Pages

Wednesday, June 30, 2010

DAP sampai kiamat anti negara Islam

Nampaknya cabaran YB Zulkifli Nordin di Parlimen lepas yang mahu Pengerusi Kebangsaan DAP,Karpal Singh menarik balik kata-katanya dahulu langkah mayat aku dulu sebelum nak tubuh negara Islam sekali lagi beliau mengulanginya semangat benci dan anti Islam tebal dalam dirinya bahawa Malaysia tidak boleh digelar sebagai negara Islam.

Malah beliau dan DAP mengulangi bahawa dalam hal ini DAP tidak akan berkompromi dengan sesiapa pun walaupun parti Khawarij PAS sendiri iaitu kasta paling rendah dalam Pakatan .


" PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?
Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “tidak”.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia sebuah negara sekular. -malaysian insider




Ini merupakan isyarat jelas Big Brother dalam Pakatan iaitu DAP yang tetap berkeras menolak negara Islam yang dipejuangkan oleh PAS . Itu baru Karpal Singh yang cakap belum lagi Khalifah Lim Guan Eng dan Bapak dia Kit Siang yang lagi ekstrim menolak negara Islam .

Mimpi PAS yang yakin jika mereka dapat menawan Putrajaya dan meneruskan agenda negara Islam hanya lah mimpi di siang hari . Kalau nak tubuh negara Islam kena minta izin dahulu daripada Ustaz Karpal Singh !!

Shahidan Kassim tempelak pembohongan dan fitnah ulama PAS Hosni Mubarak


BUKIT MERTAJAM 29 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyangkal dakwaan kononnya terdapat segelintir daripada 40 ulama muda diperdaya menyertai UMNO dalam satu majlis di ibu negara baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau menegaskan, dakwaan seorang ustaz, Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, bahawa dia bersama tiga lagi rakannya ditipu merupakan satu fitnah kerana mereka tidak pernah dijemput menghadiri majlis berkenaan.

Shahidan yang mengelolakan majlis itu berkata, dakwaan berunsur fitnah itu sengaja dibuat pihak tertentu yang tidak senang dengan reputasi UMNO yang semakin menarik minat golongan ulama di negara ini.

"Keempat-empat mereka ini tidak diundang pun ke majlis tersebut malah nama mereka tiada dalam senarai ulama muda yang menyertai UMNO. Jadi macam mana mereka boleh kata kita paksa, kalau paksa buat apa datang (majlis).

"Ini satu fitnah, pembohongan besar. Kalau enggan menyertai UMNO sekalipun, janganlah menyusup masuk dalam majlis orang dan selepas itu buat pula fitnah sebegini besar untuk aibkan orang lain," katanya.

Shahidan yang juga Penasihat Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Peluang-Peluang Ekonomi NCER di sini hari ini.

Laman web Pas, Harakahdaily semalam memetik kenyataan Hosni yang mendakwa bahawa dia dan tiga lagi ulama lepasan universiti di Jordan dijemput hadir pada majlis itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Dalam laman web itu, Hosni dipetik dalam satu ceramah anjuran Pas sebagai berkata, dia dan rakan-rakannya menafikan mahu menyertai UMNO sebaliknya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil jurugambar.

Salah seorang ulama muda yang menyertai UMNO pada majlis itu, Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu kenyataan bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan mengesahkan Hosni dan tiga rakannya tiada dalam senarai mereka.

Sambil mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul Bari yang juga anak bekas Mufti Perlis itu berkata:

"Kalau ditipu, kenapa mereka tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."

Shahidan bagaimanapun menjelaskan, beliau sendiri hairan melihat kehadiran beberapa individu yang tidak dikenali pada majlis itu dan sempat meminta penjelasan daripada seorang kakitangan kerajaan yang membawa mereka.

"Saya diberitahu mereka hanya nak meluangkan masa jumpa dan bersalam dengan Perdana Menteri, kita tidak jemput malah nama mereka ini pun tidak ada dalam senarai 40 ulama yang menyertai UMNO pada majlis itu.

"Kalau ikut logik takkanlah mereka pusing-pusing Kuala Lumpur dan tiba-tiba berada dalam PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) dan dipaksa pula sertai parti, ini dakwaan sangat bodoh. Kalau dipaksa sekalipun, balik sajalah," tegasnya.

Bekas Menteri Besar Perlis itu menegaskan, beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana namanya dikaitkan dalam penyiaran dakwaan tersebut.

Nisbah 40 : 1 , Belia Melayu wajib daftar segera pemilih @ hilang kuasa politik Melayu

Kuala Lumpur 28 Jun – Orang Melayu di negara ini perlu sedar yang mana kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Perkara ini disuarakan Pengerusi oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Mohd Hishamudin Yahya setelah kajian pihaknya mendapati mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).
Menurut beliau, kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua.
“Jika kita tidak serius dan bersungguh-sungguh menarik orang Melayu mendaftar sebagai pengundi, kita bimbang kuasa politik Melayu akan lenyap. Ini adalah kenyataan yang harus kita hadapi dan atasi segera.
“Justeru, UMNO bahagian seluruh negara perlu mempergiatkan usaha menambah daftar pemilih untuk memastikan kuasa politik orang Melayu terus kekal di Malaysia.
“Katanya, ia kerana pengundi Melayu memberi signifikan besar terhadap kejayaan kerajaan BN yang diterajui UMNO untuk terus berkuasa dan memerintah selepas pilihan raya umum ke-13,” katanya.klik di sini



Syabas Pemuda UMNO dan Yeop Putrajaya yang berjaya membuka mata semua orang UMNO khususnya dan orang Melayu mengenai betapa pentingnya mendaftar sebagai pengundi .
Di sini gerak kerja Pemuda di setiap bahagian dan negeri sepatutnya perlu lebih aktif melakukan kempen daftar mengundi dikalangan pengundi muda .
Di PP , peratusan mengikut kaum di PP telah menunjukkan bangsa Melayu sudah melebihi kaum Cina. Tetapi bilangan pengundi berdaftar cukup menyedihkan amat kurang jurangnya jika dibandingkan kaum Cina. Malah pendaftaran pengundi baru juga sekarang ini juga amat kurang dikalangan belia Melayu jika dibandingkan dengan belia Cina .
Kawan PB pernah beritahu PB semasa DAP membuat kempen daftar mengundi di Sunway Carnival , borang daftar yang diperuntukan di situ telah habis diedarkan dan majoriti yang mendaftar di situ adalah belia Cina . Malah menurut sumber , borang daftar mengundi yang didaftakan mengikut saluran parti yang dihantar ke SPR setiap bulan menunjukkan borang daftar pemilih daripada DAP lebih banyak daripada UMNO .
Apa tunggu lagi UMNO Pulau Pinang ?? Buat lah gerak kerja lebih agresif lagi kempen daftar mengundi di setiap bahagian . Jangan hanya buat kerja seperti melepas batuk di tangga dengan buat program UMNO dan buka kaunter daftar saja dan tunggu golongan muda mai ..
itu bukan zamannya lagi , Pemuda terutamanya perlu turun ke akar umbi sendiri dan kalau perlu jumpa terus golongan muda ini seperti mat2 rempit.. Dulu ada Putera UMNO , sekarang mana pergi dah ???
Selain itu, kalau golongan belia Melayu ini minat sangat artis2 hiburan seperti Meet Uncle Hussein , Aizat, Bunkface .. apa salahnya UMNO gunakan pengaruh artis2 ini bersama kita berkempen kepada golongan belia Melayu agar sedar akan kepentingan untuk daftar mengundi .

BUAT KERJA SEMUA , JANGAN DOK TIDUR LAGI !!!

Link



Monday, June 28, 2010

Gempar !! Dokumen ladang babi mega Pakatan didedahkan GAP !!



april 2008,sebulan selepas memerintah selangor,pakatan telah bercadang membina sebuah ladang babi mega di kuala langat. cadangan ini mendapat bantahan seluruh rakyat selangor termasuk para aktivis alam sekitar.

mengapa perlu sebuah ladang babi mega dibina sedangkan hasil mahsul ekonomi kerajaan negeri selangor cukup banyak dan masih boleh diterokai. aktivis alam sekitar juga membantah pembinaan ladang babi tersebut kerana khuatir akan pencemaran anak sungai di kuala langat seterusnya akan memberikan impak besar kepada pantai morib.

cadangan pembinaan ladang babi mega pada april 2008 ini 'disenyapkan' seketika. hinggalah ia muncul secara senyap-senyap pada 2009. perhatikan kepada tarikh cadangan dan kelulusan NO MTES yang telah dimerahkan tulisannya.

