|
|
PULAU PINANG 31 Mei - Selepas hampir lima bulan cuba mempertahankan perniagaan Kafe Do Re Mi miliknya, Johar Ismail akhirnya terpaksa akur apabila kerajaan negeri merobohkan premis tersebut hari ini.
Bagaimanapun, kerja merobohkan kafe itu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, polis dan bomba yang sepatutnya bermula pukul 9 pagi terpaksa ditangguh seketika ekoran berlaku sedikit kekecohan.
Ia berikutan Johar, 34, isterinya, ibu mertua dan dua rakan lagi yang berada di dalam kafe atas pokok itu enggan keluar bagi membolehkan kerja-kerja merobohkan premis itu dilakukan.
Ibu mertua Johar dengan linangan air mata berkata: ''Awak semua kejam kerana bersekongkol dengan pakatan jahat. Masa pilihan raya lalu Wan Azizah (Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) datang jumpa minta kita undi mereka, tapi ini pula balasan yang kami terima''.
Pada masa sama, di luar premis itu, ahli-ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pijam) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan sembahyang hajat dan bacaan Yasin.
Malah, Naib Yang Dipertua Pajim, Jaafar Osman yang sebelum itu dilihat memakai baju T PKR yang tertera gambar Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak membakar bendera parti itu serta baju T yang dipakainya.
Beliau serta beberapa ahli NGO lain turut melaungkan 'Anwar Ibrahim dayus', 'Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dayus' dan 'di mana keadilan dan pembelaan untuk orang Melayu'.
Kira-kira 50 minit kemudian, Johar dan keluarganya akhirnya keluar dari kafe yang dibinanya lapan tahun lalu dengan kos lebih RM200,000 dan memberi kerjasama selepas Yang Dipertua DPMMPP, Reezal Faris Mohideen Abdul Kader berjaya memujuk dan menenangkan mereka.
Beliau yang sebelum itu berada di tingkat paling atas premis perniagaan yang juga menjadi rumahnya sempat melaungkan azan untuk mencari ketenangan.
Ketika ditemui selepas itu, Johar dengan sinis mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana berjaya 'menumbangkan' peniaga Melayu sepertinya dan berjanji akan bangkit selepas ini.
''Kerajaan negeri yang memegang prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dengan pemimpin hebat seperti Guan Eng, saya cabar tindakan sama diambil kepada pemilik rumah berdekatan dipercayai membina kawasan tambahan haram," katanya.
Sementara itu, Pemuda UMNO negeri yang mengecam tindakan kerajaan negeri merobohkan Kafe Do Re Mi menyifatkannya satu kekejaman dan penindasan terhadap peniaga Melayu.
Ketuanya, Norman Zahalan berkata, tindakan itu langsung tidak menggambarkan kepemimpinan kerajaan negeri seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dilaung- laungkan oleh Guan Eng.
''Pada masa sama, saya juga ingin menasihatkan golongan muda seperti saya ini supaya jangan terlalu taksub menyokong individu tertentu sekali gus mengambil iktibar kejadian yang menimpa saya," katanya.
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Johar berkata, beliau akan membina sebuah restoran di sebuah pulau kecil berdekatan kawasan itu kerana jika kafe itu hendak dirobohkan, pihak berkenaan perlu menggunakan bot.
Komen PB
Inilah kezaliman kerajaan DAP dibawah pemerintahan Guan Eng diktator yang bertindak kejam ala Zionis Israel terhadap pemilik kafe DOREMI semalam di Tanjung Bungah . Walaupun pelbagai usaha dan perbincangan telah dilakukan oleh dengan kerajaan negeri oleh NGO2 Melayu ini, namun ia tidak berhasil dek kerakusan diktator Guan Eng yang mahu juga roboh kafe DOREMI kerana pemiliknya orang Melayu !!
Dalam kita masih bersedih dengan kekejaman Rejim Zionis semalam yang menyerang dan membunuh peserta Misi Bantuan keamanan ke Gaza semalam, ramai yang lupa umat Islam di PP juga berdepan dengan tindakan Kejam Rejim ZIONIS DAP P.Pinang bila mana mereka merobohkan Cafe Do Re Mi milik saudara Islam seagama dengan kita yang telah menjalankan perniagaan bertahun lamanya.Sehingga hari ini sudah berpuluh puluh gerai makan orang Melayu di robohkan oleh kerajaan Zionis DAP. Namun tidak ada diambil tindakan pun terhadap gerai peniaga cina seperti di New Lane . Mengapa Melayu sahaja yang banyak menjadi mangsa kekejaman ini?
PB yakin selepas kafe DOREMI dirobohkan ini, akan ada lagi gerai2 orang Melayu akan dirobohkan di PP . Hal ini kerana berkuatkuasa 1 Mei 2010 , kerajaan negeri DAP ini telah mengeluarkan arahan akan merobohkan gerai2 haram di atas tanah kerajaan negeri /persendirian di PP . klik di sini
Mencontohi Kalifah Umar kepala bapak kau lah LGE. Sah kau ketua cina yg benci melayu. Asal cina kau selamatkan,sistem jalan sanggup kau ubah bila melayu in cara kau. Parti berbilang agama pun sengyap sunyi. Kau jagalah hati penyembah berhala dari menjaga islam. Cafe tu dah jadi tarikan pelancong. Sebab tak mau melayu kaya kau korbankan. Melayu P.Penang sedarlah sikit. DAP parti anti melayu dari dulu. Dah banyak DAP buat dosam dan menghina islam.Sampai suraupun dia yg nak rasmikan. Apa tujuan semua itu kalau bukan hendak menunjukkan KUASA CINA semata-mata. Kerana seorang peliwat....
ReplyDeleteSurau dirobohkan oleh UMNO mengapa tak bising
ReplyDeleteyang korang dok sokong komunis tu dulu buat apa
ReplyDeleteWOIII SEDAQ LAA..ORANG MELAKA KAMPONG KOMUNIS TU PON SINGKIRKAN DIA..
KORANG PULAK PERGI SANJUNG..MEMANG BODOH LAA..
bermula lah era pembunuhan ekonomi orang melayu di P.Pinang. lepas ni orang melayu akan diusir keluar.
ReplyDeletepadan muka ampa...sapa suruh ampa sokong pakatan rejim yg jahat tu...pakatan rejim cuma jaga kepentingan pang sai bo cebok jer...bn jaga kepentingan semua...tapi ampa semua dah dibutakan oleh puak2 pakatan rejim yg terserlah kejahatannya...
ReplyDeletekalau hang pa tak pikiaq jugak tak tau la.... kita pakat sorak, kampung yang tergadai. baru ada akai.
ReplyDeletesebelum GE amik p.pinang dah memang kena jual sal baru sekarang nak bangkit soal ekonomi melayu sebelum ni melayu kaya raya ker kat penang tu....dah berapa banyak tanah org melayu dah kena jual oleh org Apco dah berapa ekar tanah rizab org melayu kena gadai sal x bongkar....
ReplyDelete