Pages

Sunday, April 18, 2010

P94 Hulu Selangor : Zaid pernah cakap Pas sama seperti Parti Likud di Israel dan BJP di India




Di bawah ini adalah petikan ucapan Zaid Ibrahim ketika perbahasan mewakili UMNO Kelantan di Perhimpunan Agung UMNO 2002 . Ucapan ini disiarkan oleh semua media termasuk juga Utusan Malaysia . Lihat sendiri betapa sikap sebenar Zaid Ibrahim dahulu dan kini .

Hari ini beliau dibela oleh Hadi Awang yang menjelaskan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekarang sudah berubah semenjak pulang dari Mekah. klik di sini

Mungkin segala dosa Zaid Ibrahim telah diampunkan oleh ulama2 besar PAS termasuk Pok Nik sendiri ..





KUALA LUMPUR 22 Jun – Pas adalah sebuah parti yang banyak berdosa kerana mengganggu tugas UMNO untuk mengubah sikap orang Melayu yang beragama Islam menjadi kaum yang berjaya.

Wakil Kelantan, Zaid Ibrahim berkata, UMNO tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakukan revolusi mental kerana terpaksa menangkis dakyah Pas yang membuat pelbagai tafsiran baru demi kepentingan politik mereka.

‘‘Kita banyak kerja dan tidak boleh setiap masa untuk menjawab apa yang Pas kata atau memberi penerangan mengenai Islam sebenar kepada orang ramai.

‘‘Soal siapa yang mengamalkan Islam sebenar tidak harus timbul lagi kerana orang Melayu sudah memeluk Islam 1,000 tahun dahulu,” ujarnya ketika membahaskan usul agama dan sosial di sini. Beliau berkata, Pas juga adalah parti yang ganas dan ini terbukti apabila ia menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita.

‘Sikap Pas ini sama dengan parti-parti bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.

‘‘Pas juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.


‘‘Orang Kelantan yang memilih Pas kerana hendak mencuba kepimpinan ulama kini sudah faham benar mengenai sikap pemimpin Pas yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak,” katanya. Menurut beliau, kerajaan perlu mengubah dasarnya yang kini agak berlembut dan berhati-hati dengan Pas.

‘‘Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap Pas kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam,” katanya. Beliau berkata, cara terbaik untuk berhadapan dengan Pas ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.

‘‘Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan Pas, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah,” ujarnya.

sumber berita utusan ini dari blog Ore oyabun

1 comment:

  1. Salam...

    Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang pergolakan politik yang semakin celaru yang memungkinkan perpecahan umat melayu dibumi bertuah ini.

    Sebenarnya pergolakan dan kekeliruan ini berlaku akibat kerakusan dan kegelojohan segelintir pemimpin sahaja yang tamak dan inginkan kuasa untuk mentadbir negara...umumnya semua tahu siapakah pemimpin tersebut...

    Oleh itu, kita sebagai pejuang Melayu hendaklah sentiasa bersatu dan bekerjasama diantara satu sama lain demi nak menegakkan kedaulatan bangsa, agama dan negara tercinta.


    Pejuang Bangsa...

    ReplyDelete