Pages
Wednesday, September 30, 2009
Petanda Kemenangan BN di Bagan Pinang
Gambar ini di hari pengunguman Calon BN Bagan Pinang oleh TPM TS Muhyiddin Yassin di BN Command Centre Batu 6 ,Bagan Pinang .Ini baru pengunguman calon ,belum lagi hari penamaaan calon .Mesti lagi ramai akan hadir ke hari penamaan calon nanti
Tuesday, September 29, 2009
Nizar sudah ketaq !! : TS Isa Samad calon BN pertahankan Bagan Pinang
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diumum sebagi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 10,000 penyokong dan rakyat di Bagan Pinang, Port Dickson kira-kira jam 5.25 petang Selasa.
Muhyiddin dalam ucapannya menegaskan BN memilih calonnya dengan meletakkan keutamaan terhadap kehendak dan harapan rakyat. Sambil bertanya siapa yang dikehendaki oleh penduduk Bagan Pinang sebagai calon mereka, ribuan yang hadir menjerit "Tan Sri Isa" dan serentak itu Muhyiddin terus mengumumkan nama Isa sebagai calon. Ribuan yang hadir bangun bersorak dan bertepuk tangan dengan pengumuman yang dibuat itu.
Seperti kata-kata dari beliau , nampaknya Isa masih diperlukan, dengan itu jangan hapuskan ISA" merujuk kepada AKta Keselamatan Dalam Negeri. PB daripada awal lagi menyokong TS ISA sebagai calon BN Bagan Pinang dan PB mengucapkan tahniah kepada beliau dan selamat bertanding demi perjuangan parti ,kerajaan dan rakyat Bagan Pinang .
Kehadiran lebih 10,000 orang memenuhi khemah di BN Command Centre di Batu 6 merupakan petanda baik untuk BN memenangi PRK Bagan Pinang . Sebelum ini ketika PRK lain ,kehadiran ramai sebegini jarang sekali dan ini menunjukkan sokongan pengundi terhadap BN di kubu kuatnya masih lagi utuh .
Sorakan dan teriakan kedengaran cukup kuat yang mahukan Isa dicalonkan menunjukkan beliaulah calon utama pilihan rakyat Bagan Pinang . Pemilihan TS Isa sebagai calon BN di Bagan Pinang adalah tepat kerana beliau dibesarkan di situ ,merupakan Ketua Cawangan UMNO Bagan Pinang ,dan sudah 30 tahun menabur bakti sebagai wakil rakyat dan selama 22 tahun sebagai MB Negeri Sembilan .
Jasa beliau kepada rakyat dan Negeri Sembilan khasnya pembangunan di Teluk Kemang serta Bagan Pinang adalah hasil usaha beliau . Keikhlasan, sifat mesra rakyatnya dan jasa juangnya kepada masyarakatlah, maka beliau disukai dan dipuji oleh masyarakat Bagan Pinang .Sehubungan itulah maka mereka sebulat suara mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagi calon pilihan mereka. Itulah kehendak rakyat setempat di Teluk Kemang, khususnya Bagan Pinang.
Jika isu pergantungan beliau di atas kesalahan politik wang dahulu dijadikan isu, beliau telah menjalani hukuman itu dan beliau masih lagi setia bersama parti . Beliau tetap kukuh berjiwa UMNO, demi Islam, bangsa dan tanahair. Siapa yang tidak melakukan kesalahan atau kesilapan dalm dunia ini . Namun, Allah juga punya sifat Maha Pengampun kesilapan dan kesalahan hambaNya. Di dalam Islam juga punya perkataan "taubat", tanda penyesalan dan berazam tidak mengulanginya kesilapan yang lampau.
Apa kurangnya DSAI yang pernah dipenjara oleh mahkamah dan kini menghadapi tuduhan liwat masih lagi menang di Prmtg Pauh dan menjadi wakil rakyat. Lim Guan eng juga pernah meringkuk dlm jail dulu tetapi kini gah berkuasa di PP . Elizabeth wong yang terkenal dengan skandal gambar bogel serta hubungannya dengan lelaki melayu pun masih lagi menjadi YB serta Exco di Selangor . Bandingkan Eli dengan TS Isa ,baik lagi TS Isa .
Ayuh kita rapatkan barisan dan bersama-sama menyokong Calon kita TS Isa Samad untuk menang seterusnya pertahankan DUN Bagan Pinang agar terus menjadi kerusi BN .
Link
Ngauman Isa membuat PAS mengelupor
Zulkefly Mohamad Omar calon PAS
Sahabat karib Anwar , Al Gore sokong Gay ??
Sahabat karib Anwar si Al Gore ini yang Anwar jumpa baru -baru ini di Amerika merupakan penyokong kuat golongan Gay ..hehe
Sekiranya anda menaip search engine (yahoo) dengan mencari kata kunci "Al Gore Gay", anda akan berjumpa dengan pelbagai artikel berkaitan dengan kempen Al Gore supaya rakyat Amerika memberi hak asasi kepada kaum gay, termasuk haknya untuk berkahwin sesama jenis.
