Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman jenis Scorpene tiba di perairan Pelabuhan Klang di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyambut ketibaan kapal selam itu bersama krew dalam satu istiadat penuh bersejarah di Jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah.
Turut menyambut, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
Majlis pentauliahan kapal selam itu berlangsung pada 24 Januari lalu di Pangkalan Tentera Laut Perancis di Toulon dan dinamakan sempena Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Pembinaan KD Tunku Abdul Rahman dilancarkan di Cherbourg, Perancis pada Oktober 2007 melalui pelbagai siri ujian, termasuk kemampuannya melaksanakan pelbagai misi sukar seperti serangan atau pengumpulan maklumat sebelum ditauliahkan.
Dilengkapi pelbagai teknologi persenjataan dan komunikasi terkini, KD Tunku Abdul Rahman bakal ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu yang dibangunkan sejak Februari 2007 membabitkan kos RM420 juta.
Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak, sempena nama Perdana Menteri kedua dijadualkan tiba Oktober ini dan akan ditempatkan di pangkalan sama.
Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara memiliki kapal selam selepas Indonesia dan Singapura, sekali gus menjadikan TLDM antara ketumbukan tentera laut disegani di rantau ini.
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
Ia menjadi lambang kemegahan terbaru TLDM yang akan menyambut ulangtahun ke-75 tahun ini dan kedua-dua kapal selam itu dinamakan sempena nama perdana menteri negara pertama dan kedua.
Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter, antara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam.
Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.
Komen PB
PB cukup bangga apabila Malaysia hari ini sudah mampu memiliki sebuah kapal selam (submarine) sendiri untuk mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman musuh. Selepas lebih 50 tahun merdeka ,baru lah Malaysia mampu membeli sebuah kapal selam sebagai aset utama negara untuk menguatkan pertahanan negara.Kita telah ketinggalan 50 tahun lebih dari negara-negara maju lain di dunia yang sudah memiliki kapal selam dan baru hari ini kita memilikinya sendiri dan dikemudi sendiri anak Malaysia.
Kita sedia maklum Malaysia ini memiliki kawasan perairan yang cukup luas dan mudah terdedah kepada ancaman musuh . Oleh itu, perolehan kapal selam ini cukup penting di rantau Asia Tenggara ini kerana negara jiran terdekat kita iaitu Indonesia dan Singapura telah memiliki kapal selam sendiri untuk mengawal perairan mereka.
PB pernah membaca kenyataan daripada penganalisis pertahanan yang mengatakan pembelian kapal selam ini adalah untuk menyaingi Tentera Laut Singapura yang memiliki beberapa buah kapal selam yang mengawal di perairan Laut Cina Selatan ,Laut Sulawesi dan Selat Melaka.
Selain itu, Indonesia juga mempunyai 2 kapal selam dan juga sedang menunggu lagi 4 buah kapal selam yang dibeli daripada Korea Selatan. Jadi, perolehan kapal selam oleh negara kita cukup penting untuk mengawal kedaulatan perairan negara. Jika negara lain menceroboh masuk ke perairan negara melalui kapal selam , pengesan pergerakan kapal selam ini oleh kapal di permukaan air agar sukar . Hanya kapal selam yang berada di dalam air mampu mengesan kewujudan kapal selam yang lain di bawah permukaan air dengan tepat.
Justeru itu apa yang dititahkan oleh YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu
"Perolehan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan ATM amnya mewujudkan satu angkatan laut dan tentera yang lebih berwibawa khususnya di rantau ini," titah baginda
membawa maksud perolehan kapal selam KD Tuanku Abd Rahman dan KD Tun Razak tidak boleh dipisahkan dengan kedaulatan Malaysia kerana hari ini demi menjaga perairan negara di Selat Melaka dan Laut Cina Selatan , negara harus memiliki kapal selam yang canggih dan hebat.
Link
KD TAR mantapkan pertahanan negara
Salam PB,
ReplyDeleteTopik kita sama...
http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/09/submarine-ini-kita-yang-punya.html
Tahniah BN -UMNO dapat hasilkan kapal selam pertama negara,tapi pesawat pejuang singapura asyik masuk ruang udara malaysia tak pe ke?
ReplyDeletemalaysia sepatutnya memiliki 50 biji kapal selam dan 10 biji aircraf carrier..baru sedap berperang
ReplyDelete