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.
NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009

KERTAS MESYUARAT EXCO MTES
daripada unit perancang ekonomi

CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT.

1. TUJUAN
kertas mesyuarat ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan exco MTES berhubung cadangan kaedah pengambilan balik tanah bagi tujuan 'modern pig farming' (MPF) seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat.

2. LATAR BELAKANG

2.1 KEPUTUSAN MMKN 5/2009 BERTARIKH 11 FEBRUARI 2009

-meluluskan pengambilan balik tanah PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat dibawah seksyen 3(1) atau 3(1)(b) kanun tanah negara 1960 mengikut kesesuaian.

3. ULASAN PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR.

-ulasan yang berbahagia dato pengarah tanah dan galian negeri adalah seperti berikut.

-pengambilan tanah bagi tujuan modern pig farming (MPF) di mukim batu daerah kuala langat hendaklah mengikut akta pengambilan balik tanah 1960 (APT 1960)
-proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 adalah tidak disokong memandangkan ppengambilan bagi projek tersebut tidak mengikuti kehendak seksyen tersebut iaitu bagi apa apa maksud awam.
-disyorkan proses pengambilan bagi projek tersebut dibuat dibawah seksyen 3(1)(b) APT 1960.

4. TINDAKAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SELANGOR (MTES)
-exco MTES yang bersidang dipohon untuk menimbang dan meluluskan perkara berikut.

a) meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan tanah 1960.

b) task force MPF diminta menyatakan syarat kepada syarikat-syarikat yang berminat agar memasukkan kos pengambilan balik tanah didalam kertas cadangan masing-masing.

c)task force MPF diberi kuasa mengenalpasti individu yang mempunyai kepakaran didalam ternakan babi untuk dijemput sebagai panel penilai ke atas permohonan syarikat-syarikat yang berminat membangunkan MPF

d) pegawai daerah kuala langat akan meneruskan prosedur pengambilan balik tanah setelah kerajaan negeri memilih syarikat yang akan melaksanakan MPF.

5 SYARIKAT YANG BERMINAT MEMBANGUNKAN MODERN PIG FARM

1) PPAD INTERGRATED (M) SDN BHD
shah alam. tindakan mohd hanifah abdul latif

2)BEAUTY PROJECTS SDN BHD
batu caves. tindakan syed abdul jalil shah

3)INDUSTRIAL ENVIRONMENTAL ENGINEERING PTE LTD
singapura. tindakan tan keaw chong

4)CHOROEN PAKPHAND JAYA FARM (M) SDN BHD
pelabuhan klang. tindakan ng kui chong

5)NUMAC MACHINERY SDN BHD
petaling jaya. tindakan chong tim

KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR PADA 1 JULAI 2009.

CABUTAN DARIPADA KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KE 22/2009 YANG DIADAKAN PADA 1 JULAI 2009 YANG TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE 23/2009 PADA 22 JULAI 2009.

5.3.4 KERTAS EXCO MTES NO :2/18/2009

cadangan kaedah pengambilan balik tanah untuk tujuan modern pig farm (MPF) di mukim batu daerah kuala langat.
daripada : seksyen sektoral UPEN

(R)508/12 jld. 3(12)
IPK SEL (R) 505 jld. 145 (10)

majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menimbangkan dan bersetuju meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan balik tanah 1960 dan kos pengambilan dimasukkan dalam model kewangan syarikat seperti syor di para 6 kertas ringkasan.

majlis mesyuarat kerajaan negeri juga bersetuju enakmen berkaitan ternakan babi dipinda.

tindakan : timbalan setiausaha kerajaan negeri (pembangunan), pengarah PTG, pentadbir daerah kuala langat,timbalan pengarah seksyen sektoral UPEN.

AGENDA DAP MENGHALAU KELUAR MELAYU KUALA LANGAT BERMULA !



sumber : GAP

Friday, June 25, 2010

Nurkilan spy leman dalam isu Hadi Awang pengganas

Bila dia kata macam nii....



Mungkin ini reaksi mereka.....











Agak-agaknya lah yeee.... Keh keh kehh...

Anwar di Washington minta kembali sokongan Zionis

Anwar-KeithElison
Anwar bertemu ahli Kongres Amerika Syarikat, Keith Maurice Ellison untuk membetulkan salah tanggapan 'tuduhan anti Yahudi'

AIDCNews

Tanpa disedari oleh rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat untuk membetulkan semula salah tangapan bahawa beliau 'anti semitik' dan 'anti Yahudi' sebelum ini.

Sebelum ini, Anwar telah membuat kenyataan di Malaysiakini bahawa tuduhan yang dilakukan oleh APCO dan Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International adalah tidak benar.

Anwar Sasaran APCO-Malaysiakini 3

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic". Klik di sini

Kenyataan Anwar itu kemudian disusuli dengan lawatan kerja Anwar ke Amerika Syarikat bermula hari ini menemui rangkaian zionis untuk membetulkan salah tanggapan tersebut.

Laporan twitter Anwar sendiri menyebut, beliau kini telah menemui Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier politiknya di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai 'penasihat' kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Dalam laporan twiter itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan 'reformasi ke dalam dunia Islam'.

Dipercayai, rangka kerja proses lobi Anwar ke Amerika Syarikat tersebut diatur oleh IIIT(International Institute of Islamic Thought), satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Anwar di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Dr Jamal Berzinji, juga salah seorang pengasas IIIT merupakan pelobi utama Anwar di Amerika Syarikat. Beliau telah membekalkan salah seorang ahli IIIT, Aazil Kazi Ahmad, menjadi pegawai khas Anwar untuk mempermudahkan proses lobi Anwar di Amerika Syarikat.


sumber :AIDC

Inilah yang dikatakan tabiat seekor sesumpah,seperti dikatakan oleh Economic Times Review sebelum ini adalah benar,apabila mengambarkan Anwar seorang yang tidak boleh dipercayai oleh dunia barat dan Islam sudah terbukti dan amat jelas. Anwar sanggup buat apa sahaja dengan menukar pelbagai wajah untuk kepentingan dirinya. Di Malaysia , beliau berubah menjadi anti Yahudi , tetapi bila jumpa dengan Yahudi di US ..beliau telah bertukar wajah menjadi pro Yahudi .

Apa lagi yang mahu dinafikan,sudah beratus artikel dan beribu bukti di dedahkan oleh AIDC dan blogger blogger anti Anwar.


Anwar sudah kehilangan banyak sumber kewangan,yang dahulunya di tanggung oleh IIIT dan dari liberalis Qatar dan Kuwait yang pro Amerika. Namun kerana sikap beliau yang bermuka muka telah membangkitkan kemarahan tuan yahudinya.

Kerana marahkan pihak yahudi yang menyekat wang penajaan kepada Anwar,sejak itu beliau terus terusan menghentam dan mengaitkan APCO sebagai syarikat yahudi.Walhal semua orang tahu APCO sebuah syarikat yang tiada kaitan langsung dengan kerajaan Israel.

Kini Anwar kembali ke rumah kedua beliau di Amerika untuk bertemu kembali dengan bosnya untuk memperbaiki semula hubungan yang agar kurang mesra akhir akhir ini dek kerana keceluparan mulutnya demi mengharapkan dana untuk PKR .


Anwar ke Amerika pulih imej , membetulkan tuduhan anti Yahudi

Anwar-KeithElison
Anwar bertemu ahli Kongres Amerika Syarikat, Keith Maurice Ellison untuk membetulkan salah tanggapan 'tuduhan anti Yahudi'

AIDCNews

Tanpa disedari oleh rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat untuk membetulkan semula salah tangapan bahawa beliau 'anti semitik' dan 'anti Yahudi' sebelum ini.

Sebelum ini, Anwar telah membuat kenyataan di Malaysiakini bahawa tuduhan yang dilakukan oleh APCO dan Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International adalah tidak benar.

Anwar Sasaran APCO-Malaysiakini 3

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic". Klik di sini

Kenyataan Anwar itu kemudian disusuli dengan lawatan kerja Anwar ke Amerika Syarikat bermula hari ini menemui rangkaian zionis untuk membetulkan salah tanggapan tersebut.