Patut la Al Gore ini kawan baik Anwar ..haha dan kini Anwar sedang menghadapi tuduhan liwat di mahkamah . Elok lah video ini keluar sebagai tanda sokongan moral dari Amerika
Monday, September 28, 2009
Kenapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - Siri 3
Berikut merupakan tulisan Anwar pada 28 September 09, bertajuk 'Acara di New York, Florida dan San Francisco'. Klik di sini
"Di New York, pertemuan Generations dengan Al Gore adalah sehari suntuk. Ini termasuk isu persekitaran, kesan dasar Amerika dan kebijakan baru dalam persediaan ka Copenhagen"
[Generations adalah singkatan kepada "Generation Investment Management" yang dimiliki oleh Al Gore dan rakan baiknya David Blood. Generations mempunyai dua pejabat, iaitu di London dan Washington. Al Gore telah melantik Anwar , sebagai Lembaga Penasihat, Generation Investment Management Group yang menerima imbuhan gaji lumayan. Bacaan lanjut klik di sini ]
"Selain itu perbincangan dengan Mary Robinson juga amat berharga kerana beliau memimpin lebih 40 pasukan khas termasuk peringkat PBB dan NGO. Kehebatan beliau terserlah kerana pendirian mempertahan hak asasi dan membela kelompok miskin"
[Mary Robinson, merupakan bekas Presiden Irealand dan bekas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi di PBB dari tahun 1997-2002. Semasa Anwar di penjara Sungai Buloh, Mary Robinson merupakan tokoh yang banyak berkempen membebaskan Anwar serta membantu NGO-NGO hak asasi Malaysia untuk membantu Anwar. NGO yang dibantu Mary termasuklah Amnesty International, HAKAM dan SUARAM. Mary Robinson dan Anwar Ibrahim adalah anak buah Al Gore, kedua-dua memainkan peranan penting sebagai bukan warganegara Amerika yang dilantik ejen Amerika. Klik di sini]
"Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam"
"Selain wakil pentadbiran Obama, Senat dan Dewan Perwakilan, Amerika diwakili institusi saperti Brookings, Middle East Institute dll. yang aktif mengendali program di negara Islam. Yang agak menarik adalah kerana penyertaan pegawai kanan pentadbiran Bush yang beragama Islam"
[Wacana pendekatan baru ke atas dunia Islam ? Maknanya semasa Presiden Bush, menggunakan pendekatan perang, jadi semasa Presiden Obama, menggunakan pendekatan 'bukan peperangan' @ projek demokrasi yang dikenali ' psychological warfare' (klik di sini). Anwar juga berkepentingan dalam Brookings Institution dan Middle East Institute yang belakangnya adalah tangan-tangan Yahudi (klik di sini). Sebelum ini Anwar telah mengemukakan pendekatan baru ke atas dunia Islam di Timur tengah dengan menghantar kertas cadangan kepada Presiden Obama, pada 10 Mac 09 iaitu mendesak Presiden Obama melaksanakan Projek Demokrasi di Timur Tengah. Apa maksud projek demokrasi itu dan apakah projek demokrasi menguntungkan dunia Islam, sila baca di sini.]
sumber :AIDC
Link
Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson
Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy?Skandal foto bogel: Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong
Kenapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - siri 2
Pertemuan Anwar dan Al Gore di New York merupakan 'pertemuan tangan-tangan hitam' pemutus dasar luar negara (CFR) Amerika Syarikat ke atas negara China.
Anwar sedang melobi Al Gore yang dianggap godfather baru, selepas Parti Demokrat berjaya memerintah Amerika Syarikat. Al Gore dan Madeline AlBright (kedua-dua berbangsa Yahudi) merupakan bekas barisan kepimpinan Presiden Clinton yang menjadi penasihat Presiden Obama dalam penentuan polisi dasar-dasar luar.
Di situ ada pokok rendang, di situlah Anwar akan berteduh. Dulu bergodfather kepada Paul Wolfowitz, semasa parti Republikan memerintah era Presiden Bush, sekarang bergodfather pula Al Gore, semasa era Presiden Obama. Tetapi kedua-dua adalah neocons. Itulah kesimpulan yang dibuat oleh blog angin perubahan. Klik di sini
Selain berbangsa Yahudi, Al Gore juga merupakan penganut aliran zionisme (neo konservatif) iaitu mempercayai hanya negara Amerika perlu menjadi kuasa tunggal di dunia dan negara-negara lain perlu tunduk kepada Amerika, sekiranya tidak, negara itu akan diperangi sama ada secara secara ketenteraan (seperti di Iraq & Afghanistan) atau secara ' psychological warfare' yang berselindung di sebalik topeng projek 'demokrasi' (seperti di Iran).
Ini sekaligus menjawab, kenapa Al Gore memanggil Anwar ke New York untuk membincangkan kaedah terbaik 'memerangi' negara China sama ada ketenteraan atau ' psychological warfare'.
Sebelum ini, tomyampoktek telah memberi jawapannya, di mana polisi luar Amerika Syarikat lebih berminat menggunakan kaedah ' psychological warfare'. Kaedah ' psychological warfare' adalah 'propaganda' [penyiaran sentimen-sentimen/ berita-berita sensitif/palsu/ negatif pengaruhi pemikiran rakyat], 'political warfare'[maksud yang hampir sama dengan propanganda, tetapi konsepnya lebih luas melibatkan aspek positif-publisiti dan negatif-propanganda ] dan 'psychological operations' [melibatkan operasi-operasi sulit untuk menimbulkan simpati/kemarahan. Dikenali sebagai 'psyops'] Klik di sini
' Psychological warfare' yang digunakan di China adalah memecahbelahkan perpaduan etnik antara Han dan Uyghur (majoriti Islam). Bermula dengan pembunuhan dua pekerja Uyghur oleh etnik Han di Shaoguan, dalam satu pertandingan antara pekerja-pekerja Uyghur dan Han pada 25 Jun 2009, kemudian khabar-khabar angin ditiupkan [propanganda] menyebabkan kedua-dua etnik itu berperang sesama sendiri sehingga menimbulkan rusuhan dan demonstrasi. [klik di sini]. Operatif (orang yang memainkan peranan) di sebalik psyops ini adalah Rebiya Kader, ejen Amerika, warga negara China yang melarikan diri ke Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan Iran. Propanganda mula berlaku apabila keputusan pilihanraya Presiden Iran diumumkan dengan mengatakan berlaku penyelewengan di atas kemenangan Ahmadinejab. Khabar-khabar angin ditiupkan dengan mengatakan calon Mir Hussein Mousavi sebenarnya adalah pemenang jawatan Presiden, tetapi telah disabotaj oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memenangkan Ahmadinejab. Propaganda disebarkan melalui 'twiter' dan disambut oleh media antarabangsa kawalan Yahudi, menyebabkan rakyat merusuh. Gelombang 'hijau' ditiupkan untuk menyemarakkan lagi rusuhan itu, tetapi usaha itu gagal. Operatif yang digunakan oleh Amerika adalah Mir Hussein Mousavi, seorang reformis/liberal pro Amerika.Klik di sini
Di Malaysia, perkara sama turut dilakukan. Gelombang 'Kuning' yang dinamakan BERSIH diwujudkan untuk menghimpunkan rakyat Malaysia di Kuala Lumpur dengan propanganda mendakwa, bakal berlakunya penyelewengan pilihanraya umum. Kemudian diikuti dengan pemberontakan kaum India HINDRAF yang mendakwa kaum mereka ditindas di Malaysia dan berlakunya pembunuhan sistematik etnik tersebut.
Setelah PR gagal memerintah Malaysia, seperti yang diharapkan selepas PRU 12 dan 16 September 08, dicipta satu lagi ' psychological warfare' iaitu pembunuhan seorang berbangsa Cina, Teoh Beng Hock. Pada awal kematian, Anwar berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik simpati dan kebencian kaum Cina, tetapi hari ini isu itu mula reda selepas kaum Cina tidak bersedia insiden 13 Mei 1969 kembali sekali lagi.
