Pages

Tuesday, February 2, 2010

Liwat : 2 paku yang paling ditakuti Anwar

Kes Liwat Anwar Ibrahim

Oleh Lebah Kota, Malaysia Instinct

Ketika rencana ini mula ditulis, perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas bekas pembantunya yang berumur 23 tahun, Mohd Saiful Bukhari Azlan belum berjalan lagi.

Tarikh 2 Februari 2010 sepatutnya menjadi permulaan kepada kes perbicaraan liwat itu yang pertama kali dibawa ke mahkamah pada 7 Ogos 2008.

Sejak pada tarikh asal itu, penanguhan demi penanguhan berlaku dengan barisan peguam Anwar menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan kes liwat itu sama ada ditolak daripada dibicarakan atau dibuang kes atas sebab teknikal.


Sebenarnya, seperti tajuk di atas, beberapa pihak telah memberitahu penulis akan dua aspek bukti atau 'paku' dalam kes ini yang sangat merisaukan Anwar.

Pertamanya, apabila perbicaraan itu bermula kelak, maka Saiful akan dipanggil juga pada satu peringkat untuk memberikan penjelasan dan menceritakan bagaimana dia diliwat oleh Anwar.

Apabila Saiful mula menceritakan secara terperinci apa yang terjadi ke atas dirinya, maka ketika itu rakyat akan dapat menilai sendiri bahawa kes liwat itu benar-benar berlaku.

Cerita rekaan dan cerita sebenar banyak beza.

Cerita yang direka walaupun dengan bantuan pakar seperti pakar psikologi sekalipun, pasti akan nampak kelemahannya terutama apabila ia disoal balas dan dipertikaikan oleh peguam bela.

Namun, jika cerita yang terbit itu cerita yang sebenar, maka kebenaran itu akan terpancar.

Itulah yang paling dibimbangkan oleh Anwar. Di mana dia hendak letak mukanya kelak apabila Saiful mula menceritakan secara panjang lebar dan mendalaman bagaimana di diliwat Anwar.

Justeru, pengalaman Saiful diliwat yang akan diceritakan di mahkamah akan menjadi salah satu 'paku' yang akan memaku Anwar kelak.

Paku kedua pula ada berkait dengan bahan bukti yang akan dibawa pihak pendakwaan.

Salah satu bukti itu dikatakan melibatkan pengesahan bukti DNA Anwar yang didapati daripada dubur Saiful (bukti berlaku penetrasi) .

Yang menakutkan Anwar ialah, bukti DNA itu bukan hanya disahkan oleh makmal perubatan negara ini, tetapi satu sampel yang sama dibuktikan oleh makmal perubatan luar negara.

Maknanya, bukti kewujudan DNA Anwar tidak hanya dari satu sumber tetapi dari dua sumber.

Kalau Lebah Kota tidak silap, pihak kedua yang mengesahkan kewujudan DNA Anwar dalam Saiful ialah sebuah makmal perubatan daripada Amerika Syarikat (Negara idola Anwar).

Makmal ini dikatakan mempunyai reputasi ketepatan analisa yang amat sukar untuk dipersoalkan.

Ada pihak memberitahu penulis, bukti oleh makmal di AS itulah yang menjadi punca mengapa pentadbiran Obama langsung tidak memberikan sebarang reaksi atau komen berhubung kes liwat Anwar yang terbaru ini.

Ini amat berbeza dengan pentadbiran AS dahulu yang banyak memberikan kenyataan dan sokongan kepada Anwar ketika dia melalui kes liwat yang pertama.

Namun, kewujudan bukti yang amat kukuh kali ini menyebabkian pentadbiran tertinggi di AS tidak mahu campur tangan.

Mereka membiarkan mahkamah menjalankan urusannya seperti yang perlu.

Dua paku di atas dikatakan menjadi punca ketakutan yang amat besar dalam diri Anwar.

Inilah antara perkara yang menyebabkan Anwar begitu beriya-iya mahu memastikan kes liwat melibatkan dirinya itu tidak dibicarakan.

Namun, Anwar dan barisan peguamnya hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT jugalah yang menjadi penentunya.

Apa pun, kes liwat Anwar kali ini dikatakan banyak pihak sebagai lebih kukuh berbanding kes dahulu.

Banyak bukti-bukti dan fakta-fakta yang akan diketengahkan barisan pendakwaraya dan pastinya himpunan 13 peguam Anwar akan berpeluh jantan bagi mempertahankan anak guam mereka.

Sama-samalah kita nantikan dan nilai sendiri perjalanan kes berkenaan kelak. Kebenaran sama ada Saiful diliwat atau tidak akan timbul dengan sendirinya.

4 comments:

  1. hanya lembu2 saja yg mempercayai sandiwara anwar.. tu yg kite perlu bukakan mata mereka akan kebenaranya perkara ini.

    ReplyDelete
  2. What Anwar or his lawyers have been doing is nothing surprising. They are fighting a war.They must employ all the tricks, dirty included, to wear the enemy. The longer the trial to take place the better. Over time, witnesses tend to forget details, and emtionally drained.In psyops/psywar context, get the enemy involved in a war of atrition.

    The nation eargerly awaits the trial. Anwar should not be afraid to face the trial if he what he claims is true: he is fixed with the liwat charge. If he wins the case, the rakyat should vote PR in, and make Anwar the PM.We do not want BN government which fixes their political enemy !!

    ReplyDelete
  3. penyokong PR lebih rela merosakan dari memperbaiki.. tgok le hanya kata kata nista yang ada di milut dan hati mereka. ya allah tunjuk kan kebenaran kerna engkau lah yang maha mengetahui... andai kejadian liwat ini benar kat mana ar NIK Aziz dan penyokong PAS nak letak muka ?

    ReplyDelete
  4. Saiful ahli pkr keje dengan boss dia dsai (penaung pkr)kemudian membuat lapuran kerana di liwat oleh bossnya sendiri. Tapi yang mengherankan saya kenapa UMNO yang di salahkan?
    sedangkan kedua-duanya dalam kem pkr? atau ahli-ahli pkr sendiri tidak mahu membantu rakan-rakan yang diliwat.
    Patutlah semua hulubalang atau orang kanan pkr yang benar-benar rapat dengan tertuduh semuanya lari kerana mereka memang benar-benar mengenali rakan rapat mereka. Tapi pengikut yang taksub dan tidak mengenali lansung atau selama ini hanya pernah berjabat tangan sekali dua atau lihat dari jauh yang lebih sudu dari kuah. daif betul ilmu kamu untuk berpolitik

    ReplyDelete