Pages

Thursday, December 3, 2009

Skandal Tanah Lot 408 babitkan Raja Putar Belit



Dua hari lepas Pemuda BN membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng kerana cuba menipu pernilain tanah yang berharga RM250 kaki persegi dengan harga RM45 kaki persegi.

Ini jelas menimbulkan syak ada kolusi dengan partner PDC Hotels iaitu YTL. Perbezaan harga antara lebih kurang RM205 kaki persegi itu sebahagiannya pasti akan masyukkk dalam poket Lim Guan Eng. Ini perlu disiasat segera oleh SPRM. Terlalu blatant!

Alasan yang diberi Guan Eng adalah harga sedemkian kerana penukaran syarat dan hotel itu dikuasai 51% kerajaan negeri. Itu pun tak cerita habis. 49% pegangan YTL dengan perjanjian supplementary yang melebihi mereka boleh kuasai usahasama ini. Kerajaan mana tahu urus hotel.

Guan nak cuba tipu kata langkah ini meningkatkan income negeri. Ini masih tidak menjawab kemungkinan yang disebut tadi. Dengan satu stroke tandatangan, harga boleh berbeza dari harga RM45 kaki persegi ke RM200 kaki persegi. Komisyen dapat sekarang, income untuk negeri makan masa dan tak tentu lagi.

Tentu PDC hotel dan YTL sedia memberi harga yang lebih baik kepada kerajaan negeri kerana risiko ketidak pastiaan untuk mendapat kelulusan pelbagai pihak berkuasa sudah kurang dan ini boleh meringankan beban kos.

Lihat laporan polis yang diambil dari blog Dr Novandri berikut:


Sila baca laporan demonstrasi Pemuda BN di sini. Syabas Pemuda BN PPinang. Inilah berjuang.

Jangan takut dan mudah mengalah. Kita blogger berjuang dengan otak dan menulis memberi kamu ide dan menyebarkan makluamt. Pemuda yang nak jadi pemimpin perlu kedepan dan berani! Jangan takut sampai mintak maaf dan tarik balik posting.

Kami rasa suka kerana dikala Lim Kit Siang sedang mainkan isu tanah Martrade-NAZA yang fakta mereka samar-samar dan penjelasan sebenar berlainan sekali, kini terdedah anak Lim Kit Siang cuba nak kelepet. Bukan sikit pulak tu. 'Komunis' ini rambut saja yang lurus. Jangan percaya bila dia kata dia lurus.

Jangan tertipu dengan penggunaan istilah GDV yang bernilai RM15 billion. Berapa lama pembangunan itu? 10/15 tahun? Pastikah jumlah itu RM15 billion? GDV RM15 billion bukan untung RM15 billion. Modal, kos dan jumlah pinjaman yang diperlukan belum diambilkira.

Bodoh betul Naza pergi cakap besar konon boleh menghasilkan jumlah jualan (sebelum kos) sebanyak RM15 billion. Sunggohkah Naza yang tidak ada pengalaman lama dalam pembangunan boleh buat projek sebanyak itu dan selama itu???

Ini auta korporat saja. LKS saja mahu mengambil peluang dari kementahan pengurusan Naza berkomunikasi.

sumber : the unspinners


Komen PB

Kita lihat setiap hari keburukan , penyelewengan babitkan kerajaan negeri PP didedahkan . Mereka mungkin boleh halau Datuk Azhar Ibrahim dari Dewan DUN , tetapi di blog-blog PRO BN .. semua orang dapat lihat bahawa Guan Eng pemimpin CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!

No comments:

Post a Comment