By Anwar Ibrahim
Dari TV Selangor
Seramai 240 keluarga yang tinggal di Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya bakal kehilangan rumah yang telah didiami sejak 100 tahun lalu setelah sebuah agensi kerajaan persekutuan bertindak mengambil-alih tanah kampung Melayu itu bagi tujuan pembangunan.
Para penduduk mengeluh apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang enggan memberi pampasan setimpal kepada mereka. Apa yang lebih membimbangkan adalah penduduk tidak diberi sebarang hitam-putih.
Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campur-tangan selepas menerima laporan berhubung kes ini. Ditemui semasa beliau mengadakan lawatan ke kampung tersebut, Anwar berkata kes ini akan dibawa ke peringkat atasan bagi memastikan kepentingan penduduk kampung tidak ditindas. [Blog anwar]
Mulia sungguh hati anwar. Kepada penduduk Kg Bagan Serai sebelum bermain dengan api, hayatilah video di atas dengan sebaik-baiknya. Ulang tanyanglah sebanyak mungkin supaya anda faham anda dalam bahaya!
Berurusan dengan anwar samalah seperti lari dari mulut buaya masuk mulut naga. Perbincangan yang mungkin akan mengambil masa 30 tahun mungkin akan berkhir dengan 17 bulan sahaja dengan hasilnya menang jadi abu kalah jadi arang.
Berhati-hatilah sebelum nasi jadi bubur. Ini pernah berlaku!
sumber : Operation Shield
sumber : Operation Shield
No comments:
Post a Comment