Operatif di sebalik gelombang kuning, HINDRAF dan pembunuhan Teoh adalah Anwar Ibrahim, seorang ejen Amerika yang diplan untuk menjadi PM Malaysia. Klik di sini
Manakala instrumen serta pembiayaan dana untuk menggerakkan ' psychological warfare' adalah NED (National Endowment for Democracy)
Sebab itu, sebelum ini, seorang penulis muda pro PAS, Faisal Tehrani mengingatkan parti PAS agar tidak terperangkap dengan 'permainan warna' tajaan Amerika (NED). Sejarah telah mengajar bagaimanakah biadapnya Presiden Obama menggunakan instrumen NED untuk menggoncang pemerintahan Iran.
Sama ada disedari atau tidak, di luar gelangang, PAS agresif berdemonstrasi anti Amerika dan anti Yahudi, tetapi di dalam gelanggang, 'tangan-tangan' PAS diikat oleh seorang ejen Amerika bernama Anwar Ibrahim dalam PR.
sumber - AIDC
Mengapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - siri 1
Kumbang telah menulis pada bulan mei lalu mengenai Anwar Ibrahim bertindak menfailkan saman kepada Anifah Aman untuk mengembalikan kepercayaan Amerika kepada beliau berikutan kenyataan Anifah Aman yang mengatakan Anwar menawarkan jawatan timbalan Perdana Menteri kepada Anifah Aman sendiri atas tujuan untuk merealisasikan cita-cita 16 september dan beberapa kenyataan lain berkaitan Anwar yang berlawanan dengan amalan demokrasi akan menyebabkan Amerika tidak lagi mempercayai Anwar.
Malangnya saman ini tidak mencukupi untuk Anwar mengembalikan kepercayaan Amerika kepada beliau. Mungkin Amerika boleh memikirkan sendiri kebenaran kata-kata Anifah Aman apabila beliau dengan berani,tanpa takut dan ragu-ragu menyatakan mengenai cita-cita 16 September Anwar yang ternyata cita-cita 16 september ini dengan jelas boleh mencabul kejituan demokrasi yang diperjuangkan oleh pentadbiran Amerika sekarang di bawah pimpinan Barrack Obama dan Parti Demokrat.
Disebabkan itu menurut rakan di dalam PKR,mahu atau tidak mahu Anwar perlu berjumpa Al Gore untuk membodek dan melobi Amerika supaya mempercayai beliau serta membenci Kerajaan Malaysia.
Tambah memeningkan lagi kepala Anwar Ibrahim apabila rakan baik kepada Najib, Jamaluddin Jarjis(JJ) dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika dan ternyata pelantikkan ini sesuatu yang bertepatan kerana Jamaluddin Jarjis dikatakan berjaya dalam tugasnya setakat ini mempertahankan pentadbiran Najib dan menjelaskan perkara sebenar kepada Amerika tentang apa yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia. Tentu keadaan ini benar-benar menakutkan Anwar, kerana apa sahaja penipuan yang dilakukan Anwar di Malaysia akan dinafikan sendiri oleh Jamaluddin Jarjis kepada kerajaan Amerika di sana.
Ini membuatkan Anwar terpaksa melupakan sambutan Aidilfitri setahun sekali dan tidak meraikan penyokong beliau dengan rumah terbuka kerana ingin menyembah Al-Gore untuk mengembalikan kepercayaan Amerika kepada beliau. Beliau bijak dengan menulis tentang kesibukkannya menghadiri banyak majlis di Amerika di blog beliau sedangkan ramai yang pelik kenapa beliau mahu meraikan orang di negara luar, sedangkan penyokong beliau sendiri tidak diendahkan menjelang hari raya.
Apakah desakkan beliau untuk beraya dan memenuhi jadual padat di Amerika?
Menurut beberapa sumber,Obama sendiri dan pentadbiran beliau dikatakan tidak berkeyakinan dengan Anwar Ibrahim sekarang, hal ini disebabkan Amerika sendiri dikatakan telah melihat dan merasakan Anwar ingin mencemari amalan serta prinsip demokrasi semata-mata ingin bergelar Perdana Menteri. Mungkin inilah desakkan untuk beliau beraya di Amerika dan menunjukkan beliau seorang pemimpin dan orang yang baik di sana.
Dalam pada itu menurut rakan dalam PKR, kunjungan Anwar berjumpa Al Gore baru-baru ini adalah bertujuan dan berkemungkinan meminta bantuan peruntukkan untuk membiayai pentadbiran negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang yang kini dikatakan tiada wang dan rugi teruk kerana kurang kecekapan pentadbiran.
Kunjungan ini juga dikatakan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung selepas ini. Anwar dikatakan menyedari banyak pilihanraya kecil akan diadakan selepas ini berikutan masalah dalam Pakatan Pembangkang sendiri.Mahu tidak mahu bantuan penuh pilihanraya seperti dana,strategi, risikan dan sebagainya amat diperlukan Anwar.
Apa yang menariknya, ada beberapa sumber juga turut memberitahu Kumbang. Perjumpaan ini juga ada kena mengena dengan kes liwat yang bakal berlangsung. Mungkin Anwar Ibrahim ingin meminta nasihat bagaimana untuk lepas daripada pengadilan di Malaysia dan menyelamatkan diri.
Khulasahnya 3 faktor Anwar ke Amerika berjumpa Al Gore baru-baru ini;
1) Membersihkan imejnya yang tercemar.
2) Bajet dan kelengkapan Pilihanraya Kecil.
3) Mendapatkan nasihat mengenai kes Liwat yang bakal berlangsung.
Adakah Amerika Syarikat selaku kononnya pejuang Demokrasi dan keadilan akan selamanya tertipu dengan Anwar?
Kita-kita sama tunggu dan lihat.
Mungkin Anwar boleh menceritakan bagaimana padatnya jadual beliau di Amerika dan mengaburi mata ramai orang,tetapi ini semua dapat Kumbang dan rakan-rakan hidu.
Jika ada yang masih ragu-ragu tentang kenyataan Kumbang ini, ketuk rumah Azmin Ali tanya beliau sendiri.
Ternyata Amerika kini sedang hilang kepercayaan terhadap Anwar, beliau semakin kepanasan..
Yang pasti Anwar akan hilang tempat berpaut, Sungai Buloh Yang beliau akan sangkut.
