KEPALA BATAS 29 Sept. - Kementerian Pelajaran memperuntukkan sejumlah RM2.196 juta bagi membaiki tahap pendidikan di 111 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri ini pada tahun ini.
Daripada jumlah itu, 10 SAR menerima bantuan pembangunan dan pembaikan berjumlah RM1.1 juta manakala 101 sekolah lagi menerima bantuan pengurusan berjumlah RM1.066 juta.
Bantuan lain pula adalah untuk kursus SAR iaitu Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berjumlah RM29,900.
Semua bantuan itu disampaikan kepada pihak pengurusan SAR berkenaan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas di sini baru-baru ini.
SAR Saidina Abu Bakar As Sidek Bukit Mertajam menerima bantuan terbanyak iaitu RM500,000 untuk tujuan pembangunan dan pembaikan manakala RM50,160 lagi untuk kerja-kerja pengurusan.
Ketika berucap di majlis itu, Ibrahim berkata, adalah mustahak semua agihan wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk memantapkan institusi pendidikan agama Islam di Pulau Pinang.
"Semua hal yang ada kaitan dengan fardu ain dan tulisan jawi perlu diberi keutamaan," ujarnya.
Beliau berkata, semasa usia masih muda, pelajar di sekolah kebangsaan perlu diberi bimbingan mengenai ilmu agama.
"Apabila dewasa nanti, mereka tentu mempunyai hala tuju yang lebih baik kerana masing-masing mempunyai ilmu agama," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Kementerian Pelajaran bagi Sektor Pendidikan Islam (SPI), Azhar Abdul Aziz dan Ketua Sektor SPI Pulau Pinang, Umar Aziz.
Umar yang turut berucap pada majlis itu berkata, dengan adanya bantuan tersebut, tahap pendidikan agama Islam di SAR dapat dipertingkatkan.
"Guru-guru SAR boleh memainkan peranan penting untuk membawa perubahan di semua kelas Kafa di kampung masing-masing," katanya.
Sementara itu, wakil SAR Saidina Abu Bakar As Sidek Bukit Mertajam, Che Kalsom Che Me berkata, bantuan berjumlah RM500,000 itu adalah untuk membina bangunan baru bagi menampung 636 pelajar.
"Sebelum ini ada di antara mereka belajar di tempat tidak begitu selesa iaitu di bawah bumbung tempat meletak motosikal," katanya.
Saad Mat Safar dari SAR Al Whusta Permatang Bogak di sini pula berkata, sebanyak RM37,000 turut diagih kepada sekolah berkenaan bagi membaiki kerosakan bangunan sekolah terutama tingkap dan pagar.
"Bantuan yang diterima begitu bermakna kepada pihak pengurusan SAR untuk memantapkan ilmu agama kepada semua pelajar," katanyaKomen PB
Ini lah bukti keprihatian kerajaan BN kepada Sekolah Agama Rakyat berterusan untuk pendidikan agama Islam kepada anak-anak di peringkat rendah lagi. Pada masa dulu ,sekolah ini hanya menggunakan surau lama sahaja sebagai kelas setelah masjid baru di bina disebelahnya . Kini jumlahnya muridnya telah meningkat dari tahun ke tahun dan sudah berdiri megah bangunan sekolah sendiri . Kini dengan bantuan kerajaan ,satu lagi bangunan baru akan dibina bagi menampung jumlah murid yang bertambah dari tahun ke tahun.
Setakat nak harap kerajaan negeri nak hulur bantuan , minta maaf lah . bantuan RM 50 kepada guru KAFA di PP sekali itu la itupun awal tahun 2009 ini peruntukan sudah stop pun .
Dulu sapa yang sekat bantuan perkapita tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat ni kalau bukan UMNO???? Bila dah hilang Pulau Pinang.. baru la terhegeh hegeh nak bagi bantuan....
ReplyDeletedari aishah r.a katanya: Rasullullah SAW bersabda
ReplyDelete"orang yang paling dibenci oleh ALLAH adalah orang yang suka bermusuh-musuh."(riwayat Al-Bukhari...
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a katanya: Susungguhnya rasullullah SAW bersabda: janganlah kamu benci-membenci, dengki-mendengkai dan sindir menyindir.jadilah kamu seorang HAMBA-HAMBA ALLAH yang bersedaura.Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. (Bukhari & Muslim)........
Anak perelih ,
ReplyDeleteIni gambar sekolah agama rakyat ini bukan baru siap saja. Semasa PP masih dalam kerajaan BN lagi sudah terbina bangunan ini .
PAS apa depa buat ?? nak bina satu masjid di kelantan pun tak ada...
dulu guru sekolah agama rakyat ini gaji 500 saja sebulan ,tetapi kini kerajaan persekutuan yang telah tambah lagi gaji guru KAFA ini oleh Pak Lah dulu .
Aku rasa yang terhegeh2 adalah Lim Guan eng ..lepas menang saja up RM 50 saja ,itu pun tahun ini sudah tak ada pun. setakat RM 50 saja nilai gurun KAFA oleh LGE ..
Anak Perelih ..... orang2 saperti kamu lah yang menjahanamkan orang melayu dan agama ISLAM .... kamu patut bersyukur !!!!! saya harap sangat sedar lah diri tu sikit sebelum terlambat
ReplyDelete