PB menjenguk laman web dan blog pro kerajaan dan artikel yang menarik perhatian PB ialah ini dari akhbar Haprak Daily. Artikel ini ditulis sendiri oleh Lutfi Othman dalam bulan Oktober mengenai pandangannya mengenai nasib Pakatan Rakyat pada PRU 13 .
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022930&Itemid=39
Lutfi memberi pandangan dan ramalan bahawa pada PRU 13 ,mood rakyat akan berpihak kepada BN kerana berdasarkan populariti Najib dan perubahan yang dilakukan beliau .
Kebimbangan yang disuarakan oleh beliau mungkin tidak disenangi oleh orang PAS kerana mereka merasakan boleh melemahkan semangat juang parti mereka. Tetapi kenyataan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa Allah telah tunjukkan satu persatu kebenaran parti PKR dan PAS terutamanya yang nampak hebat di luarnya tetapi disebalik tabirnya penuh masalah yang membelenggu dan ia memberi kesan buruk kepada rakyat yang ditadbir oleh mereka.
Segala penipuan ,janji kosong , penyelewengan , pergaduhan sesama mereka kini kita telah nampak dengan jelas dan rakyat kini sedang menilai .
No comments:
Post a Comment