Untuk maklumat lanjut.Klik sini.
sumber : kumbang
Nizar Oii ! : Isu SELCAT: Hassan Ali perlu tegas dengan pendiriannya Islamiknya - Dr Asri
Isu Selcat: Hasan Ali perlu tegas menyatakan pendiriannya yang Islamik, kata Dr Asri
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Kritikan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) turut mendapat reaksi dari mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.
“Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan," jelas beliau pagi tadi.
"PAS sebagai parti yang selama ini melaungkan slogan Islam tidak boleh tenggelam dalam permainan politik sehingga melupai prinsip-prinsip yang pernah dinyatakan," kata tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya menyuarakan pendapat dan tidak berpihak pada mana-mana parti politik.
Kata Dr Asri lagi, jika selama ini PAS lantang mengkritik Kerajaan BN, apakah wajar untuk PAS membisukan apabila melihat kecacatan yang nyata dalam kerajaan yang dikongsinya dengan orang lain.klik di sini seterusnya
Komen PB Hassan Ali harus tegas dengan pendiriannya yang Islamik dan jangan hanya pandai cakap sahaja tetapi gagal melaksanakannya atas alasan tidak mendapat persetujuan bersama dengan dalam Pakatan . Mungkin selepas Hassan Ali dimalukan dalam isu penjualan arak yang akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada Ronnie dan Khalid Ibrahim , timbul kesedaran dalam dirinya yang selama beliau telah gadai perjuangannya untuk tegakkan Islam .
Link
Teng dan Santiago serang Hassan Ali dalam isu Selcat
10 hujah Nik Aziz mesti berundur
KUALA LUMPUR 27 Sept. - 'Perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak.
Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.
Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:
1. Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
2.Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
3.Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
4.Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
5.Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
6.Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
7.Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
8. Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.
9. Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
10. Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.
Sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan.
"Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati.
"Saya tiada masalah peribadi dengan Nik Aziz, beliau nak kecam saya, hukum saya masuk neraka pun saya tak kecil hati tetapi saya kena tegur untuk kebaikan agama bangsa dan negara," katanya.
Semalam, Nik Abdul Aziz mengulangi desakan supaya Ibrahim meletak jawatan jika mahu amal solehnya diterima Allah kerana rezeki yang diperoleh melalui jawatan tersebut adalah 'tidak betul'.
Desakan itu dibuat ekoran tindak tanduk politiknya yang semakin bertentangan dengan hala tuju Pas.
Link
Bila kena batang hidung sendiri...Sunday, September 27, 2009
Nik Aziz kata duit dan sembahyang Ibrahim Ali tidak betul dan tidak diterima Tuhan
" Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buat apa pun Tuhan tidak terima.
“Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau masyarakat perlekeh buat apa? Dulu orang Pas yang undi dia, orang UMNO ada sedikit sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. . klik di sini seterusnya
Komen PB
Tak habis lagi rupanya dendam kesumat Nik Aziz terhadap Pak Ibrahim Ali dan terus meneka pembela Melayu ini supaya letak jawatan sebagai MP Pasir Mas . Very simple Nik Aziz hina Ibrahim Ali dengar cakap duit elaun yang dia terima tak betul ( duit haram ) dan paling dasyat sembahyang beliau juga tida diterima Tuhan . Nik Aziz ni tahu apa kuasa dia ,dia boleh tahu ke solat seseorang itu diterima oleh Tuhan ??
Apakah haram ke duit elaun beliau sebagai wakil rakyat Pasir Mas itu ?? Jika beliau menjaga kebajikan rakyat di kawasannya dengan baik dan amanah menjalankan tugas , duit itu halal digunakan . Nik Aziz tidak layakn mendesak beliau letak jawatan kerana beliau diberikan mandat oleh pengundi di situ tidak kira lah dari parti mana pun . klik di bawah untuk membaca kenyataaan balas Ibrahim Ali
Saya Laksana Amanah - Ibrahim ALi
Saturday, September 26, 2009
Nizar Oii !! Selalunya Pakatan merujuk nak buat benda tak baik - Tun M
Terpulang pemimpin Pakatan Rakyat desak Hasan Ali undur: Dr M
BANTING: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada pemimpin Pakatan Rakyat sama ada mahu terus mendesak Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meninggalkan pakatan itu jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kalau tak boleh pakat, macam mana nak ada pakatan? Dia kena pakat," katanya ketika ditanya mengenai desakan supaya Hasan berundur dari Pakatan Rakyat berikutan kritikannya terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Dr Mahathir menegaskan masalah pembangkang yang memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ialah mereka hanya menjalinkan kerjasama bersandarkan pakatan, iaitu ikatan tidak rasmi.
"Bagi orang Melayu kalau dia pakat, selalunya pakatan nak buat benda tak baik. Begitulah Pakatan (Rakyat). Setiap mereka ada haluan berbeza. Malangnya, pembangkang bukan pilihan.
"Jadi, adalah satu bencana bagi negara jika pembangkang memenangi (pilihan raya umum) dan membentuk kerajaan. Mereka tidak akan mentadbir negara tetapi akan berbalah antara satu sama lain.
"Pas berbalah dengan DAP... DAP berbalah dengan PKR. Mereka tidak ada idea langsung untuk mentadbir kerajaan," katanya
Ditanya kemungkinan Umno menerima Hasan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu meninggalkan Pakatan Rakyat, Dr Mahathir berkata: "Tidak, bukan Hasan Ali. Saya ada pengalaman dengan lelaki ini.
"Kerajaan sudah belanja RM1 juta untuk dia dapatkan ijazah kedoktoran (PhD), selepas itu dia membangkang kerajaan. Di negara ini, ahli politik tidak pernah tahu untuk berterima kasih."
http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20090924233125/Article/index_html
Komen PB
PB suka kenyataan " kerajaan sudah belanja RM 1 Juta untuk Hassan Ali dapat Phd " . tetapi akhirnya Hassan Ali menyokong pembangkang dan hantam maki kerajaan yang sara dia bagi dapat Phd . Ini baru seorang saja yang Tun M sebut, entah berlambak lagi spesies seperti Hassan Ali ini .
Sekarang ini di Selangor krisis SELCAT kini semakin rumit ,pertelagahan sesama sendiri mereka tidak boleh dibendung lagi . DAP makin kurang ajar ,dan terbaru Jeff Oii suruh kerajaan negeri pecat saja Hassan Ali ini kerana kritik SELCAT .Nampaknya Pakatan Rakyat semakin lama bertukar menjadi "Pakatan Rapuh". Bagaimana agaknya pakatan rapuh ini hendak mentadbir Malaysia dan menjaga kebajikan rakyat jika sesama sendiri pun asyik bergaduh.
