Pages

Thursday, September 10, 2009

Tentera kini sasaran PAS untuk tarik undi



Melihat kepada jumlah undi Pos yang sangat besar di Kerusi N31 Bagan Pinang, PAS memalui pakar strategik mereka kini sedang mengatur strategi menawan dan mendapatkan undi Pos dari warga Angkatan Tentera Malaysia(ATM)di Kem Port Dickson supaya mereka dapat memenangi kerusi N31 Bagan Pinang.

Blog-blog PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan mula memfokuskan sasaran mereka ke arah golongan Tentera, dan berkemungkinan juga calon yang dipilih berlatar belakang tentera mungkin tentera pencen yang juga ahli PAS. Mereka pasti akan mainkan sentimen yang berkait rapat mengenai kebajikan anggota tentera yang diberikan oleh kerajaan .

PB masih lagi yakin mereka pasti akan menggunakan isu pertemuan Zahid Hamidi di Paris dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak .Mereka ini tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar dan adakah depa tahu yang Zahid hantam Ehud Barak masa pertemuan itu? Nanti PB akan ceritakan mengenai pertemuan ini kerana Datuk Seri Zahid sendiri telah menceritakan perkara sebenar disebalik pertemuan itu kepada ahli PBTM semasa perjumpaan bersama PBTM di Prmtg Pasir lepas
.




Wahai tentera-tentera perwira Negara, usahlah dipermainkan oleh sentimen keagamaan oleh Parti PAS itu. PAS kini sedang terdesak merebut kuasa tetapi mereka tidak tahu kuasa itu bukan di tangan mereka pun .

Semua bekas-bekas tentera sepatutnya bersyukur dengan segala usaha, bantuan dan kemudahan oleh kerajaan kepada bekas-bekas tentera. Baru –baru ini PM telah menaikkan elaun kepada wira-wira Negara yang mendapat pingat kerana berjuang semasa menentang komunis Chin Peng dahulu.

Langkah kerajaan menaikkan elaun ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan di atas sumbangan wira-wira Tanah Air ini yang menentang Chin Peng komunis ini dulu . Hari ini Pakatan Rakyat terdiri PAS ,DAP dan PKR bersama-sama sepakat demi mendapat sokongan politik ,mereka menyokong usaha membawa pulang Chin Peng ke Malaysia tanpa memikirkan perjuangan anggota tentera yang dahulu berjuang bermati-matian demi keamanan negara dan rakyat .

Adakah puak-puak terfikir ketika itu jika mereka sokong Chin Peng balik ke Malaysia ini akan melukakan hati bekas2 tentera yang kebanyakkannya Melayu yang berjuang dahulu ?? Jawapannya tidak !! Hari ini di PRK Dun Bagan Pinang, mereka hendak pulak undi dari tentera untuk menang di DUN Bagan Pinang ??

PB harap anggota tentera jangan tertipu lagi dengan mereka ini !! Sebelum ni PAS tak kisah pun dengan kebajikan anggota Tentera, Kerajaan Barisan Nasional lah yang sentiasa menitik beratkan usaha menjaga kebajikan dan keselesaan setiap Tentera dari masa ke semasa. Kehidupan setiap warga ATM semakin hari semakin baik dan pelbagai insentif serta kemudahan dinikmati.Kerajaan juga telah memaklumkan baru-baru akan mewujudkan satu akta veteran untuk bekas-bekas tentera agar memastikan kebajikan dan kemudahan-kemudahan kepada bekas tentera terbela.

5 comments:

  1. mereka memang nak guna siapa saja utk dapatkan undi.

    ReplyDelete
  2. Bodos la tentera2 kalau undi Pas(PR)...Mereka2 ni la yang satu masa ari tu tak kenang jasa2 perajurit yang menyokong pengganas komunis Chin Peng dibawa balik ke Malaysia . BN Patut mainkan isu ini pada ATM Port Dickson

    ReplyDelete
  3. Salam

    Saya amat yakin bahawa angkatan tentera kita akan setia bersama kerajaan...jika ada tentera yang tidak bersama kerajaan adalah elok rasanya tentera terbabit berhenti dari perkhidmatan kerana tiada konsep terima kasih kepada pemerintah

    ReplyDelete
  4. kita jg harap sokongan drpd anggota tentera akan bertambah kali ini kepada BN di PRK Bagan Pinang

    ReplyDelete