Pages

Sunday, November 29, 2009

Hanya orang pengecut takut kursus BTN - Kamaruddin Kachar



KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tindakan terbaru kerajaan negeri Selangor dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dalam isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN) jelas memperlihatkan yang pembangkang kini semakin tidak tentu hala dalam usaha mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka.

Bekas Ketua Pengarah BTN, Datuk Kamarudin Kachar berkata, sepatutnya jika pembangkang yakin yang mereka kuat maka mereka tidak perlu menyerang BTN dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Kata beliau, apa yang berlaku sekarang ini tidak lain hanyalah gelagat orang yang tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan kekuatan pihak lawan atau dalam erti kata lain tindakan orang pengecut.

''Orang pengecut yang menuduh bukan-bukan. Kalau kita kuat, buatlah kursus BTN sepanjang tahun pun, apa nak takut. Nampak ini tanda-tanda jelas yang mereka takutkan pengaruh politik merosot, jadi mula melatah tuduh tak tentu hala.

''Sedangkan orang macam Kit Siang tuduh BTN atas dasar apa? Apa yang dia tahu pasal BTN? Apa bukti dia? Saya bimbang orang yang suka menghasut dengan menuduh yang bukan-bukan kepada sebuah agensi kerajaan seperti BTN inilah sebenarnya penyekat keharmonian,'' katanya di sini, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam laman blognya hari ini menggesa Perdana Menteri supaya menutup terus BTN jika ikhlas mahu melihat gagasan 1Malaysia berjaya memandangkan dakwanya, BTN banyak menyekat perpaduan rakyat berbilang kaum.

Langkah yang dilihat oleh setengah pemerhati sebagai luahan kebimbangan terhadap pengaruh politik mereka itu adalah susulan daripada tindakan kerajaan negeri Selangor kelmarin yang melarang pekerja dan pelajar institusi negeri itu menyertai kursus BTN.

Mereka mendakwa kursus itu sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman.

Mengulas lanjut gesaan Kit Siang itu, Kamarudin yang menjawat jawatan Ketua Pengarah BTN dari 1988 hingga 1992 berkata, tuduhan itu amat dangkal kerana BTN mempunyai matlamat untuk melahirkan rakyat yang taat setia kepada negara tanpa berbelah bahagi.

Selain itu, katanya, di dalam modul kursus BTN ditekankan soal kerohanian iaitu ketaatan kepada Allah bagi yang beragama Islam, melatih disiplin diri di samping menyemai semangat bersatu padu antara rakyat berbilang kaum bagi membina negara Malaysia yang berjaya.

''Jadi tidak wajar BTN ditutup dan kursus diberhentikan. Saya sebagai bekas Ketua Pengarah BTN menentang sekeras-kerasnya gesaan Kit Siang itu dan saya berani katakan yang dia tidak faham.

Mengulas mengenai beberapa pegawai kanan BTN yang kini berada dalam pimpinan pakatan pembangkang, Kamaruddin yang juga Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) berkata;

''Itulah, saya pun tak tahu apa penegasan mereka, macam rela membiarkan orang mengata diri sendiri. Ada antaranya pernah jadi timbalan saya, ada jadi pegawai saya macam Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)."


Reaksi Datuk Seri Noh Omar

Dia macam orang buta nak bercakap mengenai perkara yang dia tak nampak. Pernahkah dia mengikuti BTN? Saya pernah jadi penceramah dan memberikan penerangan mengenai isu-isu semasa. Adakah saya mengamalkan perkauman?

"Adakah salah jika saya menceritakan apa-apa yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) melalui kementerian dalam membantu rakyat dengan subsidi dan sebagainya supaya orang muda terlibat dalam pertanian? Adakah itu juga disifatkan perkauman?''


Reaksi Datuk Ahmad Maslan

Kita tidak nampak di mana asas tuduhan yang dilemparkan oleh parti pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) mengenai program di BTN selama ini yang jelas tidak mempunyai sebarang agenda jahat seperti yang didakwa. ‘‘BTN adalah tempat bagi memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan serta memberi latihan berteraskan sistem nilai termasuk lapan nilai aspirasi 1Malaysia,’’

Reaksi Datuk Seri Dr Zambry

'BTN sebenarnya baik dan saya sendiri pernah mengikuti kursus tersebut. Ia memberi motivasi kepada mereka yang menyertai kursus itu. ''Mereka sengaja menuduh kursus BTN tidak elok. Ia adalah cara untuk mengalihkan pandangan masyarakat kepada satu isu baru dan memberi idea untuk menghentam kerajaan,"



4 comments:

  1. Lihat bukti BTN di pihak yg benar di http://waadat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Diminta DS Najib bertegas dalam mempertahankan BTN.Negara semakin dekat berhadapan dgn huruhara akibat keceluparan dan kedangkalan pemikiran pemimpin2 pembangkang yg hipokrit.

    ReplyDelete
  3. Kamaruddin Kaca adalah Ketua Pengarah BTN yang diletak oleh Anwar dan merupakan boss Dr Hasan Ali.

    ReplyDelete
  4. Kekalkan kuasa politik Melayu - http://s.shr.lc/19ilZnw via @UMOnline

    Kecewanya.....

    "Sementara itu, paling mencuri tumpuan dalam program wacana berkenaan adalah kemunculan seorang tokoh Orang Asli, Datuk Dr. Hashim Muhammad yang menyeru Melayu bersatu-padu."

    Mengapa tidak berfikir dengan : menyeru Orang Malaysia bersatu-padu.

    Kekalkan Kuasa Politik Melayu ?
    Megapa tidak gunakan "Kekalkan Kuasa Politik Orang Malaysia"
    untuk persaingan dengan negara yang membangun seperti negara Cina, negara Indonesia dan negara India. Pembangunan negara asing yang cambaran Kira semua anak Malaysia.

    Dr. ini kefahaman dalam mana ? Macam mana anak Malaysia boleh maju dan mencabar dengan negara lain dengan jaga manfaat kaum sendiri tapi bukan anak Malaysia semua ?

    Cabaran antara negara (international business competition), siapa ada Kuota ? Macam Orang Amerika pandai teknology, mereka kaya dan maju. Obama Orang Amerika bukan Orang Afrika atau Hitam. Obama tidak kekalkan kuasa politik Orang hitam sana tapi dengan dasar (policy) yang manfaat bagi Semua Orang Amerika... apa anak Malaysia boleh belajar ? Sudahkan semua pandai pandai take perlu belajar ?

    ReplyDelete