Begitu kuat mereka bermain politik sehingga dengan kawanan pakatan pun mereka berpolitik juga.Rakyat yang semakin bosan pasti akan menghukum pakatan rapuh dan mengembalikan mandat kepada BN di negeri-negeri yang dikuasai mereka terutamanya Selangor.
di bawah petikan kenyataan Jeff Oii untuk Hassan Ali
Selangor executive councillor Datuk Dr Hasan Ali should be sacked as he has proven to be a problem for the Pakatan Rakyat government in Selangor, said Jelutong MP Jeff Ooi.“Nobody will discount the possibility Hasan will help Umno stage a Perak-like coup d’etat that Najib had openly called for,” said Ooi, who is the Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s chief-of-staff.
Guan Eng gelabah tuduh fakta salah kepada pihak lain pulak
Penang Port Sdn Bhd (PPSB) seharusnya tahu siapa yang perlu dirujuk dalam perkara berkaitan dengan laporan angka yang salah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng. Beliau berkata angka trafik kontena yang dipetiknya dalam kenyataan akhbar pada Selasa adalah mengikut laporan pada Julai, memetik penasihat khas maritim Kementerian Pengangkutan Datuk Kapten Abdul Rahim Abd Aziz.
"Jika PPSB tidak berpuas hati dengan angka itu, saya rasa mereka perlu membangkitkan perkara tersebut dengan Abdul Rahim kerana beliau merupakan orang yang menyediakan laporan tersebut dan ia tidak pernah dibetulkan secara terbuka olehnya," kata beliau kepada pemberita hari ini.
Guan Eng berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada laporan hari ini yang memetik Pengarah Urusan PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar bahawa pengendali Pelabuhan Pulau Pinang itu tidak pernah mengalami kerugian terutamanya dalam kuantiti trafik kontena, bercanggah dengan kenyataan Guan Eng. Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa dan kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB. Ditanya sama ada beliau merujuk kepada laporan salah semasa memetik angka trafik kontena dalam kenyataan akhbarnya, Guan Eng berkata:
"Tidak, saya mengeluarkan kenyataan berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan. "Angka itu tidak pernah dibetulkan oleh Abdul Rahim secara terbuka sehingga hari ini. Jika ada yang salah dalam laporan itu, orang yang berkaitan perlu bertanggungjawab membetulkannya.
"Jika beliau (Abdul Rahim) tidak membuat sebarang penjelasan, ia tidak membawa apa-apa kesan kerana beliau adalah pengawal atur daripada Kementerian Pengangkutan," katanya.
Bagaimanapun, selepas kenyataan itu muncul dalam akhbar, Abdul Rahim menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng untuk menjelaskan mengenai angka tersebut. "Abdul Rahim mengakui dalam SMS itu bahawa angka tersebut salah," katanya sambil menambah, pada masa itu kenyataannya telahpun dikeluarkan kepada media.klik di sini selanjutnya
Komen PB
Inilah stail politik DAP dan Guan Eng, bila sendiri buat silap mula lah nak tuduh pihak lain . Hang yang bodoh ,tak tau buat kerja tak periksa dulu ,main bantai saja ambil data dan terus kritik PBSB sehingga menjejaskan reputasi mereka .. Kalau hang tak keluarkan kenyataan dlm akhbar tentang ini ,benda ini tak timbul pun .
Sendiri bikin masalah ,bila buat kesilapan bodoh macam haram dan tak nak mengaku pulak kesilapan . Ini syle pentadbiran DAP , lempaq taik semua kat orang lain dan depa cuci tangan ...
Guan Eng dapat fakta salah kritik Penang Port
PULAU PINANG 24 Sept. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini diselar kerana memberikan fakta yang salah sekali gus memberikan gambaran tidak benar berhubung status Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar yang nyata berang dengan kenyataan Guan Eng yang dilaporkan akhbar semalam mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan syarikatnya.
Sebaliknya, beliau meminta Ketua Menteri itu supaya menjadi pemimpin bertanggungjawab dengan menyemak sesuatu fakta daripada sumber yang betul terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.
Ahmad turut menegaskan, PPSB juga tidak memerlukan sebarang bantuan atau perlu diselamatkan kerana syarikat itu sentiasa mencatatkan keuntungan sejak beliau mengambil alih pada tahun 1999 hingga ke hari ini.
Menurutnya, hasil syarikat telah meningkat dua kali ganda iaitu daripada RM139 juta pada tahun 1994 kepada RM277 juta pada tahun lalu.
Malah, tegas beliau, graf prestasi syarikat juga berterusan menunjukkan peningkatan, jadi mereka tidak pernah mempunyai masalah.
''Untuk pengetahuan semua, jumlah kendalian kontena bagi suku kedua tahun ini juga meningkat sebanyak 13 peratus iaitu daripada 199,391 kepada 225,322 TEUs dan bukan merosot 24 peratus seperti dalam kenyataan Guan Eng.
''Beliau tidak layak untuk bercakap mengenai PPSB, jadi adalah lebih baik Guan Eng mula mentadbir Pulau Pinang dengan betul dan saya pula kendalikan urusan pelabuhan, jangan campur hal perniagaan dengan politik," tegas beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan semalam, Guan Eng meminta Kerajaan Pusat mempertimbang untuk memberi semula status pelabuhan bebas kepada negeri ini ekoran kemerosotan jumlah kendalian kontena.
Beliau berkata, kemerosotan yang dicatatkan sebanyak 24 peratus pada suku tahun kedua merupakan amaran kepada Kementerian Kewangan supaya menyuntik dana dan idea baru kepada PPSB.
Katanya lagi, langkah itu perlu diambil bagi menyelamatkan pelabuhan tersebut memandangkan pelabuhan lain di negara ini mencatatkan peningkatan dan hanya Pulau Pinang sahaja yang mengalami kemerosotan.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Pengarah Urusan PPSB berkata, jumlah kendalian kontena bagi bulan Ogos tahun ini iaitu 92,439 TEUs juga adalah terbaik pernah dicatatkan dalam sejarah PPSB.
Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya juga menjangkakan jumlah kendalian kontena suku ketiga tahun ini bakal mencatatkan peningkatan lebih tinggi walaupun dalam keadaan ekonomi yang lembap.
