KUALA LUMPUR: Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) akan menjadi ejen untuk memberi penerangan dan maklumat lengkap mengenai Felda bagi memastikan tiada pihak yang cuba memecahbelahkan golongan muda membabitkan generasi kedua dan ketiga Felda di negara ini.
Presidennya, Anuar Abd Manaf berkata, ramai yang tidak memahami mengenai dasar serta peranan Felda dan MBFM khuatir ada pihak yang memberi penerangan salah mengenai agensi berkenaan.
Sebagai contoh, beliau berkata, kewujudan Persatuan Anak Peneroka (Anak) yang didakwa ditubuhkan secara haram untuk mewakili generasi muda di tanah rancangan, dilihat pihaknya cuba untuk memesongkan pemikiran generasi muda dengan kenyataan yang boleh mengelirukan mengenai Felda.
Apa sumbangan pulak juak-juak PAS terhadap peneroka ?? PAS adalah dalang utama dan cuba menjadikan ini sebagai isu politik murahan mereka. Gabungan Anak- Anak Peneroka (ANAK ) merupakan pertubuhan haram tidak diiktiraf yang dianggotai peneroka pro PAS
“Kita tidak mahu persatuan ini terus menerus melakukan perpecahan. Kita mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya sebarang gerakan memecahbelahkan perpaduan dan usaha mengancam keharmonian warga Felda melalui manipulasi fitnah dan penyongsangan fakta oleh Anak,” katanya pada sidang media dan penyerahan memorandum `Riben Jingga’ kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab, di sini, semalam.
Anuar berkata, jika dulu hanya pengerusi persatuan belia yang boleh menyertai mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), tetapi sejak tahun lalu, Felda membenarkan lima lagi wakil MBFM menyertai mesyuarat untuk menyampaikan hasrat dan suara orang muda.
Komen PB
PB bukan anak peneroka FELDA dan malah tiada saudara mara pun sebagai peneroka FELDA . Tetapi PB terpanggil mengulas dalam isu kerana merasakan kerajaan Pusat yang menubuhkan FELDA sejak daripada zaman Tun Razak hingga lah Datuk Seri Najib telah banyak berjasa kepada peneroka2 daripada Generasi Pertama di Lurah Bilut hingga lah Generasi ketiga hari ini . Setiap tahun DS Najib akan balik Pahang dan akan umumkan bonus kepada peneroka FELDA hasil daripada keuntungan peniagaan FELDA .
Tuduhan jahat peneroka2 FELDA yang berkiblatkan PAS ini menerusi pertubuhan haram Gabungan Anak-Anak Peneroka (ANAK ) adalah bermotifkan politik kononnya selama 50 tahun peneroka FELDA ditindas. Ini cakap pakai akal ke tak ?? Siapa tindas siapa ??
Ini lah nama manusia yang tidak tahu bersyukur . Sepatutnya mereka ini patut muhasabah diri seiring dengan usia yang makin bertambah dan hampir ke penghujungnya . Jasa-jasa FELDA cukup banyak kepada peneroka , tanah percuma untuk pertanian ,peluang peniagaan , pertanian , rumah percuma , biasiswa berlajar , insuran percuma , bonus setiap tahun semua mereka nikmati .
Dalam Al Quran sendiri , Allah pernah menyebut dalam beberapa ayat yang mana ramai manusia tidak berterima kasih kepada Allah dan sedikit sekali orang yang bersyukur kepada NYA . Bagi orang yang tahu bersyukur dan menghargai nikmat Allah , mereka itu beruntung kerana Allah berkenan menambahkan lagi pemberiannya , sebagai firmannya bermaksud
" Dan ( ingatlah juga ) tatkala Tuhanmu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat ) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmat-ku ) , maka sesungguhnya azab-ku sangat pedih "
Wqahai pejunag bangsa,
ReplyDeleteBacalah komen saya tentang bangsa yanhg bangsat di http://gedungakal.blogspot.com/2010/02/bangsa-yang-bangsat-dan-sesat.html