KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud...
"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong...
Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit ke hospital HKL pada tahun 1993 , 48 % daripada ditanya mengaku minum arak . Satuk pertiga ketagih arak 61 % adalah Cina , 60 % India dan 30 % adalah Melayu
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajar kepada isu ketagihan arak dan sering menyatakan isu kaum India .
Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit ke hospital HKL pada tahun 1993 , 48 % daripada ditanya mengaku minum arak . Satuk pertiga ketagih arak 61 % adalah Cina , 60 % India dan 30 % adalah Melayu
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajar kepada isu ketagihan arak dan sering menyatakan isu kaum India .
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai...
"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah. Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.
Haprak Daily
Nampaknya Dr Mariah PAS dari Parlimen Kota Raja ini adalah pemimpin mudah lupa apabila beliau membawa isu Arak ini ke Parlimen . Ibarat seperti Meludah Ke Langit akhirnya terpalit ke muka sendiri , Dr Mariah harus pergi tarbiah dulu kepada Ustaz Ronnie Liu al Take Beer ini dahulu sebelum menyalahkan kerajaan dalam isu .
Ronnie Liu dalam kenyataannya dahulu menyatakan bahawa bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi . Kenyataan Ronnie ini dibuat selepas tindakan MBSA yang diarahkan memulangkan semula minuman beralkohol sebuah kedai serbanika di Shah Alam setelah merampasnya dalam satu operasi yang dijalankan ke atas kedai itu sehari sebelumnya .
Di mana suara Dr Mariah ketika isu take beer Ronnie Liu ini hangat hingga menyebabkan berlaku pergeseran antara Dr Hassan Ali dengan Ronnie ???
Jika Exco Selangor dari PAS iaitu Iskandar Abd Samad menyatakan pendiriannya dengan mengingatkan semua pihak agar tidak membuat kenyataan mengenai hukum Islam jika tidak memahami secara mendalam dalam isu bir ini . Sepatutnya Dr Mariah iaitu selaku Doktor perubatan menerangkan kepada Ronnie Liu ketika itu bahayanya arak dan bir ini tehadap kesihatan .
Semua rakyat termasuk di Kota Raja sendiri sebenarnya mahu penjualan dibendung oleh pihak berkuasa dan ini telah dilakukan dengan merampas arak di premis ini tetapi ada rakan seperjuangan Dr Mariah sendiri mengarahkan pihak berkuasa ini memulangkan semula rampasan itu . Malah MB Selangor yang beragama Islam pulak menyalahkan umat Islam sendiri yang membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai penjualan arak di kedai sebanika berkenaan.
Jadi , bagaimana nak menyelesaikan perkara ini jika ada pemimpin2 seperti ini melindungi kedai-kedai yang menjual arak seperti ini ?? Rakyat yang buat aduan pun disalahkan dan usaha Dr Hassan Ali nampaknya tidak kesampaian , jadi hari ini usaha Dr Mariah bising dalam Parlimen ibarat seperti anjing menyalak bukit sahaja .
Dulu takbir sekarang Take Beer .......
Salam,
ReplyDeleteTu lah, kuman seberang laut nmpk, babi depan mata xnmpk, asyik salahkn kerajaan.