''Kami tidak pernah merungut walaupun syarikat terpaksa menanggung kerugian dalam perkhidmatan feri demi memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat negeri ini, bagaimanapun secara keseluruhan, kami terus meraih keuntungan," ujarnya.
Tambahnya, jika kerajaan negeri ikhlas hendak menolong PPSB bagi membantu meningkatkan perkembangan syarikat, pihaknya mengalu- alukan untuk mengadakan perbincangan antara kedua-dua pihak.
Komen PB
Sekali lagi KM PP Guan Eng buat kesilapan bodoh lagi dengan membuat kenyataan mengkritik Penang Port ekoran kemerosotan jumlah kendalian kontena yang dikendalikan oleh Penang Port. Cukup memalukan PP mendapat KM yang cakap tak menggunakan fakta yang tepat demi menuntut kerajaan Persekutuan menyalurkan dana peruntukan ke Penang Port . Malah beliau mengatakan pelabuhan PP paling merosot jumlah kendalian kontena berbanding pelabuhan lain di Malaysia.
PB setuju dengan kenyataan Ahmad Ibnihajar yang Guan Eng tak layak untuk cakap mengenai PBSB . Jika tak tahu apa langsung tentang bisnes ,baik jangan cakap dan jaga pentadbiran negeri sudah. Cuma apa yang tersirat disebalik kritikan Guan Eng terhadap PBSB yang dipimpin oleh Ahmad Ibnihajar ini , adakah ini merupakan amaran pertama dan tekanan oleh kerajaan negeri kepada PBSB yang kebanyakkannya pengurusannya berbangsa Melayu ?? klik di sini
PAS baru tahu ke fitnah itu dosa besar ...
IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.
Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.
"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.
Ulasan
HAHAHA ..PAS ini tahu ADAB ke ??? PAS baru tahu ke fitnah dan dosa fitnah lebih besar daripada membunuh ?? PAS tak sedar ke siang malam dalam ceramah2 ,khutbah , dok fitnah kat UMNO dan kerajaan . Contoh paling senang yang orang tau ialah siang malam dalam setiap PRK , setiap ceramah mereka mesti akan fitnah Najib dengan Altantuya ,Rosmah dengan altantunya la , isu komisyen kapal selam ,isu zahid hamidi jumpa pemimpin Israel la , termasuk lah fitnah calon BN Prmtg Pasir serta macam-macam lagi la kalu nak senaraikan .
Bila kita katan mereka sikit ,terus mereka melatah dan keluar fatwa dalam harakah cakap fitnah itu dosa besar . Wahai Puak2 PAS , kalau hang pa dok buat lagi kenyataan seperti , buat orang gelak saja kerana semua orang tahu PAS memang parti fitnah No 1 di Malaysia. Lebih baik hang pa pi mengingatkan kepada pemimpin anda dulu termasuk ahli2 PAS sendiri tentang bahayanya fitnah dan kesanya fitnah ini.
Thursday, September 24, 2009
Isu rombak SELCAT, Hassan Ali terus dikecam oleh pemimpin Pakatan
Wakil rakyat Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, juga pesuruhjaya PAS negeri, sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.
Beliau, yang juga ketua publisiti DAP, berkata saranan PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."
"Jika pegawai-pegawai daerah atau kakitangan awam tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang, tiada apa-apa untuk berasa malu," katanya hari ini.
"Dan sekarang beliau mahu berlagak sebagai 'wira' yang memperjuangkan hak pegawai-pegawai daerah yang diaibkan itu,"
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad
"Beliau harus mencerminkan semangat berpasukan walaupun kita tidak gembira dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat... bukannya membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan, tidak sewajarnya membuat kenyataan seumpama itu di khalayak umum".
Mahfuz Omar
"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," katanya klik di sini
Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.
"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.
"Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri," kata beliau lagi.
PB ucapkan tahniah kepada pemimpin PAS yang beratur panjang untuk hantam Hassan Ali yang membela kakitangan awam yang ditindas dan dhina oleh rejim ala Gestapo yang menggunakan nama SELCAT . Selepas Khalid Samad dan tony pua , pakar fitnah no 1 PAS Mahfuz pula mengambil giliran untuk membela sekutu mereka DAP yang pertahankan SELCAT.
PAS nampaknya bersorak riang dan terus mengampu kuat sekutu mereka DAP dan membiarkan kakitangan awam yang majoritinya Melayu diherdik ,dihina oleh rejim bangsat DAP ini melalui SELCAT. Aku hairan mengapa kenapa PAS ini cukup semangat sangat pertahankan DAP ini yang niat depa memang nak pijak kakitangan awam di Selangor ini berterusan ?? Kalau orang kerja kilang mungkin depa faham kerja bawah bangsa Cina macamana ,ini DAP nak buat pulak kepada kakitangan kerajaan ....
Kritikan kontroversi Hassan Ali terhadap SELCAT demi pertahankan maruah bangsa Melayu
Kami semua menyokong penubuhan Selcat. Tetapi yang saya agak, agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu."
"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.
"Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan.
"Sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat, klik di sini untuk seterusnya ..PENGARAH JAIPK PERLU LETAK JAWATAN
Pada permulaan Ramadhan yang lepas, MB Perak,Datuk Seri Dr.Zambry Abd.Kadir membuat pengumuman untuk memberi wang hari raya sebanyak RM 500.00 seorang kepada semua Bilal dan Siak di Perak.
Kata dikota, janji dilaksana,maka pada 09/09/09 Kerajaan Negeri Perak telah menyalurkan sebanyak RM1.2 juta kepada Jabatan Agama Islam N egeri Perak (Jaipk) untuk dibayar kepada semua bilal dan siak sebelum Aidilfitri.
Sepatutnya wang tersebut boleh dibayar kepada penerima dalam masa dua ke tiga hari sahaja. Tetapi alasan 'teknikal' yang cuba diberi oleh Jaipk, maka wang tersebut dikatakan boleh dibayar pada 18 dan 19 Sept.2009. Tarikh berkenaan jatuh pada hari jumaat dan sabtu. Manakala hari raya jatuh pada ahad ,20.sept.2009. Logik kah ?
Ini konspirasi mereka...
Apabila wang diterima oleh Jaipk, mereka simpankan sahaja wang tersebut atas arahan Pengarah Jaipk. Beliau telah berpakat dengan nizar dengan niat sengaja hendak
mencemarkan imej Dr.Zambry.