Laporan twitter Anwar sendiri menyebut, beliau kini telah menemui Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier politiknya di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai 'penasihat' kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Dalam laporan twiter itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan 'reformasi ke dalam dunia Islam'.

Dipercayai, rangka kerja proses lobi Anwar ke Amerika Syarikat tersebut diatur oleh IIIT(International Institute of Islamic Thought), satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Anwar di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Dr Jamal Berzinji, juga salah seorang pengasas IIIT merupakan pelobi utama Anwar di Amerika Syarikat. Beliau telah membekalkan salah seorang ahli IIIT, Aazil Kazi Ahmad, menjadi pegawai khas Anwar untuk mempermudahkan proses lobi Anwar di Amerika Syarikat.


sumber :AIDC

Inilah yang dikatakan tabiat seekor sesumpah,seperti dikatakan oleh Economic Times Review sebelum ini adalah benar,apabila mengambarkan Anwar seorang yang tidak boleh dipercayai oleh dunia barat dan Islam sudah terbukti dan amat jelas. Anwar sanggup buat apa sahaja dengan menukar pelbagai wajah untuk kepentin

Apa lagi yang mahu dinafikan,sudah beratus artikel dan beribu bukti di dedahkan oleh AIDC dan blogger blogger anti Anwar.




Anwar sudah kehilangan banyak sumber kewangan,yang dahulunya di tanggung oleh IIIT dan dari liberalis Qatar dan Kuwait yang pro Amerika. Namun kerana sikap beliau yang bermuka muka telah membangkitkan kemarahan tuan yahudinya.

Kerana marahkan pihak yahudi yang menyekat wang penajaan kepada Anwar,sejak itu beliau terus terusan menghentam dan mengaitkan APCO sebagai syarikat yahudi.Walhal semua orang tahu APCO tiada kaitan langsung dengan kerajaan Israel.

Kini Anwar kembali ke rumah kedua beliau di Amerika untuk bertemu kembali dengan bos untuk memperbaiki semula hubungan yang agar kurang mesra akhir akhir ini dek kerana keceluparan mulutnya.

Dakwaan bodoh oleh aparat aparat pakatan dengan mengaitkan kerajaan dengan yahudi amat jelas meremehkan minda rakyat. Sudah sudahlah memperbodohkan dengan isu isu basi yang langsung tiada fakta yang benar,melainkan fakta fakta yang direka reka dan separuh masak.

Krisis PKR Selangor : Kem Azmin Ali VS Khalid Gagap

AHLI PARLIMEN PKR MENYOKONG AZMIN
Teluk Kemang ~ Datuk Kamarul Baharin Abas, Kuala Langat ~ Abdullah Sani

Ampang ~ Zuraidah Kamaruddin, Sg Petani ~ Johari Abdul, Kuantan ~ Fuziah Salleh, Balik Pulau ~ Yusmadi Yusoff

Kapar ~ S Manikavasagam, Subang ~ R Sivarasa, Indera Mahkota ~ Azan Ismail, Merbok ~ Dato Abdul Rashid Din

Tanah Merah ~ Amran Ghani, Kuala Kedah ~ Ahmad Bin Kassim, Keterah ~ Aziz Ab Kadir, Kelana Jaya ~ Gwo-Burne Loh


ADUN SELANGOR MENYOKONG AZMIN
Sri Muda ~ Shuhaimi Shafie, Batu Caves ~ Amiruddin Shaari

Kajang ~ Lee Kim Sin, Seri Setia ~ Nik Nazmi Nik Ahmad, Taman Medan ~ Hanizah Talha


klik di sini

Wednesday, June 23, 2010

Nasrudin Tantaik keluar fatwa ulama dilarang sertai UMNO


Kepala militan PAS,Nasharudin Hasan at-tantaik telah berfatwa kononnya golongan ulama yang sebenar tidak akan tergamak menyertai UMNO.


Beliau berkata,golongan ulama hanya layak dan harus menyertai PAS,maksud beliau jika mahu dilabelkan ulama hakiki haruslah menyertai dan bernaung di bawah Isle PAS.

Belum pun apa apa lagi,golongan ulama yang dilihat mahu mendekati UMNO telah diserang awal awal,Nasharudin cuba membangkitkan persepsi kononnya hanya PAS sajalah yang benar benar memperjuangkan Isle.

Semua orang tahu versi Isle PAS agak lain macam,mereka seboleh bolehnya mahu semua orang menganuti Isle versi PAS yang cukup gemar mengkafir dan memecahbelahkan umat.

Penganas dan militan seperti PAS harus dijauhi.Malah mereka mereka ini harus ditarbiah agar kembali kejalan yang benar.

Fitnah,caci maki,kaki pukul,merosakkan harta benda awam,pengotor dimasjid,rembat hadiah(rasuah halal),jual nama Allah,jual prinsip,ayat quran digadai,pembohong & penyangak.Bak kata segala segi yang buruk dan amat kotor memang dan datang dari aparat aparat PAS.

Cuba mengajar ulama lain agar mengikut telunjuk mereka seolah olah mahu memalitkan najis kepada ulama yang baru bercadang berdakwah didalam parti pemerintah UMNO.

Pisau sarankan agar ulama ulama yang masih bersih didalam PAS agar keluar meninggalkan parti yang kotor itu,jangan dibiarkan prinsip tergadai akibat sifat politik jalangan hakiki PAS menodai diri anda.

sumber : pisau.net

Tuesday, June 22, 2010

PKNS bazirkan duit RM 500 ribu untuk publisiti bos baru !!

Jika sesiapa prihatin dan masih ingat, pada tahun lalu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membeli masa iklan "Selamat Hari Raya" selepas Buletin Utama. Anehnya sebagai sebuah syarikat konglomerat, PKNS tidak pun mengiklankan sebarang produk tetapi hanya mengeluarkan ucapan Selamat Hari Raya daripada Pengurus Besar PKNS yang baru, Othman Omar.

Selangordaily difahamkan PKNS menghabiskan sebanyak LIMA RATUS RIBU RINGGIT MALAYSIA (RM 500, 000.00) untuk iklan sepanjang minggu tersebut.

Apakah ini bentuk pengurusan korporat yang dibangga-banggakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim? Mengapa Ran Sri Khalid membenarkan kroninya Othman Omar menghabiskan wang sebanyak itu untuk menunjukkan mukanya di dalam TV3? Apakah Othman Omar salah seorang calon wakil rakyat PKR dalam pilihan raya akan datang?

Tan Sri Khalid pernah mencemuh Dr. Khir Toyo dengan kenyataan berikut:

"Jika saya menjadi beliau, saya akan menggunakan peluang ini untuk belajar mengenai pengurusan, di Universiti Malaya ada sekolah pentadbiran awam. Disebabkan pengalaman saya menyelesaikan banyak keputusan silap yang dia buat, saya fikir dia tidak mempunyai cukup kecekapan untuk mentadbir negeri. Banyak keputusan yang diambil beliau tidak menepati ujian korporat dan ujian kebolehsanaan"

Apabila Dr. Khir meninggalkan pentadbiran negeri, PKNS mencatat keuntungan hampir RM 400 juta. Namun pembangkang begitu marah kerana beliau menerima bonus RM 100, 000.00. Hari ini kita mahu tahu berapa PKNS untung tahun lalu sehingga melayakkan PKNS membayar RM 500 ribu untuk siaran iklan TV3 hanya semata-mata untuk membolehkan Pengurus Besarnya membuat ucapan selamat hari raya.

Jika bukan RM 500 ribu kita juga mahu tahu berapa kos sebenar iklan selamat hari raya Pengurus Besar PKNS di TV3 tahun lalu.

Agaknya inilah yang Khalid belajar selama berada dalam dunia korporat. Patutlah selepas "dihalau" dari dari Guthrie beliau tidak lagi djemput oleh mana-mana konglomerat terkemuka di negara ini.

Sumber: Selangor Daily


Komen PB

Pakatan selalu menyerang kerajaan BN dan syarikat GLC bazirkan wang rakyat tetapi nampakanya GLC Kerajaan negeri Pakatan seperti PKNS pun sama bazirkan wang untuk publisiti menaikkan nama Boss nya yang baru .

Inilah dia cara merakyatkan ekonomi negeri Selangor ?????

Wee Choo Keong belasah PAS Kelantan dan Anwar dalam isu arak dan judi

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.

Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.

Bagaimanapun Lo'lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.

Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa 'hasil haram' yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.

"Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.

"Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka," katanya.

Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo'lo.

Susulan tindakan Khalid dan Lo'lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"

Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik 'dua alam' Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu walaupun dibantah oleh Ketua Menteri bukan Islam .

"Perangainya sekarang membuktikan pendirian 'cakap tak serupa bikin'. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi 'suci dalam debu', lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian)," tegasnya.

Monday, June 21, 2010

PB sokong kajian AIDC wajib dibukukan


Apabila PB membaca artikel rakan blogger GAP , memang tepat sekali saranan beliau sumber kajian AIDC wajib dibukukan sebagai bahan ilmiah utama dalam dunia politik Malaysia . PB pun menjadikan laman web AIDC ini sebagai sumber utama untuk mengetahui siapa sebenarnya pengkhianat No 1 negara bernama Anwar Ibrahim .

Jentera2 UMNO kalau mahu menyerang pakatan , sumber kajian AIDC adalah yang terbaik untuk menyerang pembangkang . PB yakin jika kajian ini dibukukan , tidak mustahil pada masa akan datang ia akan dijadikan sumber ilmiah di universiti2 yang ada pengkhususan sains politik .

Kajian AIDC adalah cukup profesional kerana ia menyertakan bukti ,fakta , analisis , gambar dan video bukan seperti sumber haprak daily dan suara keldaian . Jika tiada kajian AIDC, tidak mungkin kita dapat tahu kerjasama Anwar Ibrahim dengan rangkaian politik di luar negeri, penglibatan beliau secara langsung dengan pemimpin-pemimpin zionis dan sebagainya.

INILAH LAMAN WEB YANG PEMIMPIN UMNO WAJIB BACA & BUKUKAN
KLIK DI SINI

Jentera UMNO yang mana nak buat kerja serang pembangkang ?


Apabila Datuk Seri Najib melaungkan mahu seluruh jentera UMNO dan BN bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang di Bagan Datoh , PB nampak semangat yang ada pada pemimpin No 1 negara ini mengekalkan kuasa kerajaaan BN . Laungan Najib ini disambut oleh orang No 2 nya iaitu Muhyiddin di Pagoh dan sepupunya Hishamuddin di Sembrong .

Timbul persoalan dibenak PB sendiri , siapa sebenarnya nak buat kerja ini ??? Jentera mana nak pi serang pembangkang ni siang dan malam ?? Adakah Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Cawangan nak buat kerja ni ?

Berapa kerat pemimpin UMNO yang ada akaun dalam facebook ?? Kalau yang ada pun bukannya menyerang pembangkang ,tetapi hanyak syok sendiri tunjuk aktiviti hariannya sahaja rasmi program dan pi kenduri . Di bahagian2 UMNO seluruh negara, ada ke Ketua2 bahagian ini pergi serang Adun2 Pakatan yang memang sah tidak buat kerja seperti di negeri2 yang diperintah Pakatan ?? Ingat lah ketua2 bahagian semua , kalau kerajaan BN kalah pada PRU 13 ini , jawatan Ketua Bahagian itu pun dah tak ada apa lagi ...

PB setuju dengan pandangan blogger otai SPY LEMAN yang persoalkan laungan Najib itu adakah akan disahut semua jentera UMNO di akar umbi . Sebenarnya yang berperang dengan pembangkang siang malam ini sebenarnya ada beberapa kerat saja seperti dalam facebook dan dunia blogger .

Mereka ini tidak dibantu atau disokong pun oleh UMNO tetapi dek kerana semangat perjuangan dan sayangkan kepada parti , biar datang onak dan duri pun mereka harungi . Sepatutnya blogger2 dan pejuang2 di alam maya yang menyokong UMNO ini dihargai dan bukannya melihat mereka ini pengacau dan pendesak .


PB mula aktif dalam dunia blogger sudah lebih 2 tahun dan antara blogger pro UMNO /kerajaan yang terawal sehinggalah menyertai sebuah kumpulan blogger yang menyokong kerajaan iaitu Bloggger Pembela Negara ( BPN ) . Tarikh 30 Mac 2008 , selepas kekalahan 5 buah negeri dan jatuhnya kerajaan PP ke tangan DAP , PB terus aktif menyerang Pakatan Rakyat dengan artikel pertama 1946 - Era Perjuangan Melayu.

Tanpa sebarang bantuan untuk bayaran internet setiap bulan , dari PC hingga ke menggunakan laptop ..semuanya ini adalah duit poket sendiri demi perjuangan untuk masa depan anak bangsa kita akan datang .

Biar lah kita rugi sikit dari segi kewangan dan membuang masa menulis blog menyerang pembangkang sekarang , tetapi yg lebih penting masa depan anak bangsa kita serta meneruskan warisan perjuangan nenek moyang dengan mengekalkan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO untuk terus berkuasa.

UMNO dulu , kini dan selamanya ........

Link

Macam manalah ahli UMNO nak serang balas kalau ramai pemimpin UMNO buta perut ?

Anwar bohong tuduh ancaman JI helah BN

Anwar kalau cakap helah BN tunjuk bukti la ...


kah kah kah Anwar ... hang pun nak jadi macam Mr Bean juga ka sampai isu keselamatan pun nak tuduh helah kerajaan . Kalau Mr Bean cuba nak politikan nama kucing Najib , ini Pak Sheikh pulak mahu create cerita bohong kononnya helah BN sengaja create isu JI .

Masa dulu gereja terbakar awal tahun ini , hang tuduh kerajaan tak buat apa hinggakan pencacai hang Mr Bean cakap negara sudah tidak stabil . Ini kerajaan dan pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani isu-isu keganasan bagi menghindarkan sebarang insiden yang meragut nyawa dan kerosakan harta benda seperti yang berlaku di negara-negara lain pun tuduh kerajaan BN buat helah .

Anwar kalau cakap ini helah BN tolong tunjuk bukti la kalau berani ..Jangan main cakap saja ..lepas tu bila wartawan tanya bila nak bagi bukti ..macam sial suruh wartawan itu SHUT UP !!



Jangan terpedaya cakap dakyah pembangkang


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Isu itu (militan JI) merupakan soal keselamatan negara dan sememangnya kerajaan mengetahui mengenai adanya penglibatan daripada kalangan pensyarah kanan di universiti tempatan dalam kegiatan militan tersebut.

"Jadi sebab itulah kita mesti percaya dan yakin bahawa ini satu ancaman dan kita serah kepada pihak berkuasa sebab pihak berkuasa kita terutama sekali pihak polis dan anggota perisik memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman JI dan kumpulan militan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pembinaan Limbungan Kapal NGV Tech Sdn Bhd sempena lawatan kerja beliau ke kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini pada Ahad.


Beliau berkata, segala tindakan yang dilakukan adalah untuk tujuan pencegahan kerana tidak mahu menyesal nanti dan kerajaan dipersalahkan kononnya tidak mengambil langkah pencegahan.

"Jadi kita mesti ada kepercayaan kepada anggota polis dan pihak berkuasa yang terlibat menjaga keselamatan negara bahawa mereka mampu menghindar negara kita daripada sesuatu yang berlaku.

"Kalau kita meragui perkara ini dan kalau sesuatu berlaku (nanti) kita akan menyesal dan bila berlaku kerajaan pula akan dipersalahkan kononnya kita tidak mengambil tindakan pencegahan tapi bila kita ambil tindakan pencegahan mereka kata pula kita ada-adakan isu ini," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan yang dimainkan pembangkang kerana mereka hanya cuba mengeksploitasi sesuatu isu tanpa memikirkan fakta demi keuntungan politik.

"Jadi ini sengaja dimainkan parti pembangkang. Biasalah...kita buat pun mereka kata kita tak betul, kita tak buat pun dia kata kita tak betul. Jadi rakyat mesti faham ini politik," kata Najib.

Ahmad Maslan tempelak Anwar dalam isu FELDA



Berikutan tuduhan manipulasi PKR oleh Anwar dan juga laporan kpd SPRM oleh Dr Tan Kee Kwong disiarkan dlm malaysiakini mengenai isu FELDA bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Petikan di bawa ini adalah jawapan fakta oleh Datuk Ahmad Maslan dalam isu FELDA di Parlimen hingga buat Anwar tanya satu sahaja soalan tambahan ..



Cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanipulasi fakta dan angka di Dewan Rakyat akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila pertanyaan tambahannya, mudah disanggah oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

“Hari ini detik bersejarah. Saya gembira dapat berdepan dengan Anwar. Kita sudah tidak tahan dengan penyelewengan fakta-fakta oleh pembangkang. Takkanlah Felda, satu agensi terbesar untuk bantu Melayu, nak tipu Melayu…buat apa,,’’ katanya kepada umno-online di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam sesi soal jawab itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO memang cukup bersedia. Beliau lengkap dengan angka dan fakta untuk “berperang’’ dengan Anwar. Ahli parlimen Pontian itu dengan mudah menyanggah pembohongan dan cubaan menggelirukan fakta oleh Anwar.

Kerana persediaan yang lengkap itu, sesi yang dijangka hangat itu tidak “berapa menjadi’’ apabila Anwar hanya bertanya satu soalan tambahan…mungkin takut dimalukan!

Ahmad berkata , Ketua Pembangkang berterusan melemparkan pembohongan , antaranya Felda menipu peneroka mengenai duit Tabung Tanam Semula.

“Dari RM17,000 untuk tanam semula , setiap peneroka cuma carum RM9,000. Ada sebahagian peneroka tak cukup bayar . Kadang-kadang RM 7,000 dan RM8,000. Untuk membangunkan tanah itu, perlukan RM17,000 . Oleh itu Felda bagi subsidi pula.

“Kepada yang tanam semula sendiri, kita bagi duit berperingkat-peringkat. Kalau bagi sekali RM17,000 , dia buat hal macam-macam. Tak tanam semula, dia beli kereta , rumah. Lepas tu duit habis , tanam semula tak dibuat,’’ katanya.

Menjawab tentang geran tanah, Ahmad menjelaskan, 65 peratus sudah dapat geran tanah. Apabila syaratnya cukup, maka sampailah geran tanah itu ke tangan peneroka.

Menyangkal tuduhan peneroka ditipu kerana pulangan tidak setimpal, Ahmad berkata, ia satu fitnah kerana Felda adalah satu-satunya agensi yang ada pendapatan minima RM1,000 sebulan. Kalau tak cukup, Felda bagi subsidi kepada peneroka .

“Anwar memanipulasi isu Felda Sungai Buaya. Memang asal ia penempatan Felda tetapi kemudian mereka keluar daripada Felda kerana ada yang hendak kaya cepat. Pun begitu, baru-baru ini kerajaan prihatin membantu, sungguhpun mereka bukan peneroka Felda,’’ katanya.

Ahmad turut menyanggah tuduhan pembangkang bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak menjahanamkan Felda.

Menurut beliau, memang benar kedudukan tunai Felda pada 2004 ialah RM4.08 bilion. Tahun 2009 pula RM1.35 bilion, merosot RM2.73 bilion.

“Tapi yang pentingnya kita tidak songlap duit. Kita tak tipu peneroka. RM2.41 bilion digunakan untuk pelbagai pembangunan sosio ekonomi, latihan kemahiran, innsentif, produktiviti, insurans, prasarana dan macam-macam program untuk peneroka.

“RM2 bilion untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah tanpa riba untuk membesarkan 19,546 rumah peneroka., RM662 juta beli Menara Felda, depan KLCC, di kawasan segi tga emas KL yang pada 2008 nilai tanahnya RM 935 sekaki persegi sekarang RM1,400 ke RM 1,500 sekaki persegi,’’ ujar beliau,

Katanya, dana khas bantuan basmi kemiskinan di Sabah pula adalah sebanyak RM 253 juta.

Beliau berkata , semua peruntukan itu di gunakan untuk manfaat peneroka.

“Benar, tunai merosot RM 2.73 bilion tetapi yang penting pada ketika yang sama, harta sema Felda pada 2004 ialah RM9.17 bilion. Meningkat harta semasa dan bukan semasa Felda pada 2009 kepada RM15.37 bilion. Peningkatan RM6.2 bilion. Merosot tunai tetapi meningkat harta,’’ katanya membuatkan pembangkang tidak bersuara!

Mengenai tuduhan Felda menipu peneroka dalam kes yang dibawa ke mahkamah, di Kemahang Tiga. Ini jawapan Ahmad:

“ Kita belum kalah lagi, Felda bukan tipu peneroka tapi peguam bela Felda tak datang. Sebab itu kita kalah. Kes itu kini dalam rayuan semakan kehakiman. Kes ini belum selesai. Kita tak tipu peneroka. Masakan satu agensi terbesar untuk bantu Melayu nak tipu Melayu…buat apa,’’ katanya.

sumber : umno online

LINK

Kewangan Felda merosot, aset meningkat

Sunday, June 20, 2010

Bukti artikel di Blog Anwar pro Zionis


Ramai rakan-rakan blogger anti Anwar hari ini menulis mengenai kenapa Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau semalam iaitu 16 Jun 2010. Artikel itu secara terang-terangan menulis pendapat Yuval Diskin yang menyatakan kepada media antarabangsa membatal sekatan dan kepungan kepada Gaza akan menyebabkan bahaya dan keadaan tidak selamat kepada Israel. Hal ini disebabkan Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas akan mudah mendapat bekalan senjata dan menyerang mereka.

Apa yang dapat dilihat adalah di artikel itu tiada ulasan disertakan oleh Anwar dan menimbulkan tanda tanya adakah Anwar Ibrahim menyiarkannya kerana bersependapat dengan Yuval Diskin, Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau nama hebrewnya the Shin Bet?

Yalah, jika benar beliau tidak bersependapat dengan ketua agensi Israel itu, pasti ada ulasan yang disertakan beliau. Tetapi artikel itu dibiarkan kosong tanpa ulasan seumpama artikel itu sendiri adalah pendirian Anwar.

Bagi Daniel ini semua tidak pelik dan Daniel sendiri telah menulis minggu lalu yang sebenarnya ICG (International Crisis Group) tidak langsung mengkritik Israel terhadap serangan mereka ke atas kapal bantuan Gaza tempohari tetapi hanya menegur Israel yang serangan itu hanya membuatkan masyarakat dunia mengasihani Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas. Ini bermakna ICG menyokong dan mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.

ICG juga sering mengeluarkan laporan berkenaan Yuval Diskin ini dan rata-ratanya di dalam setiap laporan itu mereka bersetuju pendapat ketua agensi Israel itu yang menggelarkan Hamas sebagai pengganas.

ICG juga terkenal rapat dengan Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau the Shin Bet ini apabila dokumen perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas yang dibuat oleh agensi itu pada 19 Jun 2008 hanya tercatat di dalam laporan ICG sahaja pada ketika itu dan tidak pada laporan media lain. Klik sini.

Hal rapatnya ICG dan agensi Israel ini yang menyebabkan tidak menghairankan Anwar Ibrahim menyiarkan artikel berkenaan agensi Israel itu di blog beliau, kerana jelas sebagai ahli dan penderma organisasi berkenaan , beliau turut seia dan sekata dengan apa yang diperjuangkan organisasi itu iaitu mengiktiraf dan menyokong Israel sebagai negara yang sah serta sesiapa yang menentang negara itu akan mereka anggap pengganas.

Perkara ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim sebagai pejuang zionis di negara ini. Buktinya,lihatlah sendiri Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau.

Kerana satu laporan sahaja mengaitkan beliau dengan gerakan anti yahudi, Anwar Ibrahim kini mula membodek yahudi dan zionis kembali. Betapa terang lagi bersuluh, Anwar tak boleh hidup tanpa yahudi..

Tiba masa menyerang balas pembangkang habis -habisan



BAGAN DATOH, 20 Jun – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan ‘bocor’ juga.

Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.

“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.

“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.

“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.

Skandal Pasir : Kerajaan negeri Selangor bohong !


Oleh: Dr. Mohamad Khir Toyo

1. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana lambat mengemaskini blog ini walaupun ada beberapa isu yang perlu ditulis. Ini kerana saya berada di luar kawasan bercuti bersama anak-anak sempena cuti sekolah.

2. Isu penyelewengan dan salah urus hasil pasir negeri Selangor terus diperkatakan walaupun Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat)telah membuat pendengaran terbuka dan cuba membersihkan pentadbiran kerajaan negeri.


3. Tidak cukup itu, YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa menggunakan Setiausaha Politiknya, Saudara Nik Nadzmi Nik Ahmad untuk menukar posisi kerajaan negeri dengan mendakwa saya memberi maklumat yang salah mengenai jumlah kutipan royalti pasir sebelum Kumpulan Semesta Sdn Bhd ditubuhkan. Terdapat juga beberapa bloggers yang "berkhidmat" dengan kepimpinan Selangor menuduh saya pembohong.

