2, baerhati2 tuan, mereka menyatakan raja2 melayu semuanya LANUN, org melayu asal org SIAM dll..JELAS PEMBOHONGAN,mereka jg menuntut takhtha jawatan yg dipertuan agong,...GILA? tiada fakta,hanya dr penipuan empunya blog sahaja.
belajarlah dr PAKAR SEJARAH,pengkaji yg mengajar sejarah,merantau asia tengara mencari bukti..-blog CELOTEH SRIKANDI-
Apa beza nya siam dan melayu,org siam pun asal melayu,yg beza ada lah siam & thai,thai suku sukhothai dtg dri tibet bragama budha,siam islam,jng slah anggap siam & thai tu sma sbenarnya siam & thai blainan bangsa,kita xblh kta org tu xbtol ini hnya sejarah,sjarah hnya mncerita kan & kita mgkaji yg maha megatahui allah s.w.t shja yg thu yg mna benar.
ReplyDeleteSiam,champa,indonesia,moro,sulu,brunei,tnah melayu,sabah,sarawak smua melayu,dri rumpun yg sma,siam & thai bangsa yg brbeza.
ReplyDelete"Satu rombongan pedagang-pedagang India-Muslim seramai 16 orang telah singgah ke Pulau Timbul, Tunjang". Mesti org kt cni ada kaitan dengan org Penang.. Kt mana ye tempat ni..mmmmmmm...
ReplyDeleteKami ni keturunan pangeran Muhammad idris Batu Bara dari anak bungsu beliau pangeran Sri Maharaja Ada di balik pulau,pulau pinang
ReplyDelete