Menjelang sehari dua sebelum hari raya maka mulalah Iblis and The Gang menyebarkan berita-berita fitnah kononnya Dr.Zambry menipu bilal dan siak, kerana berjanji hendak memberi wang hari raya tetapi sehingga ke hari raya mereka tidak menerima wang tersebut. Maka ramailah bilal dan siak tidak menerima wang tersebut.
Saya muatkan antara sms fitnah yang bertebaran di Perak dan disebarkan oleh Iblis and The Gang.
(Tanpa sebarang edit.Saya ikut 100 % ayat dan ejaan, agar pengirimnya tahu yang sms dia sudah masuk blog saya). Siapa yang makan cili,maka dia yang terasa pedas.
Lihatlah betapa 'smartnya' mereka mengaturkan fitnah.
Disini kita boleh lihat betapa liciknya permainan politik Pengarah Jaipk, DATO' SHEIKH MOHAMAH NOR BIN MANSOR AL-HAFIZ dan PAS PERAK. Rujuk disini
Saya nak kutuk lebih-lebih pun tidak boleh,kerana menghormati beliau sebagai AL-HAFIZ.
Pengarah Jaipk adalah orang PAS dan pernah bertanding atas tiket PAS di Parlimen Parit tahun 1990. Kita tidak pertikaikan dia orang PAS atau parti apa sekalipun. Selagi dia layak dan mampu menjalankan tugas yang diberi maka kita harus bagi peluang kepada beliau.
Kepada Pengarah Jaipk, baik anda undur diri secara terhormat. Kerana anda gagal menjalankan amanah yang diberi. Amat buruk sekali imej seorang Al-Hafiz yang memahami dan tahu semua ayat Quran dan Hadis tetapi tidak amanah dan terlibat sama dalam konspirasi memfitnah orang.
Kepada pembaca sekalian , untuk pengetahuan anda, laporan yang saya terima petang ini mengatakan gambar Nizar ada tergantung dalam pejabat Pengarah Jaipk. Sekarang kita semua fahamlah apa maknanya semuanya ini.
Jadi lebih baik beliau undur diri,kalau cuba untuk berpolitik. Lagi satu tolong buang gelaran Al-Hafiz kalau terus ingin berperangai begini. Jangan kerana anda seorang, semua Al-Hafiz lain juga dipandang serong. Ibarat kata pepatah kerana nila setitik ,rosak susu sebelanga.
Kepada Dr.Zambry, bersabarlah dengan dugaan ini. Mereka boleh merancang tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Mereka cuba hendak mencemarkan imej Datuk Seri,sekarang imej seorang Al-Hafiz pula yang tercemar.
sumber : rbf
Link
Seleweng duit siak dan bilal di Perak. Politik BANGSAT pencacai Nizar.
Jaip kaji masalah kelewatan - Pengarah JAIP
PENGARAH JAIP TIDAK AMANAH!
Komen PB
PB sarankan Pengarah JAIP letaklah jawatan kerana kredibiliti anda sebagai Pengarah sudah bermasalah dan tidak amanah dalam menjalankan tugas . Jangan cuba menyalahkan pihak lain jika anda sendiri yang terlibat dalam konspirasi ini untuk memburukkan imej MB Perak.
Buat malu saja ada gelaran Al Hafiz woii jika tidak amanah dalam menjalankan tugas. Orang suruh bagi duit kepada tok imam dan bilal tapi hang tak bagi ..
Setakat beri jaminan tidak akan berulang lagi tahu depan , kalau boleh sebelum tahun depan tak mau lagi muka hang dok jadi Pengarah JAIP lagi. Memalukan bila masalah seperti ini berlaku . Memang ini motif politik la untuk sabotaj MB Perak kerana jika kita baca perutusan Nizar sempena Hari Raya ,beliau mahu rakyat Perak buat perubahan besar-besaran .
Mungkin inilah perubahan besar-besaran yang pertama diarahkan oleh Nizar kepada Pengarah JAIP untuk memalukan MB Perak ..
Wednesday, September 23, 2009
Nizar Oii !: Siapa puak kafir harbi ini untuk menuduh orang Islam munafik ???
As you know, a Malaysian Malaysia and the adulating admiration of the governance style of Khalifah Umar Abdul Aziz had been often times referred to by Guan Eng in DAP.
However, by the stroke of a pen, DAP are a bunch of demons in the eyes of a saudara baru. And Utusan Malaysia is ever ready and willing to print it on the day of Aidil Fitri.
All men are on borrowed time. A biological reminder alerts me that, I'd rather be a musafir of diverse worldviews than a fanatical munāfiq that spits venom.
And Ridhuan Tee appears less a munāfiq than a consummate practitioner of political Islam. He currently earns his keeps as a senior lecturer, remunerated by taxpayers' money collected sinfully or otherwise, to teach at the Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, the cradle that breeds many a soldier of our land.
Screenshots
Diatas adalah petikan kata2 seorang KAFIR haram jadah pada hari raya aidilfitri yang keluarkan kenyataan menuduh seorang yang beragama Islam itu MUNAFIK hanya kerana mempertahankan maruah agama Islam dari diperalatkan oleh bangsa KAFIR HARBI .
Selepas KAFIR ini melabelkan seorang aktivis Islam sebagai ISLAM EKSTREM tak lama dahulu dan kini dia ia muncul kembali untuk membela partinya dengan menuduh Ustaz Ridhuan tee seorang munafik .
APA HAK DIA UNTUK MENUDUH ORANG ISLAM ITU MUNAFIK ??? Ini ke ajaran dari ulama PAS yang mereka banggakan ?? Apa yang Ustaz Dr Ridhuan tee tulis adalah benar dan beliau menghuraikan dengan jelas tentang sikap kiasu dan siapa mereka ini sebenarnya . Dan mungkin puak2 kafir harbi ini terasa dan sudah jadi marah apabila ada orang kritik mereka terang-terang dengan berani.
Puak-puak ini kalau boleh mereka mahu terus menipu Melayu-Melayu bangang dalam PKR dan PAS agar terus hanyut dan dibuai mimpi indah mereka yang boleh berlakon jadi Khalifah Umar Abd Aziz dan boleh membaca ayat Al quran . Selepas itu paling memgembirakan hati puak-puak kafir harbi ini ialah ada Melayu yang digelar tok guru yang pertahan tindakan mereka .
