BUKIT MERTAJAM 29 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyangkal dakwaan kononnya terdapat segelintir daripada 40 ulama muda diperdaya menyertai UMNO dalam satu majlis di ibu negara baru-baru ini.
Sebaliknya, beliau menegaskan, dakwaan seorang ustaz, Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, bahawa dia bersama tiga lagi rakannya ditipu merupakan satu fitnah kerana mereka tidak pernah dijemput menghadiri majlis berkenaan.
Shahidan yang mengelolakan majlis itu berkata, dakwaan berunsur fitnah itu sengaja dibuat pihak tertentu yang tidak senang dengan reputasi UMNO yang semakin menarik minat golongan ulama di negara ini.
"Keempat-empat mereka ini tidak diundang pun ke majlis tersebut malah nama mereka tiada dalam senarai ulama muda yang menyertai UMNO. Jadi macam mana mereka boleh kata kita paksa, kalau paksa buat apa datang (majlis).
"Ini satu fitnah, pembohongan besar. Kalau enggan menyertai UMNO sekalipun, janganlah menyusup masuk dalam majlis orang dan selepas itu buat pula fitnah sebegini besar untuk aibkan orang lain," katanya.
Shahidan yang juga Penasihat Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Peluang-Peluang Ekonomi NCER di sini hari ini.
Laman web Pas, Harakahdaily semalam memetik kenyataan Hosni yang mendakwa bahawa dia dan tiga lagi ulama lepasan universiti di Jordan dijemput hadir pada majlis itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Dalam laman web itu, Hosni dipetik dalam satu ceramah anjuran Pas sebagai berkata, dia dan rakan-rakannya menafikan mahu menyertai UMNO sebaliknya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil jurugambar.
Salah seorang ulama muda yang menyertai UMNO pada majlis itu, Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu kenyataan bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan mengesahkan Hosni dan tiga rakannya tiada dalam senarai mereka.
Sambil mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul Bari yang juga anak bekas Mufti Perlis itu berkata:
"Kalau ditipu, kenapa mereka tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."
Shahidan bagaimanapun menjelaskan, beliau sendiri hairan melihat kehadiran beberapa individu yang tidak dikenali pada majlis itu dan sempat meminta penjelasan daripada seorang kakitangan kerajaan yang membawa mereka.
"Saya diberitahu mereka hanya nak meluangkan masa jumpa dan bersalam dengan Perdana Menteri, kita tidak jemput malah nama mereka ini pun tidak ada dalam senarai 40 ulama yang menyertai UMNO pada majlis itu.
"Kalau ikut logik takkanlah mereka pusing-pusing Kuala Lumpur dan tiba-tiba berada dalam PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) dan dipaksa pula sertai parti, ini dakwaan sangat bodoh. Kalau dipaksa sekalipun, balik sajalah," tegasnya.
Bekas Menteri Besar Perlis itu menegaskan, beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana namanya dikaitkan dalam penyiaran dakwaan tersebut.
malaysia sebuah negara demokrasi.... bebas berfikir dan buat keputusan.... mengapa si hosni ni bebal sangat.... doh bukan jemputan buat apa datang..... inilah dasar penipuan pas.. suka nok tahu perihal orang, lepas itu buat fitnah.. buat macam nik ajis senang..... boikot terus fiesta kelantan... semuanya lakonan dan pembohongan puak pas
ReplyDeleteassalamualaikum, maaflah kalau aku pun nak menyibuk juga untuk join komen tajuk ni, walaupun aku tak diundang, tetapi aku rasa terpanggil nak bagi komen sikit, sebenarnya aku pun bengang jgk dgn ulamak kencing dalam semak, ulamak yg berlagak mcm hebat dan tinggi sangat ilmunya ni, sape yg bagi gelaran ulamak pd diorg ni, layak ke diorg ni dipanggil ulamak, aku kenal dgn mamat2 ni, berlagak poyo dan berlagak ulamak je, aku satu sekolah dgn dia dulu, aku kenal sangat ulamak pukimak ni, sebenarnya diorg ni mmg sikap dan perangai dia mcm tu, padahal mmg dia nak join pun, aku tahu sangat apa yg dia nak buat tu, nak cari tajaan belajar sebenarnya, sudahlah korang ni, aku kenal sesangat korang ni, bab makan free mmg korang laju, tak payahlah nak cakap yg korang diajak oleh kerajaan atau buat kenyataan yg korang ni ulamak ke apa ke, kalau tak terlibat senyap2 sudahlah, duit kerajaan dah ko sapu habis,tak payahlah korang nak bangkang kerajaan dan kutuk kerajaan, kalau tak kerajaan yg bagi korang dan sponser korang belajar, takde maknanya korang g belajar sampai jauh itu, diorang ni pun belajar kat sekolah kerajaan dulu, cakap pandai konon, ulamak konon, piraaaaaaaah..sedarlah sikit, sebenarnya yg diorg ni g buat kom en mcm tu membantai kerajaan, kalau korang nak tahu, mak dan bapa dan family diorg ni mmg org kuat PAS..senang cerita mmg dah pembangkang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan dan kesenangan org lain..dah ambil bantai plk tu..syukur pun tak..ucap terima kasih pun tak..makanan yg ko makan tu dah jadi darah daging pun..taknak plk ko muntahkan..pirahhhhh..ni ke layak dipanggil ulamak..lu pikiak lah sendiri..
ReplyDelete