Pages

Friday, April 2, 2010

GEMPAR !! PAS sudah gila tuduh Israel di Pejabat PM


























Tajuk utama akhbar tabloid Harakah keluaran Pas membawa tajuk "Israel di Pejabat PM" membawa makna kerajaan telah melantik warga negara Israel sebagai kakitangan atau telah memberi akses pejabat Perdana Menteri kepada warganegara Israel.

Soalnya apa bukti Harakah terhadap satu tuduhan serius ini? Adakah terdapat sebarang laporan keselamatan atau bukti bertulis atau bergambar terhadap tuduhan ini. Jika tiada bukti sedemikian apakah bukan bermakna ini satu hasutan yang serius terhadap ketenteraman negara?

Kita tahu pembohongan atau pemalsuan kata-kata bukan perkara luar biasa dalam parti yang mengaku mereka pejuang Islam ini. Setakat fitnah Perdana Menteri apalah sangat berbanding penipuan mereka terhadap ayat-ayat Allah sehingga menyesatkan ramai orang Islam suatu ketika nanti.

Kita juga tahu bahawa ulama sesat bernama Ahmad Awang lebih mengutamakan DAP daripada Mufti Perak. Kita juga tidak hairan lagi apabila ada ulama Pas membenarkan cauvinis DAP mempergunakan ayat-ayat al-Quran untuk menarik sokongan orang Islam terhadap parti yam seng ini.

Yang kita hairan dan mahu tahu apakah tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien terhadap pengarang akhbar ini?

Kita mahu mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke mahkamah. Jangan lagu sekadar sekadar amaran gantung permit atau surat tunjuk sebab.

Ini tuduhan serius di bawah akta Hasutan. Lakukan perbicaraan terbuka biar kita lihat apa jenis manusia yang solat tidak pernah tinggal kononnya tapi menulis seolah-olah suara syaitan.

Jika geng kepala lembu boleh dihadapkan di bawah Akta Hasutan mengapa pengarang harakah tidak boleh dikenakan tindakan yang sama?

Buat Ketua Pengarang Harakah, cukup-cukuplah bagi makan anak-anak dengan duit menulis fitnah dan adu domba dengan berlindung di sebalik perjuangan Islam. Tidak malukah saudara membenarkan berita palsu sedemikian diterbitkan? Nampaknya sikap suka membuat cerita bohong sejak zaman muda dahulu sehingga sudah tua masih tidak berubah.

sumber : mykmu.net

4 comments:

  1. Ini ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap tiap malam. Sembahyang hajat penuh stadium. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik.

    ReplyDelete
  2. Ini ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap tiap malam. Sembahyang hajat penuh stadium. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik.

    ReplyDelete
  3. Ini ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap tiap malam. Sembahyang hajat penuh stadium. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kapada tok guru pas,doa mereka lebeh baik berkawan dengan iblis dari umno maka Allah pun makbulkan.maka akan tersebarlah pembohongan dan fitnah kapada orang seperti lembu kena cucuk hidung.

    ReplyDelete