Pages

Sunday, May 2, 2010

Politik keji pembangkang di Malaysia



Nampaknya, pihak pembangkang begitu hebat memanipulasi kes kematian arwah adik Amirulrashid dan meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas bahu pihak polis.

Lim Kit Siang dan kebanyakan pemimpin pembangkang ghairah sekali memainkan isu ini setiap hari kebelakangan ini bagi menunjukkan bahawa mereka amat prihatin dengan nasib bangsa melayu.

Pandai sungguh mereka berlakon. Kononnya merekalah juara segalanya walhal semuanya dilakukan demi keuntungan politik semata-mata. Tak lebih dari itu tujuan mereka walau sebesar hama sekalipun.


Adakalanya, saya hairan juga dengan sifat yang ditunjukkan oleh mereka-mereka didalam pembangkang ini. Dari sebesar-besar perkara, hinggalah sekecil-kecil isu semuanya hendak dipolitikkan tanpa langsung mengambil kira kesan yang akan timbul dimasa depan.

Saya tak mahu menyentuh langsung tentang isu arwah ini. Cuma saya mahu mempersoalkan apa motif sebenar pihak pembangkang yang saya lihat begitu lantang mahu menghukum pihak polis.

Tindakan mereka kebelakangan ini yang mempersoalkan kredibiliti dan mempertikaikan integriti pihak polis negara ini seolah-olah mereka mahu mewujudkan satu budaya dikalangan rakyat supaya benci kepada pihak berkuasa.

Belumpun siasatan dibuat dan penelitian kes lebih mendalam dijalankan, mereka bagai sudah menjatuhkan hukuman bahawa pihak polis lah yang bersalah dan bertanggung jawab sepenuhnya. Bagi saya, ini merupakan satu permainan politik keji yang dilakukan oleh pembangkang negara untuk memperolehi populariti secara singkat.

Jika kita menoleh sejenak kebelakang, jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh seluruh anggota keselamatan di negara ini tak terhitung banyaknya. Mungkin ada segelintir yang mencetuskan masalah namun tak seharusnya kita menafikan sumbangan bakti dari yang lain-lainnya.

Kita mampu tidur dengan aman dirumah saban malam bersama keluarga tersayang hanya kerana keselamatan persekitaran kita dijaga oleh anggota-anggota beruniform ini. Kita juga mampu bersenang lenang beriadah bersama rakan taulan sewaktu cuti umum kerana ada pihak yang bertugas pada hari tersebut demi untuk memastikan harta benda kita selamat.

Saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana sekiranya persekitaran kita ini tanpa dikawal selia oleh pihak polis. Didalam kekalutan masyarakat sekarang inipun, pihak polislah yang bertungkus lumus memastikan setiap ruang itu selamat untuk setiap rakyat.

Pihak pembangkang memang diketahui perangainya yang seboleh-bolehnya mahu mempolitikkan semua isu, tetapi apakah kini kita juga mahu terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang mahu menafikan semua jasa-jasa dari pihak berkuasa?

Kalaupun ada seorang dua didalam pihak berkuasa Polis Malaysia yang bermasalah, tak perlulah melabelkan keseluruhan organisasi tersebut sebagai kejam dan juga tak berlaku adil sepertimana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang.

Tidakkah pihak pembangkang ini terfikir bahawa generasi muda sedang memerhati segala tingkah laku mereka? Bagaimana jika anak-anak muda Malaysia ini terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh mereka dan membenci pihak berkuasa dan kerajaan? Apa untungnya disebalik semua ini?

Saya melihat bahawa sejak kebelakangan ini, pihak pembangkang di Malaysia semakin teruk mentalitinya. Bagi saya, ini mungkin kerana mereka terlampau ghairah untuk merampas negara dari kerajaan sedia ada.

Dan sebab itulah mereka semakin lupa peranan sebenar pembangkang didalam sistem demokrasi yang diamalkan selama ini. Mungkin bagi mereka, matlamat mereka telah menghalalkan semua cara.

sumber : mykmu.net ( che wan )

2 comments:

  1. Permainan ini terpaksa dilakukan oleh mereka disebabkan sudah kekeringan isu so..apa jugak isu mendatang yang boleh menjatuhkan integriti di pihak kerajaan akan dimanipulasi secukup cukupnya..mereka bertujuan melakukan demikian bagi melalaikan orang ramai daripada memperkatakan kelemahan dan juga isu yang ujud dikalangan mereka..

    Tapi yang peliknya diwaktu mereka mengutuk pihak polis dan lain lain agensi kerajaan...mereka ni jugalah yang cepat2 mempbuat laporan terhadap agensi tersebut sekiranya ada perkara yang berlaku terhadap mereka..contohnya kes Nik Ajis diancam bunuh laa konon..huh ketua taliban terus buat laporan kat polis sedangkan baru minggu lepas dia berkata pihak polis tak boleh dipercayai...begini lah sikap hipokrit dan bangang nya mentaliti pak lobai pas

    ReplyDelete
  2. Dalam negeri yang mengamalkan demokrasi itu hak awam untuk meluahkan pandangan mereka.saya menyokong pendirian pembelaan IGP Tan Sri Musa terhadap anggotanya,biarlah makamah menentukannya.satu cadangan saya kapada Kerajaan Malaysia supaya lepasan SPM hendaklah dikerahkan tenaga selama dua tahun untuk berkhidmat kapada negara,Polis/tentera.lepas habis dua tahun Kerajaan tolong bantu mereka,nak sambong belajar, berniaga atau kerja.biar rasa pahit maung dengan tugas ini.baru ada akai.

    ReplyDelete