Pages

Monday, December 7, 2009

PENANG BANGKIT !! : Penduduk Rumah Hijau tagih janji kerajaan negeri sosialis


Isu Pulau Pinang tidak pernah sunyi dan rakyat Pulau Pinang terus bangkit menuntut janji kerajaan negeri . Kali ini penduduk Rumah Hijau yang bakinya dalam 70 orang penghuni lagi protes dan menuntut janji kerajaan negeri dan enggan menerima tawaran rumah di Ampang Jajar .

Rata-rata majoriti penduduk India bertegas tidak mahu berpindah dan hanya mahu kerajaan negeri menunaikan janji mereka untuk menempatkan penduduk di kawasan itu .Menurut mereka , Kerajaan Negeri tidak sepatutnya melupakan janji mereka itu dan lepas tangan dalam isu ini kerana terdapat ramai penduduk yang kurang kemampuan di kawasan itu yang tidak mampu untuk berpindah ke rumah baru itu.


Dalam perbualan telefon bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, sebulan yang lalu mengenai perkara ini, Hock Seng memaklumkan sekiranya Kerajaan Negeri ingin membina perumahan kos rendah di kawasan asal, mereka perlu membayar RM6 juta.

“Ia merupakan alasan baru, kini untuk mengelak dari menunaikan janji mereka, sebagai Kerajaan Negeri, mereka tidak patut mengelak lagi dengan memberi pelbagai alasan baru sebaliknya menyelesaikan isu ini dengan segera,”
Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, A Tamil Salvan

Selain itu , hasil makluman dari penduduk yang telah menerima tawaran rumah oleh Kerajaan Negeri itu, mereka perlu berpindah keluar dari kawasan petempatan asal menjelang 31 Disember depan.

Penduduk yang telah menerima tawaran rumah telah diminta untuk berpindah keluar pada 31 Disember ini, bagaimana pula dengan nasib penghuni yang belum dan enggan menerima tawaran rumah itu.

“Adakah kami juga akan diusir keluar seperti penduduk Kampung Buah Pala? Penduduk yang menerima tawaran rumah itu juga menerima tawaran itu bukan secara rela tetapi selepas takut melihat keadaan penduduk Kampung Buah Pala yang diusir keluar dari petempatan asal mereka yang didiami sejak berpuluh tahun itu,” katanya.


Menurutnya, dengan tujuan menakutkan penduduk di kawasan itu, mereka telah menghantar surat tawaran untuk rumah atau pampasan pada hari yang sama Kampung Buah Pala dirobohkan.

Mereka menggunakan taktik psikologi, menakutkan rakyat dengan gambaran Kampung Buah Pala , bagi membolehkan penduduk di sini berpindah keluar secara aman. “Sekiranya, kami ingin berpindah dari sini, sudah tentu dari dulu lagi kami tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hanya menabur janji palsu mereka untuk menempatkan semula kami di kawasan ini ,”


Inilah cara DAP -CAT menyelesaikan masalah rakyat .. Sudah la menipu mereka dan tidak menunaikan janji , kini ditindasnya mereka seperti mana penduduk Kg Buah Pala . Sekiranya kerajaan negeri tidak mampu menunaikan janji, baik mengaku sajalah ..

AYUH RAKYAT PULAU PINANG !!

SAHUT SERUAN PENANG BANGKIT !!


1 comment:

  1. Pejuang,

    Bila kita nak naik kapai terbang pulak?

    Sekali sekala kena naik juga, takut nanti lupa cara2 nak pakai tali pinggang keledar.

    kah kah kah kah..kah kah

    ReplyDelete