Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Foto ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group (GIM)di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore. GIM melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel. Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan.Klik di sini
Anwar dipercayai membangkitkan isu hubungan APCO dengan Kerajaan Malaysia kerana telah diarahkan oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Arahan ini dilakukan kerana APCO dikatakan terlibat dalam usaha menghalang kerajaan Kanada daripada menandatangani Protokol Kyoto bersama syarikat Exon Mobil dan Talisman Energy.
Amerika Syarikat menandatangani Protokol Kyoto pada tahun 1998 sewaktu Al Gore menjadi naib Presiden, dan melalui protocol tersebut ia telah menetapkan had dan batasan tentang peluasan penggunaan bahan bakar fosil/minyak .
Kebanyakkan negara membangun menggangap Protokol Kyoto adalah berat sebelah kerana protocol itu akan membantut pertumbuhan ekonomi negara membangun, sedangkan pemanasan global lebih banyak disumbangkan oleh negara maju.
Presiden Clinton dan Al Gore pada akhir penggal pemerintahan tidak berjaya dalam mendapatkan sokongan sepenuhanya negara diseluruh dunia menandatangani protocol tersebut.
Sehingga kini Al- Gore masih mengerakkan jentera mendesak negara-negara diseluruh dunia menandatangani perjanjian tersebut, selain itu beliau sendiri telah melancarkan projek hijaunya diseluruh dunia.
APCO pula merupakan Syarikat Perhubungan Awam yang menjalankan perniagaan berteraskan komunikasi dan mempunyai pejabat pewakilan diseluruh dunia termasuk Indonesia, Turki, dan United Arab Emitares.
No comments:
Post a Comment