Inilah puak2 KAFIR HARBI yang diagung2kan oleh MELAYU2 BODOH SOMBONG Pakatan Rakyat. Itu pun masih tak sedar-sedar lagi diri mereka sudah dikencing dan dilempaq najis oleh puak-puak yang patut digelarkan syaitan bertopengkan manusia . Jika mereka ini Melayu PAS dan PKR ambil sebagai kawan maka mereka ini yang mengkhianati Melayu dan gadai Agama Islam !!
“janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman…” Al Imran ayat 28
Melayu mudah cair bila dipuji - Dr Ridhuan Tee
Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?
Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.
Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.
Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.
Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?
Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.
Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?
Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?
Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.
Terhakis
Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.
Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.
Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?
Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?
Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.
Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.
Biarkan
Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.
Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(Mingguan Malaysia, 20 September 2009)
Nizar oiii !! Pakatan dilanda krisis di Selangor !!
Analisis Kumbang..
Ramai sudah tahu yang Hassan Ali dikritik oleh pemimpin DAP di Pagi Hari Raya kerana Hassan Ali dikatakan menggesa untuk SELCAT dikaji semula berikutan cara pengendalian soal siasat kepada Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri dikatakan mengaibkan dan bertarafkan "pertanyaan dan soal siasat kepada budak sekolah".
Malangnya niat baik Hassan Ali ini disambut dengan komen balas yang amat tidak patut dan "bertaraf budak sekolah" juga. Apabila isu gesaan untuk SELCAT dikaji semula ini disambut dengan mempertikaikan kenapa Hassan Ali berbuat demikian iaitu Hassan Ali dikatakan oleh Teng Chang Kim seolah-olah tidak menyokong kerajaan Negeri yang ada sekarang dan disusuli dengan Teng mempertikaikan kritikan Hassan Ali yang terdahulu melibatkan isu arak di Shah Alam serta Ronnie Liu yang tiada kena mengena dengan isu SELCAT.
Kumbang amat pelik dengan tindakan Teng ini seolah-olah ingin menutup mulut Hassan Ali untuk bersuara sedangkan isu SELCAT ini telah menjadi buah mulut di kalangan penjawat awam di Selangor. Hassan Ali bagi Kumbang hanya memperjuangkan isu kebajikan penjawat awam tetapi dibalas dengan bermacam-macam tuduhan.
Perkara ini menimbulkan persoalan adakah slogan negeri berkebajikan hanya retorik semata-mata atau sememangnya perkara yang ingin diambil-berat dan dilakukan oleh kerajaan Selangor?
Perkara ini turut disambut dengan kritikan daripada blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang menyifatkan gesaan yang dilakukan Hassan Ali untuk SELCAT dikaji semula adalah sebenarnya untuk menunjukkan sememangnya beliau adalah paling layak untuk menjadi Menteri Besar dan bukannya kerana prihatin terhadap rakyat serta benar-benar ikhlas.
Hal ini Kumbang rasa berlaku berikutan dengan para blogger dan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor telah dapat menghidu kewujudan Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo yang bertujuan untuk mewujudkan kerajaan Selangor yang baru dengan Hassan Ali sebagai Menteri Besar. Ini dibuktikan mereka dengan memperlihatkan kenyataan yang dibuat Hassan Ali kelihatan senada dengan Khir Toyo walaupun berbeza kapasiti dan intipati.
Bagi Kumbang samada wujud Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo untuk memerintah Selangor atau tidak. Kumbang melihat komen balas yang diucapkan Teng kepada Hassan Ali membuktikan PAS kini yang semakin dianaktirikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Hal ini dapat dibuktikan dengan kebanyakan projek hartanah dan perumahan kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad (adun PAS) dikatakan tidak diuruskan melalui beliau tetapi melalui Ronnie Liu dan Teresa Kok yang tiada kena mengena dengan projek hartanah dan perumahan.
Hal ini merupakan satu contoh menunjukkan bahawa PAS kini sedang bermasalah di Selangor dengan suara mereka seolah-olah dinafikan dan tanggungjawab Exco mereka pun dicantas oleh Exco-Exco DAP.
Adakah PAS sanggup menunggu lebih lama lagi untuk hidup dalam suasana penuh penganiayaan dan ketidakadilan?
Adakah ini masanya untuk PAS angkat kaki dan merealisasikan Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo seperti yang dicanangkan oleh para blogger pro PAS?
Adakah ini masanya untuk angin perubahan bertiup di Selangor dan menggembirakan rakyat Selangor yang setelah sekian lama menderita?
Kumbang sarankan PAS "berubah atau rebah!!"
Anwar Ibrahim semakin kepanasan....
Selangor punca kekayaan semakin hilang dari tangan....
sumber : analisis ringan
Link
Kesian PAS dimaki di pagi raya
Selcat selangor bertindak ala Gestapo
Tuesday, September 22, 2009
50,000 Rakyat hadiri rumah terbuka PM
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Walaupun hujan turun dengan lebat untuk seketika, suasana rumah terbuka Hari Raya di Seri Perdana di sini tetap meriah dengan lebih daripada 50,000 rakyat jelata dan orang kenamaan hadir di majlis itu.
Orang ramai mula berduyun-duyun datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi walaupun Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan barisan Kabinet beliau dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi.
Ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan parti-parti lain, diplomat, orang-orang kenamaan, pelancong dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan menghadiri acara itu yang membuktikan semangat sebenar 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Makanan yang dihidangkan juga membayangkan menu pelbagai kaum di Malaysia, dan sehingga pukul 3 petang masih ramai yang menunggu giliran untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Semasa persidangan berita di rumah terbuka itu, Najib berkata walaupun ini kali pertama beliau mengadakan rumah terbuka selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri, “semuanya berjalan lancar dan para hadirin berpuas hati dengan aturcara majlis dan hidangan.”
“Saya, isteri dan kakitangan merancang aturcara dan jenis makanan untuk dihidangkan kepada tetamu dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar mengikut rancangan,” kata Najib.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana membantu dalam menjayakan majlis rumah terbuka itu.
Di majlis rumah terbuka ini yang berakhir pada sebelah petang Najib dan anggota Kabinetnya termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Sumber Manusia, Dr. S. Subramaniam menyambut tetamu di dewan utama Seri Perdana.
Kecuali hujan lebat buat seketika itu, semuanya berjalan lancar dengan polis trafik memastikan lalu lintas yang lancar di luar Kompleks Seri Perdana.
Satu konsert di ruang terbuka diadakan untuk menghiburkan hadirin dan adalah jelas hadirin gembira dengan hidangan yang disediakan dan dendangan muzik artis-artis tempatan. – BERNAMA