4. Untuk kebaikan dan demi perbahasan yang sihat, saya akui ada kekeliruan maklumat yang saya dapat antara hasil royalti pasir dengan hasil semua royalti batuan. Oleh kerana tidak lagi berada dalam pentadbiran kerajaan negeri saya telah tersilap nyata hasil batuan dan mineral keseluruhan dengan royalti pasir.

5. Saya tidak mempunyai data setepatnya kerana data 2007 hanya dapat dikira pada 2008 di mana pentadbiran kerajaan negeri telah berubah pada bulan Mac. Justeru saya terpaksa bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh kerajaan negeri semasa. Rumusan saya mengenai hasil pasir negeri Selangor adalah bersandarkan jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan UsAhawan YB Yaakop Sapari DUN Selangor 2008.

Y.B. TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum WBT. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berkaitan dengan soalan Bangi yang juga dibangkitkan oleh Sungai Panjang.

Setelah saya berada di pejabat EXCO, saya mendapat taklimat daripada pegawai. Saya bertanyakan berapakah pendapatan royalti daripada hasil batuan kerajaan negeri. Pegawai memberitahu bahawa pendapatan sekitar dua puluh satu juta dan hasil daripada royalti pasir sekitar tujuh belas juta. Bila saya bertanya kepada REHDA berapakah demand dengan izin untuk pasir seluruh Selangor setahun. Jawapannya sekitar lima puluh juta metrik tan.

Kalau satu tan dikenakan royalti tiga ringgit sepatutnya kerajaan negeri mengutip seratus lima puluh juta matriks setahun, tetapi kenapa tujuh belas juta. Hasil perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, akhirnya kerajaan negeri memutuskan supaya hasil batuan ini diuruskan sendiri oleh Kerajaan negeri.

Ekoran daripada itu kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah syarikat di bawah MBI namanya Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan syarikat ini akan mengendalikan hasil batuan di kerajaan negeri dengan itu sistem pengurusan hasil batuan negeri akan lebih teratur. Senarai syarikat-syarikat yang lepas yang telah mendapat, ada senarai dalam senarai yang diberikan masih ada enam syarikat lagi yang masih beroperasi sampai bulan dua belas. Saya dapati syarikat-syarikat ini ada yang berkait rapat sebahagian besar dengan pemimpin-pemimpin politik kerajaan terdahulu.

Untuk soalan ketiga, berdasarkan jangkaan yang kita ada kita menganggarkan sekurang-kurangnya seratus dua puluh juta yang akan dikutip daripada hasil batuan negeri Selangor dan semua hasil-hasil ini kita akan berikan kepada rakyat sebagai janji kita dalam manifesto menjadikan Selangor sebuah negara maju, bersih dan berkebajikan. Terima kasih.
[Petikan Hansard 23 Oktober 2008]

6. Sekarang kerajaan yang sama menyatakan bahawa hasil royalti pasir semasa BN hanya RM 2.9 juta. Adakah saya yang berbohong atau kerajaan negeri?


7. Tidak cukup dengan itu, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapan pembentangan Bajet Selangor 2010 menyatakan:
(84) Kelima, bagi pelaksanaan program MES seterusnya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat, iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi melaksanakan Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral. Sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang telah dijelaskan oleh KSSB kepada Pejabat Tanah dan Galian berjumlah RM 4,678,021.84 berbanding dengan jumlah yang diterima pada tahun yang lalu iaitu RM735,000 pada 2008. Ini tidak termasuk keuntungan yang dihasilkan oleh KSSB sendiri.
[Hansard DUN Selangor, 10 November 2009]

8. Manakala dalam satu Kenyataan Akhbar oleh Sekretariat Akbar, Pejabat Menteri Besar Selangor "KERAJAAN NEGERI AGIH KEUNTUNGAN JUALAN PASIR KEPADA JKKK" bertarikh 9 Mac 2010, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan KSSB telah mencatat keuntungan kira-kira RM 20 juta sepanjang tahun lalu.

9. Sebaliknya menurut Pengarah Eksekutif KSSB, Ir. Ramli Abd. Majed dalam pendengaran Selcat baru-baru ini bahawa "keuntungan KSSB sebelum cukai pada 2009 ialah RM10 juta dan setelah ditolak cukai, syarikat itu memperoleh RM8 jutadalam sesi pendengaran SELCAT baru-baru ini kita mendapat maklumat bahawa."

10. Lihat Tan Sri Khalid sendiri memberi pelbagai kenyataan yang mengelirukan dan seolah-olah mahu membohongi rakyat. Kalau saya yang tidak mempunyai kuasa dan sumber tersalah maklumat mungkin masuk akal. Namun apabila mereka yang mempunyai kuasa dan maklumat boleh mengubah statistik hasil pasir sesuka hati tentu menimbulkan tanda tanya kemungkinan ada skandal yang sangat besar dalam industri ini.

11.Jika saya yang di luar pentadbiran dianggap tidak memahami pentadbiran perlombongan pasir, maka apakah kesimpulan yang wajar kita buat kepada mereka yang berkuasa dan mempunyai maklumat tetapi memberi kenyataan yang berbeza dan berbelit-belit?

12. Saya hairan, Nik Nazmi mengambil masa mengulas kenyataan saya tetapi tidak sedikit pun meluangkan masa menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan dalam blog saya yang membabitkan kenyataan yang sama.

13. Misalnya mengapa Khalid umum KSSB untung RM 20 juta tahun lalu tetapi kenyataan KSSB hanya RM 10 juta sahaja. Kemana hilang RM 10 juta lagi?


14. Kerajaan negeri juga perlu menjawab mengapa syarikat "untung atas angin" seperti KSSB hanya membayar royalti sebanyak RM 4 juta sedangkan mereka untung RM 10 juta. KSSB hanya menguruskan tender sahaja sedangkan tanah milik kerajaan dan penentuan tanah yang boleh di lombong pasir dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Galian. Pernahkah sesiapa antara kita berjumpa dengan kaedah perniagaan broker yang mana keuntungan lebih besar daripada keuntungan pelanggan mereka? Inilah kali pertama dalam sejarah syarikat yang hanya menguruskan pemilihan tender untung lebih besar daripada pemilik harta.

15. Kerajaan negeri juga tidak menjelaskan mengapa pemberian bonus kepada pegawai KSSB begitu besar biarpun belum cukup setahun bekerja. Menteri Besar tidak boleh lepas tangan kerana KSSB berada di bawah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI). Apakah Tan Sri Khalid memberitahu kita bahawa pemberian bonus tersebut dilakukan tanpa pengetahuan dan kelulusan beliau?

16. Nik Nazmi juga menyatakan saya tidak memanfaatkan potensi besar industri pasir Selangor. Ini memang benar. Kerajaan negeri semasa BN telah membuat keputusan tidak membenarkan perlombongan pasir atas tanah kerajaan atas faktor alam sekitar dan kestabilan tanah. Perlombongan pasir akan menyebabkan tanah menjadi berlubang dan meningkatkan kos jika mahu menambak semula. Ini mengakibatkan tanah milik kerajaan negeri akan jatuh nilai dan pada masa hadapan mungkin banyak tanah di Selangor tidak boleh dibangunkan.

17. Bacalah kenyataan pengarah KSSB sendiri jika perlombongan pasir dilakukan secara intensif di Selangor seperti mana matlamat kerajaan bijaksana pimpinan Khalid Ibrahim, "jika 66 juta metrik tan pasir digali, akhirnya Selangor akan menjadi sebuah negeri yang memiliki lubang yang amat besar sehinggakan rakyatnya tiada tempat untuk tinggal." [Sesi Pendengaran Selcat, JUN 2010].

18. Dahulu semasa BN, kerajaan negeri hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian. Itu pun mendapat banyak tentangan daripada badan bukan kerajaan NGO) berasaskan alam sekitar. Anehnya sesetengah penggerak NGO ini hari ini berada dalam kerajaan negeri memejam mata sahaja terhadap pemusnahan alam sekitar akibat kegiatan perlombongan pasir secara intensif ini. Siapa yang akan menanggung kos baik pulih tanah kawasan perlombongan pasir ini pada masa akan datang?

