Pages

Friday, September 18, 2009

Nizar KKK2 : Pakatan Gengster mula mengganas dengan ugutan bunuh kepada Khir

Siapakah yang menulis surat ugutan bunuh terhadap mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo?

Adakah musuh peribadi atau politik?

Kandungan surat itu antara lain mengecam Dr Mohamad Khir dengan menuduh beliau sedang berusaha menjatuhkan kerajaan campuran di Selangor dengan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Adun Pakatan Rakyat di negeri itu.

Namun, Ketua Pembangkang Selangor itu menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan terhadap surat yang dialamatkan ke pejabatnya di Sungai Panjang dan diterima semalam.

Bagaimanapun, surat bertulis tangan dalam Bahasa Malaysia di kedua-dua halaman itu hanya dibuka pada Khamis sebaik diserahkan pembantunya yang membawa surat itu bersama surat lain dank ad ucapan hari raya ke pejabatnya di Glenmarie, Subang pagi tadi.

Bercakap kepada Agendadaily, Dr Mohamad Khir tidak menolak kemungkinan pengirim surat itu ada kaitan dengan motif politik kerana menyentuh soal Pakatan Rakyat dan siasatan SPRM terhadap wakil rakyat di negeri itu baru-baru ini.

Selain menuduh beliau merancang mahu menjatuhkan Pakatan Rakyat, penulis memberi amaran dengan mengatakan jika Dr Mohamad Khir tidak berhenti, beliau akan ditembak ataupun disumpit dengan racun.

Berdasarkan, cop setem di sampul depan surat itu, ianya diposkan dari Bukit Raja, Klang dan bertarikh 15 September.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini beliau ada menerima ugutan melalui telefon dan sms tetapi tidak menghiraukannya tetapi kandungan surat yang diterimanya itu serius kerana selain ancaman bunuh, beliau dituduh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Dia tulis saya bebas mencari Datuk Seri sama ada di Selangor, di Sungai Panjang, di Sungai Besar, di Sungai Dorani, di Shah Alam...saya boleh tembak Yang Berhormat pada bila-bila masa," katanya.

Bimbang keselamatanya, beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, tengahari Khamis.

"Sebagai Ketua Pembangkang saya menegur apa yang perlu, apa yang perlu diambil tindakan untuk kebaikan. Saya kesal tindakan saya itu dikatakan saya cuba untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat, katanya.-17/9/2009


sumber : agenda daily

1 comment: