NIK Aziz memang hebat pasal bab memberi gelaran yang mengarut dan mengaibkan sesama Islam. Orang Utan, Komunis, Kafir, Sekular. Yang terkini dia menggelar Mufti Perak, Datuk Harussani sebagai agen UMNO yang sekular.
Memang peranan dan tugas Nik Aziz sebagai agen DAP adalah untuk memperdayakan umat Islam!. Perjuangan UMNO tidak pernah berganjak, Kerana Allah, demi Agama Bangsa Tanahair.
Lebih baik jadi agen UMNO untuk mempertahankan agama bangsa dan tanahairnya daripada menjadi tunggul dan boneka seperti Pas yang merupakan agen DAP – parti kafir harbi laknatullah!.
Entah apa yang sekular pada pandangan sempit Nik Aziz dan pecacai Pas, tidak dapat di jelaskan dengan fakta yang jelas dan tepat.Yang pasti sekular adalah rakan tidur sebantal Pas, DAP!.
Apa yang Pas dah buat sepanjang memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun berbanding UMNO/BN yang banyak mengIslamkan institusi seperti bank, insuran, pajak gadai dan hospital-hospital.
Juga Tadika Islam, Sekolah Islam, Kolej Islam, Universiti Islam tidak termasuk Universiti-Universiti Islam di luar negara yang membolehkan orang Melayu khasnya untuk mendalami dalam pengajian Islam.
Dengan adanya Tabung Haji rakyat , termasuk orang Pas dapat menunaikan Fardu Haji beberapa kali dengan selesa. Dan berkat adanya tabung Haji dan Bank Islam juga membolehkan kita melabur menyimpan untuk kecemasan dan sebagainya..
Ini semua hasil kerajaan UMNO/BN yang Pas tuduh sekular tetapi tetap terhegeh-hegeh dan tidak pernah rasa malu menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan itu!
Mengikut pemahaman. sekular itu maknanya Dunia yang menafikan Agama.
Benar UMNO memperjuangkan kehidupan dunia benar, tetapi UMNO juga memperjuangkan akhirat. UMNO tidak mengetepikan Akhirat.
Ramai juga pemimpim Pas yang pentingkan dunia. Pakai kereta mewah, duduk rumah banglo Berpakaian kotdan tali leher dan mengerjakan haji ditaja oleh syarikat swasta sampai puluhan ribu ringgit untuk setiap seorang!.
Dunia amat penting dan akhirat juga sama penting. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO, kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat! Apanya yang sekular!.
Berbohonglah jika ada seorang insan pun walau betapa zuhud di zaman ini tidak perlu pada dunia, pada wang.Nik ASziz pun pakai Mercedes Benz, Apatah lagi anak menantunya yang berkereta mewah dan berumah banglo!.
Tuduhan Nik Aziz bahawa Mufti Perak adalah agen UMNO sebenarnya perlu dilihat dalam konteks positif. Memang benar, Datuk Harussani agen UMNO,agen sebuah parti yang memperjuangkan maruah dan martabat bangsa,agama dan tanahairnya.
Lebih baik jadi agen UMNO daripada menjadi seperti Pas. Boneka, tunggul dan agen DAP, yang jelas parti SEKULAR kafir harbi laknatullah!.
Kit Siang dan Karpal tidak marah sebab memang DAP parti sekular!.
Pejuang Alif Ba Ta
Kuala Langat, Selangor
sumber : minda intelek melayu
Kalau orang lain buat sekular. pauak-puak dia x pe kerana setiap kali cakap sesuatu guna istilah arab yang muluk-muluk. aku rasa penyokong PAS di kampungpun x faham apa makna sekular. Pandai sebut jah. Kalau tanya mesti dia kata puak hok x sir ko agama.
ReplyDeleteAku nak tanya Islam di Malaysia berkembang pada tahap sekarang jasa sapa. Jasa PAS? Di Kelantan banyak mana jasanya yang boleh dibanggakan untuk menegakkan institusi Islam?