Portal berita Malaysiakini.com melaporkan PAS memohon mahu masuk kem untuk berkempen. Sedutan berita berikut:
PAS serius mahu tembusi kem askar Jimadie Shah Othman | Sep 17, 09 3:29pmBerdasarkan maklumat yang kami terima, pihak PKR telah bantu PAS dengan menyediakan satu sistem dimana kepala-kepala tertentu sudah ditugaskan menjaga 10 biji rumah.
Bagi mendapatkan undi pemilih pos – yang sering dicurigai hanya memenangkan calon BN – di Bagan Pinang, Pemuda PAS berhempas-pulas untuk menembusi kem-kem tentera dan balai polis.
"Kita akan minta kebenaran daripada komandan kem untuk masuk berkempen. "Kalau tidak boleh masuk ke dalam (kem), di tepi pagar pun kita akan pergi," kata ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat hari ini.
Suhaizan, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendesak calon-calon parti bertanding, khususnya pembangkang, diberikan ruang berkempen di kawasan-kawasan tersebut.
Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih polis dan nombor siri kertas undi – dan penetapan tempat khusus bagi pembuangan undi secara pos. Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.
Baca seterusnya di sini.
Kepalanya adalah seorang Kapten Bersara yang hanya tinggal beberapa bulan lagi. Sebelum ini kami sudah dedahkan sebelum ini, seorang Kaptan Bersara bernama Izani yang menguruskan kantin.
Nama Kaptan Bersara itu kami tahu. Kami kasi tahu satu saja ... mula dengan R.
Masalahnya bukan isu demokrasi tapi ini adalah satu pencabulan keselamatan. Mana boleh sesuka hati sesiapa nak masuk kem askar.
Ada mungkin nak kasi PAS atas sebab tidak puashati atau sentimen kononnya keislaman PAS. Mereka perlu beringat bahawa PAS bekerjasama dengan parti-parti yang mahu menjadikan negara ini republik, merombak asas-asas Kontrak Sosial dalam Perlembagaan dan akan menganaktirikan orang Melayu dalam ekonomi.
Pasukan keselamatan patut memahami bahayanya bersekongkol dengan parti yang disokong CIA iaitu PKR. Manakala DAP pula mahu menghancurkan sisa Melayu dalam negara ini untuk di Cinakan dan bukan di Malaysiakan yang mereka laungkan.
PAS pula ada Unit Amal yang melahirkan terroris seperti Amran yang mengebom negara dan orang Islam sendiri. Mereka membuta tuli mempertahankan JI yang mahu mengancam keselamatan negara dan bermusuhan dengan pihak keselamatan.
Fikir baik-baik ...
sumber : the unspinners
No comments:
Post a Comment