KUALA LUMPUR 16 Nov - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.
"Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan.
Dr. Mahathir berkata bahawa semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ketika berlaku krisis kewangan Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF) yang memburukan lagi keadaan di negara ini.
Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata : "Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1." - Bernama
Komen PB
PB bersetuju dengan Tun M bahawa apabila gaji yang dibayar jika rendah, maka mutu serta hasil kerja nya bernilai seperti itu la . Tetapi bila Tun M cakap Anwar tidak tahu sangat tentang ekonomi , cukup memalukan juga Ketua Pembangkang yang kononnya dikatakan pakar ekonomi yang hanyalah kelulusan bidang sastera di UM dulu .PB petik darik kata-katan S/U Agung UMNO ,Tg Adnan Tg Mansor
“Kucar kacir. Mereka nak tutup pekung di dada sahaja. Tak ada impak. Anwar bukan tahu ekonomi, silap-silap boleh jual negeri,”
No comments:
Post a Comment