Pages

Wednesday, September 9, 2009

Pemuda UMNO Teluk Kemang sokong TS Isa sebagai calon



Pemimpin Umno Bahagian Telok Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata, Isa yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.

"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.

Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana BN telah tewas di tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.

"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan, malah majoriti perlu ditambah agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.

Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.

Komen PB

PB sejak dari awal lagi terarah kepada nama TS Isa sebagai calon DUN Bagan Pinang. TS Isa cukup dikenali ramai rakyat di peringkat grass root kerana beliau seorang pemimpin dekat dengan rakyat dan kini rakyat kembali menaruh kepercayaaan kepada beliau untuk menjadi wakil rakyat semula sebagai Adun Bagan Pinang . TS Isa adalah pemimpin yang setia dan komited kepada parti malah tidak pernah pun beliau benci kepada UMNO walaupun pernah digantung oleh Lembaga Disiplin UMNO. Jika beliau dipilih,insyallah kerja jentera parti lebih mudah kerana beliau telah dikenali dan banyak jasanya kepada rakyat .


1 comment:

  1. hmmm susah juga nak faham keadaan politik sekarang ni..bukan tak setuju dengan cadangan meletak TS Isa sebagai calon tetapi kerana beliau pernah terlibat dengan kes salah laku malah digantung oleh lembaga displin umno..

    memang beliau setia dengan umno tapi cubalah cari orang lain. orang tidak mempunyai masalah displin dan peribadi.

    carilah orang yang benar benar bersih kalau tidak mahu umno terus dilabel sebagai parti rasuah.

    ReplyDelete