Pages
▼
Tuesday, November 17, 2009
Nizar tengok !! : Skandal saham Azmin Ali dan Isteri dibongkarkan oleh Anuar Shaari
oleh agenda daily
Jika selama ini ia hanya cakap-cakap, pagi Selasa bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin.
Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Pada sidang media sebelum membuat laporan polis, Anuar berkata, dokumen yang mengandungi bukti pemilikan saham sebanyak RM2 juta milik Azmin dan Shamsidar serta penyata akuan bank Shamsidar sebanyak RM8 juta akan diserahkan kepada polis untuk menetukan kesahihan dokumen terseut dan seterusnya melakukan siasatan.
“Saya datang pada hari ini untuk mencari kebenaran bukannya hendak menghukum. Masyarakat hendak tahu kebenaran isu yang kini hangat diperkatakan termasuk para penyokong Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin.
“Wan Azizah sendiri mesti hendak tahu kenapa Shamsidar boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu,” katanya.
Anuar tampil membuat laporan polis berkenaan ekoran isu pemilikan saham yang didakwa melibatkan Azmin dan Shamsidar heboh diperkatakan kebelakangan ini. Anwar dan Azmin sebelum telah tampil menafikan ada memiliki saham seperti yang didakwa.
Anuar selain pernah menjadi SUS bagi tempoh 1996 hingga 1998, juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Wan Azizah dan Ketua Bahagian PKR PErmatang Pauh sebelum keluar meninggalkan parti itu pada tahun 2007.
Menurut Anuar beliau membuat pendedahan ini kerana ia juga ada kaitan dengan Anwar memandangkan semasa perolehan saham dan wang tersebut yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1994, Azmin bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Anwar yang pad ketika itu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
“Saya minta kepada nama-nama yang disebut ini jangan panik kerana kita hendak mencari kebenaran. Jangan nanti timbul pula dakwaan wujudnya konspirasi atau saya dibayar untuk membuat pendedahan ini,” ujar beliau.
Mengenai pendedahan itu, Anuar berkata, jumlah yang dinyatakannya itu adalah selari dengan apa yang diperkatakan sekarang.
Ditanya kenapa setelah sekian lama baru pendedahan ini hendak dibuat, Anuar berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan itu kepada pihak polis. – 17/11/2009
link
azmin,shamsidar punya aset lebih 10.5 juta
Salam bro, agaknya selama ini yang dia dakwa ada 7 kotak rahsia kerajaan UMNO-Bn dulu rupa-rupanya hak penyelewengan dia sendiri lah ye........
ReplyDelete...wowwww!!!hebatnya manusia bernama SHAMSIDAR..mahalnya nilai diri dia sampai RM8 juta..mengalahkan anak dara seperti Ct Nurhaliza yang cun, ratu Malaysia Era Fazira, Fazura, Fasha Sandal...dll
ReplyDelete...mana dapat wang beli saham sebanyak itu..dapat hadiah ke, sedekah ke, komisen ke, upah ke, sponsor (bukan sponsor haji), service charge ke, jual barang ke...bisnes apa yang dia buat ni sampai dapat beli saham bernilai RM8 juta..itu baru wang si bini...si laki pula baru kerja tak sampai 5 tahun dah boleh beli saham RM2 juta..betul ke cerita ni..kelau betul memang hebat mereka laki bini ni..
..inilah bertuah kalau kerja dengan boss yang hebat dalam bidang ekonomi..senang2 dapat atur dan bahagi2kan wang kepada orang2 kesayangan.. bertuah dan beruntuknya kamu wahai SHAMSIDAR !!!!tentu kau ni seorang ya istimewa..
SPY Leman
blog sape yg suka fitnah2 orang nih..klu x tau hukum jgn nk tuduh melulu. ko dh siasat ke yg nk kata semua org x betul, ape ke jadah ntah pnya manusia
ReplyDelete