Pages

Saturday, February 6, 2010

Raja Petra & Malaysia today pembohong palsukan dokumen










oleh : mykmu.net

Dalam soaljawab antara Peguam Cara Negara II (DPP), Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dan mangsa, Mohd Saiful Bukhari dihadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam kes Sodomi II terhadap Anwar, Saiful menjelaskan bahawa Dr Osman di Pusrawi tidak ada memeriksanya.

Sebaik dimahu memeriksa dubur Saiful, dia telah diberitahu bahawa dia adalah mangsa liwat. Dr Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan mencadangkan Saiful terus ke Hospital Kuala Lumpur.

Ini menunjukkan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra pada bulan Jun 2008 dan digunakan sebagai hujah pihak PKR dan PR dalam ceramah serta digunakan juga oleh peguam Anwar sebagai asas pembelaan adalah berdasarkan dokumen palsu.

Sila baca petikan soaljawab pagi Jumaat semalam berikut:


Q: Pada 28 Jun, adakah kamu terus pergi ke HKL untuk dapatkan pemeriksaan?
A: Tidak

Q: Sebelum ke HKL?
A: Saya pergi ke dua hospital

Q: Hospital 1?
A: Hospital 1 ke Tawakal Hospital di Jalan Pahang

Q: Adakah tujuan sama dengan HKL?
A: Sama

Q: Adakah kamu dapatkan pemeriksaan di sana?
A: Tidak dapat, kerana dimaklumkan oleh Receptionist pada hari tersebut half day

Q: Dr Tawakkal ke mana?
A: Saya fikirkan hospital terdekat adalah PUSRAWI di Jalan Tun Razak KL

Q: Kamu pergi hospital pergi seorang atau ditemani?
A: Ditemani oleh bapa saudara

Q: Siapa nama?
A: Tuah bin Mat Ali, adik kepada arwah ibu saya

Q: Adakah di PUSRAWI dapat jumpa Dr?
A: Ya, dapat

Q: Ingat nama atau rupa Dr tersebut?
A: Saya tak ingat nama tetapi boleh cam

[Panggil Dr Osman utk pengecaman]

Q: Kenal dia?
A: Ya

Q: Siapa?
A: Dia adalah Dr yang periksa saya di PUSRAWI

[Mohd Osman bin Abdull [dicamkan oleh SP1 sebagai Dr di PUSRAWI]

Q: Bila jumpa Dr osman, bagitau apa pada Dr. Osman?
A: Pada mulanya saya bagitau saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur

Q: Apa yang Dr buat?
A: Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring di atas katil dan meniarap

Q: Sepanjang pengetahuan kamu ada Dr guna apa-apa peralatan?
A: Ada, Dr ingin masukkan sesuatu, semasa ingin masukkan benda tersebut saya terus berterus-terang bahawa saya telah diliwat dan ingin jalani pemeriksaan

Q: Bila bagitahu apa yang telah berlaku, apa Dr buat?
A: Dr terus berhentikan pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar

Q: Ada kamu tanya kenapa Dr berhenti pemeriksaan?
A: Ya, saya tanya, Dr nasihati saya dua perkara, pertama hospital (hosp) tiada kelengkapan untuk forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di makamah. Dr nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL.

Q: Cadangkan, arahkan atau nasihat?
A: Cadangkan

Q: Adakah lihat alat itu yang digunakan?
A: Tak pasti

Q: Selepas itu ada pergi seperti dicadangkan?
A: Saya ikut nasihat Dr Osman

Q: Terus pergi HKL?
A: Ya


Jika demikian, dokumen-dokumen laporan Pusrawi yang diguna sebagai hujah dalam tulisan-tulisan blog, ceramah dan risalah pembangkang untuk mempertahankan Anwar adalah berasaskan dokumen TIPU yang direka-reka oleh pemalsu.

Raja Petra tanpa memeriksa dan menyiasat menerima ianya sebagai asas untuk menolak tuduhan Anwar meliwat. Tidak menolak kemungkinan bahawa Raja Petra sendiri yang mengatur sebuah dokumen palsu dibuat.

Nampaknya dokumen yang konon disering disiarkan di Malaysia Today kemungkinan adalah dokumen palsu. Seterusnya kredibiliti Malaysia Today boleh dipersoalkan.

Tidak hairan mereka tahu Anwar lakukan liwat dan sengaja membohongi rakyat Malaysia dengan harapan sokongan rakyat dapat mengenakan tekanan ke atas mahkamah dan kerajaan untuk menyelamatkan Anwar.

Begitulah penipuan yang sanggup dilakukan terhadap rakyat yang naif dan digunakan oleh pembangkang untuk berkuasa.

Padanlah Karpal Singh hanya kata pembelaan mereka berasaskan sebab-sebab teknikal.

Dalam lain kata, dia tidak ada bukti yang boleh digunakan untuk menyangkal tetapi hanya mencari salah dari bukti dan saksi yang dibentangkan oleh pihak pendakwa.

Itu soal pembelaan dalam mahkamah. Bagaimana pula bab kesalahan menggunakan dokumen yang dipalsukan sebagai bahan bukti mahkamah dan ceramah dan risalah pihak pembangkang. Ini adalah satu kesalahan besar.

Pihak yang bertanggungjawab harus membuat permohonan mahkamah dan laporan polis terhadap kesalahan penggunaan dokumen yang dipalsukan!

Nota: Saiz imej dokumen-dokumen palsu Pusrawi dan surat doktor Pusrawi yang konon ditandatangan oleh Dr Osman yang diguna Karpal Singh terlalu besar untuk muatturun sini untuk siaran.

Bagi yang tidak pernah melihat dokumen-dokumen tersebut, sila lihat di blog Another Brick in the Wall
sini atau The Unspinners sini.

Komen Bapa Saudara Saiful: Video di sini


Below are the falsified medical reports:



Raja Petra had reproduced the medical report later with notes for mass distribution, below:


Karpal Singh had submitted the following medical report from Dr Osman in his opening address to dispell of any evidence of penetration, below:


When the report was produced, Dr Hasan Novandri of blog Minda Intelek had raised doubt on the reports. In his posting dated July 30, 2008 here and opther postings, Dr Novandri had questioned the dignosis TRO used in the Medical Report as not the right procedure for sodomy cases.

No comments:

Post a Comment