Pages

Monday, September 28, 2009

Kenapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - siri 2




Pertemuan Anwar dan Al Gore di New York merupakan 'pertemuan tangan-tangan hitam' pemutus dasar luar negara (CFR) Amerika Syarikat ke atas negara China.

Anwar sedang melobi Al Gore yang dianggap godfather baru, selepas Parti Demokrat berjaya memerintah Amerika Syarikat. Al Gore dan Madeline AlBright (kedua-dua berbangsa Yahudi) merupakan bekas barisan kepimpinan Presiden Clinton yang menjadi penasihat Presiden Obama dalam penentuan polisi dasar-dasar luar.

Di situ ada pokok rendang, di situlah Anwar akan berteduh. Dulu bergodfather kepada Paul Wolfowitz, semasa parti Republikan memerintah era Presiden Bush, sekarang bergodfather pula Al Gore, semasa era Presiden Obama. Tetapi kedua-dua adalah neocons. Itulah kesimpulan yang dibuat oleh blog angin perubahan. Klik di sini

Selain berbangsa Yahudi, Al Gore juga merupakan penganut aliran zionisme (neo konservatif) iaitu mempercayai hanya negara Amerika perlu menjadi kuasa tunggal di dunia dan negara-negara lain perlu tunduk kepada Amerika, sekiranya tidak, negara itu akan diperangi sama ada secara secara ketenteraan (seperti di Iraq & Afghanistan) atau secara ' psychological warfare' yang berselindung di sebalik topeng projek 'demokrasi' (seperti di Iran).

Ini sekaligus menjawab, kenapa Al Gore memanggil Anwar ke New York untuk membincangkan kaedah terbaik 'memerangi' negara China sama ada ketenteraan atau ' psychological warfare'.

Sebelum ini, tomyampoktek telah memberi jawapannya, di mana polisi luar Amerika Syarikat lebih berminat menggunakan kaedah ' psychological warfare'. Kaedah ' psychological warfare' adalah 'propaganda' [penyiaran sentimen-sentimen/ berita-berita sensitif/palsu/ negatif pengaruhi pemikiran rakyat], 'political warfare'[maksud yang hampir sama dengan propanganda, tetapi konsepnya lebih luas melibatkan aspek positif-publisiti dan negatif-propanganda ] dan 'psychological operations' [melibatkan operasi-operasi sulit untuk menimbulkan simpati/kemarahan. Dikenali sebagai 'psyops'] Klik di sini

' Psychological warfare' yang digunakan di China adalah memecahbelahkan perpaduan etnik antara Han dan Uyghur (majoriti Islam). Bermula dengan pembunuhan dua pekerja Uyghur oleh etnik Han di Shaoguan, dalam satu pertandingan antara pekerja-pekerja Uyghur dan Han pada 25 Jun 2009, kemudian khabar-khabar angin ditiupkan [propanganda] menyebabkan kedua-dua etnik itu berperang sesama sendiri sehingga menimbulkan rusuhan dan demonstrasi. [klik di sini]. Operatif (orang yang memainkan peranan) di sebalik psyops ini adalah Rebiya Kader, ejen Amerika, warga negara China yang melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan Iran. Propanganda mula berlaku apabila keputusan pilihanraya Presiden Iran diumumkan dengan mengatakan berlaku penyelewengan di atas kemenangan Ahmadinejab. Khabar-khabar angin ditiupkan dengan mengatakan calon Mir Hussein Mousavi sebenarnya adalah pemenang jawatan Presiden, tetapi telah disabotaj oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memenangkan Ahmadinejab. Propaganda disebarkan melalui 'twiter' dan disambut oleh media antarabangsa kawalan Yahudi, menyebabkan rakyat merusuh. Gelombang 'hijau' ditiupkan untuk menyemarakkan lagi rusuhan itu, tetapi usaha itu gagal. Operatif yang digunakan oleh Amerika adalah Mir Hussein Mousavi, seorang reformis/liberal pro Amerika.Klik di sini

Di Malaysia, perkara sama turut dilakukan. Gelombang 'Kuning' yang dinamakan BERSIH diwujudkan untuk menghimpunkan rakyat Malaysia di Kuala Lumpur dengan propanganda mendakwa, bakal berlakunya penyelewengan pilihanraya umum. Kemudian diikuti dengan pemberontakan kaum India HINDRAF yang mendakwa kaum mereka ditindas di Malaysia dan berlakunya pembunuhan sistematik etnik tersebut.

Setelah PR gagal memerintah Malaysia, seperti yang diharapkan selepas PRU 12 dan 16 September 08, dicipta satu lagi ' psychological warfare' iaitu pembunuhan seorang berbangsa Cina, Teoh Beng Hock. Pada awal kematian, Anwar berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik simpati dan kebencian kaum Cina, tetapi hari ini isu itu mula reda selepas kaum Cina tidak bersedia insiden 13 Mei 1969 kembali sekali lagi.

Operatif di sebalik gelombang kuning, HINDRAF dan pembunuhan Teoh adalah Anwar Ibrahim, seorang ejen Amerika yang diplan untuk menjadi PM Malaysia. Klik di sini

Manakala instrumen serta pembiayaan dana untuk menggerakkan ' psychological warfare' adalah NED (National Endowment for Democracy)



Sebab itu, sebelum ini, seorang penulis muda pro PAS, Faisal Tehrani mengingatkan parti PAS agar tidak terperangkap dengan 'permainan warna' tajaan Amerika (NED). Sejarah telah mengajar bagaimanakah biadapnya Presiden Obama menggunakan instrumen NED untuk menggoncang pemerintahan Iran.

Sama ada disedari atau tidak, di luar gelangang, PAS agresif berdemonstrasi anti Amerika dan anti Yahudi, tetapi di dalam gelanggang, 'tangan-tangan' PAS diikat oleh seorang ejen Amerika bernama Anwar Ibrahim dalam PR.

sumber - AIDC

No comments:

Post a Comment