19. Oleh kerana Nik Nazmi mendakwa saya tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah curi pasir, saya juga ingin mencabar agar kerajaan negeri Selangor agar mendedahkan statistik operasi membanteras perlombongan pasir secara haram sejak 2006 sehingga 2009 dari segi jumlah tangkapan, dakwaan, penyitaan jentera dan kompaun yang telah dikenakan.

20. Saya juga mendapat maklumat bahawa pengurusan KSSB ada membuat rayuan kepada pihak berkuasa bagi mengurangkan kompaun yang dikenakan ke atas beberapa syarikat di bawah pengawasannya. Jika benar, apa rasional dan logik KSSB membuat rayuan pengurangan kompaun bagi pihak kontraktor? KSSB menjaga kepentingan rakyat dan negeri atau kepentingan kontraktor?

21. Kita juga tertanya-tanya apakah motif kerajaan negeri mahu menghadiahkan RM 5, 000.00 kepada JKKK dan Ketua Kampung jika mereka berjaya membantu menangkap pencuri pasir. Apakah ia satu usaha mengatasi kecurian pasir atau usaha membaiki imej sahaja di samping mahu memberi wang lebih kepada jentera politik akar umbi Pakatan? Jika benar mahu maklumat mengapa saksi-saksi yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kapar tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Selcat?

22. Sehingga satu penjelasan yang munasabah dibuat oleh kerajaan negeri, isu pasir ini menunjukkan betapa isu salah tadbir, penyalahgunaan kuasa dan yang paling teruk pembohongan telah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan negeri.


sumber : http://www.drkhir.com/

Bila Mr Bean PAS bebal cadang nama kucing PM

Kucing aku pulak nama Mr Bean


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kucing parsi yang dibeli Datuk Seri Najib Razak dinamakan dengan mana-mana peristiwa hitam yang berlaku zaman pemerintahan Perdana Menteri itu.

Sebagai cadangan, beliau mahu Najib mempertimbangkan beberapa nama seperti: PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK Sibu atau Monggolia Altantuya.

sumber : HAPRAK Daily



PB cukup suka Mr Bean PAS ini bercakap ...apa yg keluar dari mulut dia ini memang satu bahan lawak dan boleh kita tergelak pecah perut .kah kah kah ....PB juga lihat sudah ramai blogger2 gelarkan Mahfuz ini sebagai Mr Bean seperti PB mulakan kerana dia ini memang pak lawak bila di bercakap .hahaha

Terbaru dalam haprak daily , Mr Bean mula meroyan kembali selepas isu lapangan terbang Sg Besi dengan isu nama kucing Parsi yang PM beli di PWTC . PM menulis di blog nya dan memohon rakyat Malaysia mencadangkan nama untuk kucing yang baru dibelinya .

Tetapi ada juga mangkuk mcm Mr Bean ini buat cadangan bodoh dan inikah standard seorang Ahli Parlimen dan Naib Presiden PAS . Isu nama Kucing pun hang nak politikan ka ??? Gila politik betul orang macam ini ...

PM menulis dalam blognya itu untuk berinteraksi dan mendapat pandangan rakyat jelata untuk beri nama kucing yang dibelinya dan bukannya nak politik seperti yang Mr Bean bebal ini cadangkan . PB simpati betul PAS dapat Naib Presiden yang pemikiran taraf budak PASTI saja bila bercakap .

Tak pa la ...nak buat lagu mana ini ja dok ada pemimpin2 PAS . Bekas pekerja lapangan terbang pun okay la , janji dia rajin cakap ....betul ka tidak mampuih pi ..

Saturday, June 19, 2010

Najib mahu komponen BN tumpu berperang dengan pembangkang


Datuk Seri Najib Tun Razak meminta parti-parti komponen Barisan Nasional tumpu ' berperang' habis-habisan dengan parti-parti pembangkang dan tidak lagi bertikai secara terbuka maupun menerusi media sesama sendiri.

Perdana Menteri menegaskan hanya dengan cara ini sahaja mereka dapat membantunya menguatkan BN.Beliau membuat seruan itu semasa merasmikan Perhimpunan PPP ke 57 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu.

"Musuh kita mahukan kerusi kita.Musuh kita mahu ke Putrajaya...kita harus memastikan BN kekal berkuasa.Bagaimana saya membantu PPP jika kita tak berkuasa...tetapi PPP juga harus bantu saya.Kamu boleh membantu dengan tidak fokus tenaga pada hal dalam BN tetapi fokus di luar BN.

"Kalau kamu ada masalah dalam BN beritahu saya secara berbisik...tetapi secara terbuka kamu melawan pihak pembangkang,"katanya.


Najib berkata pihak pembangkang sendiri ada banyak masalah tetapi mereka pandai menyoroknya.-19/6/2010

Komen PB

Nampaknya DS Najib kini telah memberi isyarat kepada komponen BN agar menyerang Pakatan Rakyat secara terbuka . Najib menyedari pihak musuh kini mahu menawan Putrajaya dan BN wajib mempertahankan untuk mengekalkan kuasa. Tanpa sokongan daripada komponen BN , tak mungkin BN mampu kekal memerintah negara ini .

Komponen BN tidak seharusnya mengharapkan UMNO sahaja untuk menyerang Pakatan tetapi seharusnya bersama2 melawan mereka seperti di PP . Gerakan dan MIC harus mendedahkan kepincangan dan kelemahan pemerintahan kerajaan negeri kepada rakyat akan kembali menyokong BN .

Friday, June 18, 2010

40 tahun UKM berjasa melahirkan profesional Bumiputra



BANGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini sudah berusia 40 tahun membuktikan keupayaannya dengan melahirkan ramai cendekiawan, karyawan dan pakar dalam pelbagai bidang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, golongan itu yang kini berada dalam pelbagai sektor dan bidang turut memacu agenda pembangunan dan kemajuan negara selama ini.

Sebagai sebuah universiti (UKM) yang ditubuhkan atas semangat dan perjuangan untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa, kewujudannya adalah begitu sinonim dengan kelahiran profesional, pengusaha dan teknokrat Bumiputera yang suatu ketika dulu dianggap sebagai impian mustahil menjadi kenyataan.

Hari ini kita patut berbangga dengan pencapaian cemerlang UKM yang diiktiraf sebagai sebuah universiti penyelidikan dan diberikan status swa akreditasi yang melayakkannya untuk mengakreditasi sendiri program pengajiannya.

“Status ini juga memperkukuhkan lagi kedudukan UKM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul di rantau ini. Pencapaian ini adalah sesuatu yang amat membanggakan kita,” katanya pada majlis perasmian makan malam Alumni UKM sempena sambutan 40 tahun UKM dan pelancaran Hari Alumni serta Buku Direktori Alumni UKM di sini, malam tadi.

Hadir sama, Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Muhyiddin berkata, UKM juga adalah universiti paling awal menyahut cabaran memperkasa pendidikan tinggi dalam bahasa kebangsaan.

“Sepanjang 40 tahun ini, berkat usaha gigih dan semangat kental pensyarah, penyelidik, profesor dan penuntut universiti ini, banyak karya ilmiah berjaya dihasilkan dalam bahasa Melayu.

“Ini termasuk makalah akademik, buku dan tesis doktor falsafah yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Penghasilan karya ilmiah ini, terutama dalam bidang sains dan teknologi, meyakinkan kita bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ilmu tinggi yang mampu mengungkapkan idea saintifik secara tepat dan tuntas.

“Inilah sumbangan besar UKM kepada pendidikan aliran kebangsaan, dengan berbekalkan keyakinan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ilmu moden yang mampu menyorot persoalan sains, teknologi, kerohanian dan kemanusiaan yang rumit melalui lensa bahasa dan budaya pribumi, pelopor UKM meletakkan asas paling penting kepada falsafah dan etos universiti ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, UKM ketika ini sedang melangkah gagah sebagai sebuah universiti penyelidikan bertaraf dunia, berharap agar falsafah serta etos yang bercirikan semangat dan jiwa kebangsaan ini terus digarap dan dimantapkan oleh universiti berkenaan.

Najib dan saya berfikiran reformis , pertahankan DEB dalam RMK - 10


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempertahankan keputusan kontroversi kerajaan pusat untuk mengekalkan sasaran 30 peratus ekuiti bumiputera dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).



Mengakui bahawa ia bertujuan untuk keselesaan "sesetengah pihak", beliau menegaskan bahawa Perdan Menteri Datuk Seri Razak Tun Razak telah melihat ketirisan serta kelemahan dalam program-program tindakan afirmatif lama dan sudah bersedia untuk membuat
pembaharuan yang berani.

