KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) akan melancarkan Program Jelajah 1Malaysia (JOM), iaitu program turun padang bagi mendekati masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin berkata program itu yang dilancarkan serentak dengan perhimpunan Rally 1Malaysia pada 12 Jun ini di Bukit Jalil akan meliputi kegiatan gotong royong, kesenian dan kebudayaan di kampung-kampung.
"Sebuah bas akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu ini untuk membawa rombongan (pemimpin Pemuda BN) selama setahun ke seluruh pelosok tanah air.
Khairy berkata program itu merupakan usaha Pemuda BN untuk menawan hati generasi muda bagi memastikan mereka menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita perlu turun berjumpa akar umbi bagi mengenali mereka dan mungkin dengan cara ini golongan muda khususnya dapat mengenali Pemuda BN," katanya.
Mengenai Rally 1Malaysia, Khairy berkata program itu bakal dihadiri kira-kira 15,000 belia dengan kehadiran Najib selaku Pengerusi BN serta pemimpin tertinggi BN.-BERNAMA
Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin berkata program itu yang dilancarkan serentak dengan perhimpunan Rally 1Malaysia pada 12 Jun ini di Bukit Jalil akan meliputi kegiatan gotong royong, kesenian dan kebudayaan di kampung-kampung.
"Sebuah bas akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu ini untuk membawa rombongan (pemimpin Pemuda BN) selama setahun ke seluruh pelosok tanah air.
"Bagi Sabah dan Sarawak kami akan gunakan alternatif lain memandangkan keadaan geografi di sana tidak praktikal untuk bergerak menggunakan bas," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir bersama Khairy ialah Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda MIC T. Mohan.Khairy berkata program itu merupakan usaha Pemuda BN untuk menawan hati generasi muda bagi memastikan mereka menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita perlu turun berjumpa akar umbi bagi mengenali mereka dan mungkin dengan cara ini golongan muda khususnya dapat mengenali Pemuda BN," katanya.
Mengenai Rally 1Malaysia, Khairy berkata program itu bakal dihadiri kira-kira 15,000 belia dengan kehadiran Najib selaku Pengerusi BN serta pemimpin tertinggi BN.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment