Pages

Wednesday, October 28, 2009

PKR di Sabah lumpuh !! Naib Presiden PKR Jeffrey Kitingan , Ketua Cabang Kota Kinabalu letak jawatan



KOTA KINABALU 27 Okt. - Kemelut kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Beliau membuat keputusan drastik tersebut atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

"Perkara ini (melayan Sabah secara tidak adil) bukan baru tetapi sejak 2007 lagi contohnya dalam hal menentukan Ketua Perhubungan PKR Sabah sebelum pelantikan Azmin Ali lagi.

"Walaupun 90 peratus PKR Sabah tidak bersetuju dengan pelantikan itu tetapi mereka lantik juga, ini mewujudkan ketidakstabilan (di Sabah) sampai sekarang.

"Saya tidak kesal dengan tindakan ini (melepas jawatan), ia berkait dengan prinsip saya. Bagaimanapun saya masih ahli PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jeffrey mengulas peletakan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Sebelum Azmin, PKR Sabah diterajui penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggantikan, Ansari Abdullah.

Ahad lalu, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pelantikan bekas Setiausaha PKR negeri, Thamrin Zaini sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri yang baru.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, peletakan semua jawatannya tidak ada kena-mengena dengan pelantikan Thamrin yang diberi kepercayaan menerajui kepimpinan PKR di negeri ini.

"Ini tidak ada kena mengena dengan pelantikan Thamrin, kononnya saya kecewa tidak dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah, ini hanya satu spekulasi," tegasnya.

Menurutnya, PKR Sabah memerlukan pemimpin yang berkebolehan dan mampu membawa perubahan sekali gus menang pada pilihan raya umum akan datang.

Christina Liew letak jawatan anggota majlis tertinggi PKR

KOTA KINABALU 28 Okt. — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menghadapi satu lagi tamparan dengan Ketua Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Liew yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah berkata, bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini,” katanya.

Liew berkata, selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang,” katanya. - Bernama


Komen PB

Nampaknya krisis dalaman dalam PAS kini merebah pulak kepada PKR !!! haha terima kasih ini memberi harapan cerah untuk kami semua blogger BPN smash bola tanggung ini. Parti baru setahun jagung ini yang mula nak berkuasa sudah mula rebah dek kerana segala keputusan dibuat 3 A Anwar -Azmin - Azizah . Ibarat RETAK MENANTI BELAH Pakatan Haram ini kian PARAH !!! Angan-angan mereka mahu kontrak 20 tahun antara parti dalam Pakatan nampaknya kini tinggal harapan . Semakin hari tembelang Anwar dan pembohongan oleh PKR sudah mula nampak dan pemimpin dalam parti mereka ini sudah mula angkat kaki sebelum parti ini rebah .

link

Ingat Senang nak jaga SaBAH : Anwar pun boleh terkehel

Angan Anwar di Sabah berkecai !!!





2 comments:

  1. Salam bro, inilah yang dikatakan perjuangan untuk diri sendiri bukan untuk rakyat...... cuba kita perhatikan betul-betul, kenapa PKR diwujudkan ? bukankah semata-mata untuk membebaskan Anwar dari penjara...... jadi PKR adalah parti untuk mencapai cita-cita Anwar sahaja...... pimpinan PKR bukan berjuang untuk kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Bro, Sayangnya manusia yang pandai berkata-kata tidak pandai mentadbir dengan baik. Kita lihat Soekarno, kita lihat Hitler, kita dapat perhatikan kegagalan mereka ini memerintah dengan baik. Mereka hanya berkebolehan menjadi jaguh pentas.... mempermain perasaan manusia serta retorik, mampukah DSAI jagi PM? Fikirlah sendiri.

    ReplyDelete