Pages

Monday, November 16, 2009

Hadiah untuk kepentingan peribadi berbeza dengan hadiah sumbangan untuk keperluan msyarakat

ketua Penerangan Pas Perak telah berkata

Alangkah mulianya memberi hadiah sehingga orang boleh pergi menunaikan haji apa lagi dia adalah Tok Guru yang kita sayangi. Namun sebaliknya berlainan pula dengan hadiah di Perak.

Pemberian hadiah kepada Kementerian Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dalam bentuk jambatan di SK Kuala Depang Kampar perak oleh sebuah syarikat yang telah dapat dikesan namanya adalah pemberian hadiah yang nampak mulia tapi jelas berunsurkan rasuah dan berkempentingan dalam kementerian itu.

Demikianlah BN apa yang dibuat semuanya baik walaupun memangsakan rakyatnya sendiri, namun kalau yang dilakukan oleh pakatan Rakyat dan PAS termasuk ada yang rela hati menaja Tok Guru pergi haji dengan ikhlas tanpa apa-apa kepentingan jadi salah dan sengaja diperbesar-besarkan..

Itu luahan hati keras ketua penerangan Pas Perak.

sumber dari Pemuda Pdg Rengas

Komen PB

Cukup cetek dan agak dangkal Ketua Penerangan PAS Perak yang pertahankan Nik Aziz. Adakah beliau faham beza sumbangan jambatan di tapak perkhemahan itu sama seperti tajaan haji kepada Nik Aziz ??? Sumbangan jambatan gantung itu untuk kegunaan masyarakat ,iaitu org ramai tidak kira la orang PAS ,PKR @ UMNO ..bermakna semua bolkeh menggunakan . Contoh lain jg seperti sumbangan kerusi batu kepada masjid2 oleh Adun2 dan ini boleh digunakan untuk org ramai.

Berkenaan dengan tajaan Haji kepada Nik Aziz ini adalah sesuatu yang cukup berbeza . Tajaan ini seperti berkepentingan dan hanya nik aziz dan keluarganya sahaja dapat manfaat sedangkan beliau sudah kaya raya . Orang boleh persoal mengapa tajaan ini tidak diberikan kepada tok guru2 agama yang lain @ rakyat miskin untuk menunaikan haji di Mekah ??

Nik Aziz sepatutnya mencontohi Sultan Muhammad Al Fateh yang tidak menerima sebarang hadiah daripada kerajaan Byzantium yang ingin menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyyah .

link yang patut dibaca

Pemuda UMNO Kelantan desak SPRM segera siasat Nik Aziz dan menantu

Biaya haji: PAS bukan makan suap tapi suap makan

No comments:

Post a Comment