sam dan din binjai juga turut serta ...
Baki lagi 14'989 umat berada diluar kawasan lensa kamera kami
Petang tadi selepas solat jumaat, berlangsungnya satu perhimpunan ratusan ribu umat bagi menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim di hadapan masjid jamek Seberang Jaya.
Perhimpunan yang berjaya menarik lebih kurang 15 ribu jemaah pelbagai parti didalam Pakatan Rakyat itu telah mengakibatkan sistem pengangkutan di Bandar Seberang Jaya lumpuh sepenuhnya hampir 3 jam.
Pihak berkuasa terpaksa bertungkus lumus mengawal keadaan hinggakan terpaksa memanggil unit simpanan dari negeri2 jiran Kedah dan Perlis.
Bahagian unit kecemasan Hospital Seberang Jaya juga diberitakan menerima peningkatan pesakit luar secara mendadak berikutan ramai peserta demonstrasi tersebut dilaporkan ramai yang cedera akibat terlampau asyik bergayut di bahagian bawah "flyover" berhadapan masjid tersebut.
Pemberita asing juga banyak kelihatan membuat liputan di perhimpunan tersebut. Antara yang dapat dikenalpasti ialah CNN, Al Jzeera, ABC, BBC, CBS dan juga lain-lain.
Anwar bagaimanapun tidak dapat hadir menyertai himpunan ini kerana dikhabarkan beliau berada di luar negara didalam misi ala2 Amazing Race untuk mencari pakar DNA terbaik didalam kes sodominya.
Perhimpunan ini mungkin akan menarik lebih ramai lagi umat yang menyokong Anwar jika tidak kerana pasaraya besar Carefour yang berada di bersebelahan jalan membuat jualan hebat sempena pembukaan sekolah.
Mungkin jumlah yang hadir akan meningkat 10 kali ganda jika tidak kerana promosi pasaraya tersebut.
sumber : pusaka ayahanda
Salam perjuangan,
ReplyDeleteMana perginya 28 ribu yang undi DSAI PRk Permatang Pauh lepas???
Dah taubat ka...!!!