Ini satu mesej yang cukup jelas untuk puak Pakatan ,walaupun Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan, ini tidak bermakna PASrael boleh mengguasai kesemua masjid di Selangor dan membuat apa saja .
Begitu juga di Kedah, jangan ingat Pasrael senang nak tukar imam2 di semua masjid di Kedah dengan cuba mempertikai kuasa Raja selaku ketua agama Islam di negeri ini.
Dua soalan yang menimbulkan kontroversi tersebut ialah sejauh manakah bidang kuasa sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.
Dalam sejarah lebih 50 tahun kita BN memerintah , tiada langsung pemimpin BN bertindak biadap dan bangkit mempersoalkan raja-raja Melayu berbanding pemimpin pakatan diterajui PASrael, mereka telah memainkan sentimen negatif dan secara terang-terang tidak menghormati raja-raja.
ikuti titah Sultan Selangor kepada pemimpin liabiliti untuk Pakatan Rakyat ini .
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.
Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.
"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.
"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.
Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini." seterusnya
Dulu masa lawan perintah Sultan Selangor dia kata dia tak bacapun arahan sultan dlm paper. Kalau yg dulu tak baca, rasa-rasanya perintah yang ni dia baca tak?
ReplyDeletejangan bagi nik aziz masuk selangor, kan dah nampak kesannya dikedah
ReplyDeleteTak perlu pergi lebih jauh ..tengok keadaan apa yang berlaku didalam negeri selangor sendiri..adakah mb gagap tu faham akan titah yang diperintahkan oleh paduka sultan..jangan kat depan sultan dia angguk seperti kambing tua tapi kat belakang dia buat jugak.
ReplyDeletesalam hormat bro
ReplyDeletenicky aegis tu ularrrrmark selipor/terompah/kasut jamban jek.
tak lebih drp seorang pencacai dap a.k.a budak pengilap kasut kit siang jek ekekeke
PB-jenis yang tak faham cara bercakap orang lain,dia tak akan terima.cakaplah bagaimana sekali pun sama juga, umpama tuang air dalam daun keladi.macam cerita iblis dengan Nabi Adam,ego tetap ego.no mark of respect langsung.
ReplyDeletePadan muka NA. Buat lagi kalau berani. Kt kelantan bolehlah,semua masjid jadi markas parti.Buat masjid taknak,kempen dalam masjid nak pulak.Lepastu buat tafsiran kata azan dan Al Fatihah ada kene mengena dgn politik.
ReplyDeleteDalam Umno pun ramai ahli agama tapi Umno tak hantar mereka untuk beri ceramah burukkan parti dan pemimpin Pas dalam masjid.
Bila kempen dalam masjid keburukan Umno jadi contoh. Keburukan parti pembangkang seperti Eli Wong tak buat contoh. Kes liwat Anwar tak buat contoh.Kes Nik Aziz nak gi haji pakai duit sponsor tak buat contoh.YB-YB Pas hidup mewah tak buat contoh. Sebab yg berceramah/kempen bukan ulamak islam tapi ulamak parti Pas. Bila ulamak Pas balik,jemaah yg tinggal pecah belah.
Silaturahim antara ahli masjid terjejas.Itulah kerja ustaz Pas selama ini. Dapat upah beli kereta mewah. Mana ada ikhlas.Cari makan jugak.
Patek junjung kasih diatas titah DYMM Sultan.