Pages

Friday, October 16, 2009

Nik Aziz lah pemimpin Melayu yang gagal


Harakahdaily Tue | Oct 13, 09 | 12:30:24 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi berkata, orang Cina di negara ini perlu mengambil peluang untuk memimpin negara ini dengan mengkaji, menyertai dan seterusnya memimpin Islam.
Ini kerana, orang Cina jelas cerdik dalam berpolitik dan patut memimpin orang Melayu.

Beliau merujuk kes perwakilan MCA yang menolak kedua-dua pemimpinnya yang dikira salah laku dan rasuah dengan memberikan isyarat kedua-duanya tidak layak memimpin orang-orang Cina dan MCA.

Dalam persidangan luar biasa (EGM) MCA itu, perwakilan meluluskan undi tidak percaya kepada Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat.
Perwakilan juga menolak usul untuk melantik semula timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek yang dipecat oleh Lembaga Disiplin parti itu. Namun perwakilan menerima beliau sebagi ahli parti. Bagi Nik Aziz, keputusan ini melambangkan kebijaksanaan orang Cina berpolitik

Sehubungan itu, beliau menawarkan sekali lagi agar mereka mengkaji, menyertai dan memimpin Islam kerana mereka adalah kaum yang cerdik dan layak memimpin Islam berbanding orang Melayu sendiri. Nik Abdul Aziz Nik Mat, semasa memberi responnya berhubung pilihan raya kecil Bagan Pinang berkata, kalah atau menang adalah adat di dalam sebuah perjuangan, seraya mengakui bahawa PAS menghadapi tentangan kuat daripada UMNO pada PRK kali ini.

"Kita terima kekalahan ini. Tak apa. PAS tidak pernah lupa pada falsafah, menang tidak bererti selama-lamanya akan terus menang. Begitu juga kalah. Kelantan pun sebelum ini pernah kalah tetapi akhirnya mampu bangkit semula," katanya. dipetik klik d sini

Komen PB

Ini lah Melayu yang lupa diri dan mabuk kuasa sehingga sanggup gadai maruah bangsa dengan merelakan orang Cina memimpin Melayu kononnya sebab mereka lebih cerdik .

Selain itu , Nik Aziz juga berkata mereka layak memimpin Islam berbanding orang Melayu sendiri . Adakah Nik Aziz buta sejarah dan contoh paling dekat lihatlah sendiri kekejaman tentera Thailand yang membunuh ramai umat Islam di Thak Bai dahulu . Di Singapura pulak, apa nasib umat Melayu di sana di bawah pemerintahan PAP ?? Pemimpin Melayu di sana apa kuasa yang mereka dapat ??

Aku rasa sebelum Nik Aziz cakap orang Melayu tak layak memimpin , sepatutnya beliau lah yang perlu letak jawatan dulu dan bagi kepada Cina pegang MB Kelantan tengok . Apa pembangunan yang dibuat oleh Nik Aziz di sana ?? ramai lagi rakyat miskin menagih bantuan tetapi pemimpin PAS di sana kaya raya dengan hasil balak .


6 comments:

  1. Eloklah lu dah lama dah..
    Bawak2 lah turun dari tahta dah banyak sgt melatah. Umur pun dah lanjut bersaralah bagi peluang org lain merasa pulak pahit manisnya. Cukup-cukuplah makan sorang.

    Yang paling penting beliau tidak percaya pada keinteliktualan org2 melayu berpolitik, bagi beliau org cinalah yg layak.. Justeru itu lantiklah dikalangan org2 cina DAP masuk PAS dan memimpin org2 Isle didlmnya.. Maka akhirnya wujudlah Dewan Sami!

    ReplyDelete
  2. subhanallah...padanlh pengikut2 hamPAS ni bangang2 lelaka rupenye kebangangan tu diturunkn dr 'guru' mrk yg bangang ni. Klu bangang campur bangang samelh dgn bodoh nak mampus, maknanya cerdik xblh di ikut & bodoh xblh di ajar. Ni lh cth pemimpin yg di laknat Allah & neraka jahanamlh tmpt nya.

    ReplyDelete
  3. Jom kita cabar Nik Aziz letak jawatan dan beri jawatan tersebut kepada non-malay.

    ReplyDelete
  4. cina,india,kadazan,iban ke dayak ke kalau betul2 pegang pd islam itulah sebaik2nya.kedudukan kita disisi tuhan bkn bergantung pd bangsa tetapi pd ketakwaan.xda nilai pun samaada melayu,cina atau india.hanya takwa yg dipandang Allah...

    ReplyDelete
  5. memang PB 'bangang' x reti terjemah kta TGNA .Bkali sbb terlampauuu nampak bangsa sja .Tau tak ,klau dlm kitab tua bangsa yg nampak di atas muka bumi ni ada 2. 1 bangsa manusia 1 bangsa binatang . Bangsa yg hang anggap tu kecik sja disisiNya. Fikir2 lah sendiri 1

    ReplyDelete
  6. ini la bezanya PAS dengan UMNO... UMNO parti Melayu... PAS parti Islam... Nik Aziz x kata suruh org kapir memimpin Islam... come on la.. Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan semua ada beragama Islam. dont claim UMNO is a Malay party la... korang tgk la brape ramai org India masuk UMNO. ramai je mamak aku tgk.. so funny

    ReplyDelete