Pages

Thursday, June 3, 2010

Skandal Pasir : 3 bulan sahaja ditubuhkan bonus dapat 6 bulan !!

SHAH ALAM 2 Jun - Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) hari ini dipersoalkan berhubung perbelanjaan dan pengurusan kewangannya apabila didapati memberikan bonus enam bulan kepada kakitangannya meskipun baru tiga bulan ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada Julai 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Khim yang mempersoalkan kewajaran itu berkata, pemberian bonus berkenaan dilihat seolah-olah tidak begitu rasional memandangkan syarikat berkenaan masih baru ketika itu.

Malah katanya, pemberian bonus sebanyak dua bulan yang dibuat dalam tempoh September 2008 manakala bakinya secara purata 3.5 bulan sehingga Jun 2009 itu sebenarnya dilihat meragukan kerana ketika itu KSSB hanya mempunyai dua lombong pasir yang beroperasi untuk menjana keuntungannya.

"Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan membayar bonus dalam jumlah yang besar (enam bulan) kepada kakitangannya sedangkan syarikat-syarikat besar seperti MAS dan Maxis Berhad (syarikat telekomunikasi) tidak memberikan bonus sebanyak itu," katanya.


Komen PB

Hebat betul Kump Semesta ini ini memperolehi bonus sehingga 6 bulan walaupun 3 bulan sahaja ditubuhkan . Di ketika ekonomi tahun 2009 menghadapi masalah , syarikat GLC kerajaan Pakatan ini seronok dengan 6 bulan bonus .


Persoalannya , bagaimana mereka boleh memberi bonus sebanyak itu walhal unjuran perolehan hasil royalti pasir sebanyak RM127 juta bagi tahun 2009 yang di target tidak tercapai pun . Kutip hasil tak sampai RM 6 juta setahun , tapi boleh bagi bonus 6 bulan ..haha ini

Ini lah cara kerajaan Pakatan rakyat merakyatkan ekonomi ..hahahaha

Kekayaaan dikongsi bersama kroni2 depa ..

Dengar kata YB Pakatan Sri Muda dikatakan RAJA PASIR pun tukar kereta dan beli rumah baru ... Rupanya sapu duit bonus pasir la... Malah Ahli Parlimen Kota Raja pun sudah tukar kereta ke Honda CRV baru.. klik di sini

hebat betul YB2 Pakatan rakyat kedarah duit Pasir !! ...



Link

unjuran royalti pasir tidak tercapai


Selcat pertikai bonus 6 bulan

2 comments:

  1. Tidak memeranjatkan kerana pengurusan brdasarkan prinsip kronisme PR yg memberi untung besar kepada yg terdekat. Buat duit cepat2,mana tau p.raya akan datang kerajaan negeri bertukar tangan. Itu rasional yg ada dalam kepala MB dan rakan2. Amat memalukan. Telus dgn penipuan.

    ReplyDelete
  2. aduh 6 bulan bonus tak sampai setahun tu...aku yang keja swasta 10 tahun last dapat bonus 2002 aja...keja gomen pun sebulan. Kayo kayo...

    ReplyDelete