Pages
▼
Tuesday, October 27, 2009
Rumah sebuah keluarga miskin akan diroboh kerajaan negeri PP
Kira -kira 20 orang ahli Persatuan Silat Minangkabau Pak Darus akan membantah tindakan kerajaan negeri PP yang menghalau sebuah keluarga iaitu keluarga Abdul Najib Darus daripada terus menetap di tanah milik kerajaan negeri di Kebun Bunga. Keluarga ini dan persatuan silat ini nekad akan pertahankan rumah ini dan akam membuat kubu manusia bagi melindungi rumah ini daripada dirobohkan .
Sepatutnya kerajaan negeri berbincang dengan keluarga ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik bukan menghalau mereka dan menawarkan rumah sewa kepada keluarga mereka ini yang kais pagi makan kais petang makan petang. Harap pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri seperti Dr Mansor dapat ambil perhatian isu ini . Ini nasib keluarga Melayu yang susah dan perlu perhatian bukannya menghalau mereka keluar sahaja sehelai sepinggang .
Menurut sumber dari rakan keluarga ini, lebih memilukan lagi kerajaan negeri mengarahkan Abdul Najib yang tidak pengangkutan ini pergi mengadap Exco Kerajaan negeri untuk mendapat jawapan tetapi akhirnya beliau hanya bertemu Pembantu Khas kepada Exco itu . Sepatutnya Exco ini turun padang menyelesaikan masalah ini bukan anggap mereka ini seperti sampah .
Ini kah kerajaan negeri yang sering melaungkan Cekap ,Akauntabiliti dan telus (CAT) ???
kerajaan BN patut bela keluarga ini...harap blogger yang ada no pemimpin BN terutamanya di penang, cepatlah mintak bantuan agar keluarga ini dapat pembelaan yang sewajarnya...
ReplyDelete