Pages

Thursday, March 18, 2010

Maaf sudah cukup , Menteri Amaran yang mengecewakan ...


Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan China Press mengenai laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan (bawah) sebagai Ketua Polis Negara.

Akhbar itu juga

bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz hari ini.

"Ketua Editor mengaku silap kerana memuatkan berita tersebut tanpa disahkan kebenarannya.

"China Press dan Ketua Editornya bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri. Mereka berharap bertemu dengan Menteri bagi tujuan ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, menurut Ahmad Fuad, KDN menyerahkan kepada China Press untuk mengambil tindakan dalaman terhadap pengarang yang bertanggung jawab.

China Press juga secara serius bersedia mengambil tindakan disiplin dalaman ke atas Ketua Editornya di atas kelalaian dan salahlaku sehingga menjejaskan kredibiliti syarikat dan integriti Kerajaan. klik selanjutnya


Seperti yang dijangka Menteri Amaran Dalam Negeri , Dato Seri Hisham tidak akan mengambil tindakan terhadap akhbar China Press walaupun terbukti ia bersalah . Hanya pemohonanan maaf saja sudah cukup untuk KDN bagi membolehkan mereka tidak mengambil tindakan terhadap akhbar yang terang-terang membuat fitnah terhadap Ketua Polis Negara dan kerajaan .

Kena gertak sikit daripada Kit Siang yang mempolitikkan isu ini dengan mendakwa Ketua Editor diarahkan letak jawatan oleh pihak tertentu , Menteri Amaran nampaknya terus berlembut dengan akhbar ini dan memaafkan terus kesalahan mereka .

Hairan PB dengan kerajaan 1 Malaysia ini , bila bangsa Melayu seperti Datuk Nasir Safar cakap sikit tentang sumbangan oleh semua kaum dalam membangunkan negara dituduhnya bersifat perkauman hinggakan pihak polis juga turut membuka kes ini di bawah akta hasutan setelah MIC membuat laporan polis . Walaupun beliau telah memohon maaf , tetapi siasatan kes beliau terus dibuka untuk siasatan .

Mengapa dalam isu fitnah China Press ini terhadap kerajaan dan PDRM , tiada tindakan oleh KDN atau pun gantung saja akhbar ini sebagai hukuman ??

Adakah pemohonan maaf bangsa bukan Melayu lebih berharga daripada bangsa Melayu sendiri ??


Inilah nasib Melayu di bumi sendiri ...

4 comments:

  1. alamatnya yg dikejar x dapat yg dikendong keciciran..
    ini antara sebab2 yg pengundi bn dah jauh hati ngan bn

    ReplyDelete
  2. salam,
    he he he... bila tengok je kelibat menteri amaran, saya pun tutup tv... he he he :)

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. Hishmudin ni memang tak ada kaliber dan bukan pemimpin yg boleh diharap. Ini perkara besar, china press (wartawan) memberikan berita palsu dan tidak ada sokongan sahih. Bukan soal kaum, soal prinsip kebebasan akhbar. Kita mahu akhbar bebas tetapi bertanggungjawab. Semestinya pengajaran diberi kepada mereka-mereka yg menyalah guna akhbar utk kepentingan mendapat pembaca semata. Menteri KDN ni memang tidak berguna. Elok Hishamudin ni berhenti. Inilah akibat YB dtg dari kaum bangsawan.

    ReplyDelete
  4. Aku harap menteri amaran ni tidak dimasukkan sebagai calon Pru13 nanti..kalau ada..memang jadi bahan modal pembangkang aje nanti..cuma yg aku pasti org melayu sendiri dok meluat dgn menteri amaran ni yang memang menteri pondan..huhu

    ReplyDelete