Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa penyokongnya dalam pergerakan tersebut supaya berhenti mengulas mengenai beliau tidak dilantik menganggotai kabinet dalam rombakan terbaru kelmarin dan sebaliknya meminta mereka memberi tumpuan kepada tugas masing-masing.
"Terima kasih kerana menunjukkan sokongan tetapi jalankan tugas masing-masing dan jangan terpesong dengan hal ini," kata Khairy.
"Saya berharap setiap orang menghormati visi perdana menteri berkaitan dengan perubahan kabinet dan saya tidak mahu mendengar sebarang komen dari pemimpin Pemuda Umno (mengenainya)," tambahnya.
Khairy menegaskan demikian sebagai mengulas komen beberapa pemimpin Pemuda Umno negeri yang menyatakan kecewa apabila pemimpin mereka itu sekali lagi tidak dilantik menganggotai kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib memecah tradisi Barisan Nasional (BN) apabila tidak melantik ketua Pemuda Umno yang juga merupakan pengerusi Pemuda BN, menganggotai kabinet.
Sebaliknya, Najib melantik timbalan Khairy - Datuk Razali Ibrahim - dan Datuk Mukhriz Mahathir, yang tidak mempunyai jawatan dalam pergerakan itu, sebagai timbalan menteri.
KJ tidak kecewa
Khairy berkata, beliau tidak merestui pandangan para penyokongnya itu, sambil menambah bahawa mereka telah tersasar kerana perdana menteri mempunyai hak budibicara untuk memilih anggota kabinetnya.
"Tentu saja satu atau dua daripada (pemimpin negeri) berkenaan membuat komen atas keyakinan mereka sendiri, jadi tiada apa yang boleh saya lakukan," katanya.
Khairy juga menolak pandangan beberapa pemimpin Pemuda Umno negeri bahawa ketiadaannya dalam kabinet menjejaskan moral pergerakan tersebut.
"Ini hanya akan berlaku sekiranya anda membiarkannya berlaku, dengan memperbesar-besarkannya. Rakyat menyokong kita kerana apa yang kita lakukan, bukannya sama ada kita memegang jawatan dalam kerajaan, "katanya.
Oleh itu, katanya, beliau tidak merasa kecewa kerana 'sekali lagi ketinggalan kapal' tetapi akan meneruskan tugas-tugasnya.
"Saya tidak mengharapkan apa-apa, saya cukup jelas tentang apa yang saya perlu lakukan dan bukan tentang mendapatkan jawatan kabinet," katanya.
Link
KJ perlu beri semangat baru kepada Pemuda UMNO
Ini baru dikatakan pejuang...hidup KJ
ReplyDeletesamada KJ jujur atau tidak cakap gitu , itu perkara kedua ,
ReplyDeletepaling penting ialah apabila KJ dah kata macam tu ,jangan pula KP negeri masih terhegeh2 nak desak PM lantik KJ ..nampak sangat membodek KJ , tak malu ke ?
KP negeri patut tunjukan kerja keras , buktikan anda ialah pemuda harapan negara , jgn lembik dan layu , jadi bahan sendaan orang , jangan tanya apa parti beri pada anda tapi tanyalah diri sendiri apa yang telah dibuat untuk parti dan negara !!