Pages

Saturday, October 10, 2009

Nizar tengok !! : Anwar kalau berani saman Nalakaruppan



VS








PORT DICKSON 9 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menyaman bekas sahabat baiknya Datuk S. Nallakarupan yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu mempunyai simpanan RM3 bilion dalam beberapa akaun utama di luar negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jika benar Anwar menafikan dakwaan itu, beliau perlu membuktikannya termasuk menyaman Nallakarupan kerana telah memfitnah.

Katanya, jika Anwar boleh menyaman beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin PKR itu juga perlu menyaman bekas sahabat karibnya itu untuk membersihkan nama.

"Tetapi Anwar tidak berani nak saman Nallakarupan. Sebab Nallakarupan pernah bagi RM60 juta kepada Anwar.

"Nallakarupan merupakan sahabat baik Anwar (satu ketika dahulu) selalu makan dan main tenis sama-sama," kata Khairy ketika berucap pada program Pentas Pemuda di sini malam ini.

Nallakarupan sebelum ini telah membuat kenyataan Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam kenyataan yang dibuat dalam tahun 1999.

Khairy beberapa hari lalu telah membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah Abdul Murad dan kenyataan Nallakarupan itu supaya satu siasatan menyeluruh dapat dilakukan berhubung tuduhan tersebut.

Menurut beliau, Anwar tidak berani menyaman kerana Nallakarupan menyimpan banyak rahsianya.

Beliau turut menyentuh mengenai bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang kini diterima masuk PKR selepas keluar dari UMNO.

Katanya, Zaid tidak ada beza dengan calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebab pernah dihukum oleh UMNO sewaktu menjadi Ketua Bahagian kerana politik wang.

"Kenapa hendak bangkit isu tindakan tata tertib yang dikenakan ke atas Mohd. Isa? Zaid pun pernah dikenakan tindakan sama sebab politik wang. Kenapa boleh terima Zaid tetapi tidak Mohd. Isa," katanya.

Selain itu katanya, Pas juga berdolak-dalik dalam isu untuk menubuhkan negara Islam.

Kata Khairy, dia pernah mencabar bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berdebat mengenai isu mampukah parti itu melaksanakan hudud di Malaysia.

"Husam pada sidang akhbar bersama saya kata boleh (laksanakan hudud di Malaysia)," ujarnya.

Namun selepas itu kata Khairy, pemimpin DAP, Karpal Singh mengatakan langkah mayatnya dulu jika mahu melaksanakan hudud dan diikuti oleh seorang lagi pemimpin parti itu Lim Guan Eng.

"Selepas itu Husam kata pas tak boleh buat (laksanakan hudud). Nampaknya Pas takut dengan DAP," katanya.

Tetapi dalam BN katanya, pemerintahan dilakukan mengikut perlembagaan yang mana kepentingan semua parti komponen diambil kira tanpa ada yang dipinggirkan. - Utusan

Sekitar Ceramah Pentas Pemuda







Program pentas pemuda yang sememangnya dinantikan oleh golongan muda dan belia di
Bagan Pinang telah berlangsung di dataran Kemang.Dihadiri lebih seribu orang yang keseluruhannya adalah orang temapatan dan pengundi di Bagan Pinang Ini.
Ceramah di mulakan dengan dari wakil Pemuda dari PPP,MIC,Pemuda BN Sarawak di hangatkan lagi dengan ceramah Dato Razali Ibrahim yang memanaskan pentas Pemuda!!

Yb Khairy juga tidak ketinggalan untuk menyuntik semangat kepada golongan muda agar memilih Barisan Nasional,antara isi kandungan ialah,beliau mencabar Anwar Ibrahim Menyaman Dato S.Nallakarupan kerana menuduh Anwar menerima duit tunai sebanyak RM60 juta dari syarikat Magnum(perjudian).

Ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengamitkan suasana Pentas dengan mendedahkan beberapa kepincangan pembangkang(Pakatan Rakyat)selain itu beliau turut yakin bahawa BN mampu menang dan Insyallah dengan majoriti lebih besar lagi..

Kemuncak ceramah ialah dari calon BN N31 Bagan Pinang Dato Seri Utama Tan Sri Isa Samad,
beliau dengan yakin dan penuh bersemangat menyatakan bahawa pengundi menunjukan tanda-tanda yang positif disepanjang program yang dihadiri dari awal kempen sehingga ke hari ini.Dengan tepuk sorak yang gemuruh disambut dengan gelak tawa Tan Sri Isa merungkap serangkap ayat iaitu"sama rata,sama rasa,depan belakang sama sahaja"

2 comments:

  1. Minum air kabad pun Anwar tak berani saman Nalla.

    ReplyDelete
  2. PENGUMUMAN PENTING YANG MENGGEMPARKAN

    http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/10/pengumuman-penting-yang-menggemparkan.html

    ReplyDelete