Pages

Thursday, December 3, 2009

Penang bangkit !! : Amar Maaruf Nahi Mungkar tidak layak untuk Pulau Pinang



Ini kah amalan Khalifah Umar Abd Aziz ??

PULAU PINANG: Slogan 'Amar Maaruf Nahi Mungkar' tidak sesuai digunakan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana pentadbiran negeri itu termasuk Ketua Menterinya Lim Guan Eng mempamerkan perilaku yang bertentangan dengan slogan itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan dari Barisan Nasional (BN) Shabudin Yahaya mendesak kerajaan negeri supaya tidak lagi menggunakan slogan itu.

"Lim tidak mencerminkan satu kelakuan yang bermoral apabila beliau membenarkan delegasi DAP di Perak untuk memijak gambar bekas pemimpin Pakatan Pembangkang...tindakan itu tidak beretika, tidak berbudaya dan seperti orang tidak beradat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perbuatan Ketua Menteri itu bukan sesuatu yang patut dicontohi rakyat dan tidak sepatutnya seorang pemimpin yang dipilih rakyat berbuat demikian, tegasnya.

Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada sidang Dewan Undangan Negeri, Shabudin telah meminta kerajaan negeri menarik balik slogan tersebut dan tidak menggunakannya lagi di masa hadapan.

Komen PB

Bila melihat di jalanraya ,di simpang jalan terdapat banner Guan Eng dengan slogan terhebatnya yang menipu orang PAS iaitu Amar Maaruf Nahi Mungkar. Berdasarkan kepada maksud ayat ini, Guan Eng tidak layak menggunakan slogan ini untuk mengambarkan pentadbiran kerajaannya kerana tindakan biadapnya ketika memijak kepada orang Melayu telah memberi gambaran buruk beliau sebagai pemimpin. Malah beliau mahu mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz tetapi adakah tindak pijak kepala ini diajar oleh Khalifah Islam ini ??

Jelas Guan Eng hanya berbohong saja untuk mengaburi orang Melayu PP agar anggap beliau menconthi pemerintahan Islam .




2 comments:

  1. Mazhab PAS kata dia layak...tak boleh pertikai...diperakui oleh ulamak tahap Dewa dlm Pas...ulamak PAS yg lain dah kena penyakit pondan & bisu...

    ReplyDelete
  2. siapa kata layak? insaf lah org2 yg SESAT

    ReplyDelete