Laporan polis terpaksa dibuat oleh wakil-wakil rakyat BN setelah wakil DAP, YB Voon enggan menarik balik kenyataan yang telah beliau buat ketika sessi perbahasan pada persidangan dalam Dewan Undangan Negeri pada 11 November lalu sebagaimana yang dkehendaki oleh wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional.
Enam orang Ahli Yang Berhormat mewakili Kerajaan Barisan Nasional yang telah membuat laporan polis terhadap YB Voon itu ialah terdiri daripada ADUN Asajaya YB Abdul Karim Hamzah, ADUN Bukit Saban YB Robert Lawson Chuat, ADUN Pantai Damai YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN Ba'kelalan YB Nelson Balang Rining, ADUN Bengoh YB Dr. Jerip Susil dan ADUN Pujut YB Chia Chu Fatt.
Kenyataan yang berupa kata-kata hasutan oleh YB Voon Lee Shan adalah seperti berikut:
"Semasa kita menubuhkan Malaysia, kita meletakkan diri kita dibawah klasifikasi dengan memanggil diri Bumiputera dan bukan Bumiputera.
"Saudara-saudara Dayak kita di Sarawak memerangkap diri dan tidak menyedari impian seorang pemimpin Melayu agung dalam diri Tunku Abdul Rahman, untuk membahagikan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera adalah untuk meningkatkan dominasi Melayu dalam politik dan kaum di Malaysia.
"Melayu, sebuah bangsa agung telah disusuli kaum peribumi tetapi tanpa disedari saudara-saudara Dayak kita, takrifan 'peribumi' telah meninggalkan kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak.
"Inilah kaum Melayu di Malaya seperti yang dirancang oleh Tunku Abdul Rahman, menguasai politik dan ekonomi Melayu sejak 46 tahun lalu.
"Iban dan Bidayuh sebagai dua kaum peribumi terbesar di Sarawak diperbodohkan oleh kerajaan persekutuan selama 46 tahun sejak Malaysia ditubuhkan dan tiada wakil rakyat Dayak, sehingga hari ini berani bercakap mengenai ini dengan UMNO dan Melayu dari Malaya menguasai kaum Dayak di Sarawak."
Jadi kepada semua pembaca, apakah kita pernah terfikir sebelum ini bahawa perkataan seperti yang tercatit diatas akan keluar dari mulut atau pengucapan oleh seorang yang telah bergelar sebagai Yang Berhormat yang sepatutnya tugas beliau adalah untuk memimpin, membela serta memperjuangkan hak-hak rakyat dimana kawasan yang mereka wakili disamping untuk sama-sama menjaga, memelihara kesejahteraan dan keharmonian dalam negara dari sebarang anasir-anasir jahat luar selaras dengan "ikrar taat setia" yang telah dilafazkan ketika majlis angkat sumpah sebagai Ahli Yang Berhormat.
Dan kepada pihak berkuasa diharap supaya segera mengambil tindakan yang sewajarnya kepada wakil rakyat dari Batu Lintang itu memandangkan laporan polis telahpun dibuat. Kita bimbang jika perkara seperti cuba menghasut kaum-kaum tertentu agar mencurigai kaum yang lain jika tidak dibendung dari awal akan menimbulkan semula keadaan tidak tenteram dan aman di negeri Sarawak. Kita tidak mahu melihat perpaduan kaum yang sedia ada di Sarawak ini cuba untuk diganggu-gugat oleh mereka-mereka yang tidak pernah tahu bagaimana cara untuk menghargai erti kemerdekaan, keamanan serta keharmonian kaum di negeri ini.
sumber : Anak merdeka
No comments:
Post a Comment