Bercakap dalam forum yang membincangkan mengenai RMK10 di universiti UCSI di ibunegara semalam, Khairy menyifatkan dirinya dan perdana menteri sebagai golongan reformis - membezakan diri mereka daripada golongan ortodoks.

Khairy berpandangan bahawa RMK10 telahpun mengenal pasti sasaran tersebut yang tidak munasabah lagi, tetapi dikekalkan untuk keselesaan sesetengah pihak. Lebih penting lagi, katanya, pendekatan baru yang akan diambil, termasuklah yang berasaskan merit, mesra pasaran, telus serta kriteria yang telus dan adil.

Menurutnya, jika semua itu diikuti, maka ia boleh menghasilkan pembangunan yang mampan dan masyarakat bumiputera yang berdaya saing.

Menurut Khairy lagi, rancangan lima tahun itu mengandungi banyak program untuk membantu 40 peratus keluarga miskini, tanpa mengira kaum. Bagaimanapun, pakar ekonomi DAP yang bercakap di forum yang sama, Tony Pua, tidak sehaluan dengan pandangan Khairy itu.



Beliau berpendapat bahawa keputusan kerajaan untuk mengekalkan sasaran ekuiti bumiputera hanya akan terus menguntungkan orang Melayu yang mempunyai hubungan politik dan bukannya golongan Melayu miskin yang memerlukan bantuan.

"Kami sebenarnya tidak ada masalah untuk orang Melayu mencapai 30 peratus kekayaan, tetapi dengan menetapkan sasaran 30 peratus ekuiti, ini telah menukar dinamik tindakan afirmatif tersebut," kata Pua.

Katanya, apa yang berlaku ialah apabila sasaran itu dibuat mengikut kaum, maka mereka yang mempunyai hubungan baik dan mampu bersaing, akan mendapat manfaat dari tindakan-tindakan afirmatif tersebut. Beliau mendakwa, sasaran ekuiti 30 peratus bermakna kerajaan akan memberikan lebih banyak projek kepada mereka yang mempunyai berhubung yang baik.

Kelantan Fiesta disabotaj PAS , rugikan usahawan Melayu sendiri

Pisau berada di di Kota Bharu untuk mengikuti perkembangan Fiesta Kelantan.Pisau tiba di sana sehari lebih awal untuk melihat persiapan pihak penganjur iaitu Red Carpet Worldwide.

Pisau melihat usaha pihak penganjur amat baik apabila memberi peluang dan platform kepada usahawan usahawan melayu PKS untuk memasarkan produk dan barangan mereka.

Dalam masa yang sama pelbagai agensi agensi kerajaan pusat dan negeri turut sama terlibat didalam fiesta ini seperti KDN,JPN,KADA,MARDI,SPNB,Institusi Pengajian Tinggi terdiri daripada universti dan kolej koleh termasuklah ketiga tiga cabang angkatan tentera.

Golongan muda turut sama tidak dilupakan buat pertama kali penganjuran sukan lasak Xtreme dan Paintball.
(peserta dijemput dari seluruh Asia Tenggara untuk menyertai acara Xtreme ini,namun Khawarij PAS telah menghancurkan hati anak muda,apabila kelmarin pihak penganjur diarah mengosongkan kawasan ini.)

Berkesempatan bersama Shahrul Nasrun Kamarudin iaitu penganjur Fiesta Kelantan ,umurnya baru 24tahun,tetapi mampu untuk menguruskan Fiesta berskala besar ini.Semangat anak muda ini untuk memberikan pendedahan kepada anak muda dan rakyat Kelantan pada amnya seharusnya diberikan pujian.

Beliau telah berusaha untuk menganjurkan fiesta ini lebih setahun dengan bertemu dengan pelbagai pihak,pemimpin yang pertama beliau jumpa adalah MB Kelantan iaitu Nik Aziz . Malah dalam pertemuan itu beliau mendapat persetujuan dari Nik Aziz sebelum memanjangkan kepada exco kerajaan negeri.

Kerajaan negeri bersetuju dengan penganjuran fiesta ini kerana mereka tidak akan mengeluarkan sesen pun,malah diletakkan sebagai penganjur bersama .

Pisau mendengar dan melihat sendiri bagaimana pihak PAS memutar belitkan kenyataan,malah mereka turut menarik diri pada petang sebelum majlis perasmian.klik sini untuk jawapan balas oleh pihak pengajur.

Pada hari raptai dijalankan pada waktu malam,semua lampu dipasang sistem audio dan lampu turut diuji,dalam masa yang sama hujan turun,namun tiada apa apa masaalah yang dihadapi walaupun hujan turun dengan lebat.Hampir seribu pesilat dan kanak kanak terlibat didalam majlis raptai termasuklah pasukan tentera .

Namun,setelah tersebarnya berita bahawa pihak kerajaan negeri menarik diri,pelbagai masaalah timbul.Mereka mendakwa kononnya pihak penganjur tidak membayar sewa stadium walhal pembayaran telah dibuat dan disertakan dengan resit.

Pihak PAS berusaha untuk menghalang daripada majlis perasmian dijalankan,sabotaj sana sini.
Pada malam perasmian,Lampu stadium tidak dinyalakan,walhal pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8 mlm.

Pintu untuk penonton masuk turut dikunci dan dibuka lambat,Pisau berada diluar stadium,dan sempat melihat pengunjung merungut kerana tidak dapat masuk kedalam stadium.

Setelah didesak oleh pihak penganjur,barulah pintu dibuka,dan penonton mula membanjiri kedalam stadium.Pada pukul 8.30 mlm,ketika penonton mula masuk dan mengambil tempat duduk ketika itulah hujan mula turun.Ramai penonton terpaksa beredar kerana hujan mula turun dengan lebat sepertimana malam sebelumnya.

Di sekitar podium tempat duduk berbumbung ,dipenuhi oleh penonton,yang amat menyedihkan,lampu turut dipadamkan , pihak pengurusan stadium menyedari ramai penonton dan termasuklah kanak kanak dibawah tempat berbumbung namun kerana menuruti kehendak Islam PAS,maka sabotaj harus diteruskan untuk menghalang majlis dijalankan.

Pada pukul 9 barulah lampu ditempat duduk berbumbung dinyalakan,pada waktu itu sudah kedengaran ura ura bahawa PM tidak dapat hadir,setelah menanti 30minit,pihak penganjur telah mendapat kepastian bahawa PM dan Pemangku Raja membatalkan kehadiran,mereka meneruskan majlis perasmian dengan digantikan Tok Pa sebagai wakil PM.

Saudara Mahadir Lokman,pengacara pada majlis itu untuk mengumumkan ucapan Tok Pa akan membuat ucapan ketika itulah sistem audio dimatikan secara tiba tiba. Dan lampu limpah ditutup,hanyalah lampu kecil dinyalakan.

Perasmian terpaksa dijalankan dalam keadaan sabotaj disana sini oleh pihak Khawarij PAS dan pengurusan stadium.

Pada malam itu Pisau membaca beberapa blog haprak,ternyata mereka berbohong dan membuat fitnah walhal majlis itu telah disabotaj sejak dari awal lagi.

Tak ketinggalan Pisau ternampak blogger haprak perisik rakyat sedang asyik mengambil gambar bersama seorang lagi blogger ruangbicaraparia ,gelagat mereka dirakamkan oleh teman blogger DET.

Inilah kerja mereka,tidak tahu hujung pangkal terus melaporkan kerja kotor PAS kononnya pihak penganjur mendapat pembalasan tuhan,walhal PAS Khawarij dengan jahatnya telah mensabotaj sejak dari awal lagi.

Pisau membandingkan cerita dari pihak penganjur dan apa yang dituliskan oleh blogger haprak,Harakah dan Malaysiakini ternyata mereka telah membuat fitnah dan tidak tahu perkara yang sebenar.

Khawarij PAS ternyata amat kejam terhadap usahawan melayu bumiputra,malah mereka turut sama kejam terhadap anak anak muda Kelantan.

Kronologi Sabotaj Khawarij PAS:klik sini

(gambar ehsan dari DET)

sumber : pisau.net


Komen PB

Lepas ini tak payah la dok buat program2 ini di sana lagi ..buang masa saja dan perabih duit saja. Bila kerajaan pusat buat program ,ada saja puak2 di sana dengki dan tidak suka program ini .