Pages

Sunday, August 16, 2009

Sokongan menentang pengkhianat lagi bertambah


Kira-kira 35,000 ahli UMNO dari tiga bahagian di Pahang hari ini menyerahkan memorandum menyokong kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kepada Muhyiddin dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Sukpa di sini.

Tiga bahagian UMNO terbabit adalah Indera Mahkota, Paya Besar dan Kuantan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhaimi Sulong berkata, memorandum itu bagi menyokong pendirian Timbalan Perdana Menteri itu supaya tidak memohon maaf kepada Anwar secara terbuka atau tertutup sebagaimana gesaan ketua pembangkang itu.

''Kami tetap akan memberi sepenuh sokongan dan bersama-sama Timbalan Presiden UMNO demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

''Apa yang dilaungkan beliau, bahawa Anwar sebagai pengkhianat bangsa adalah benar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Muhyiddin dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat baru-baru ini menyifatkan, Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Sementara itu, di ALOR SETAR, sokongan terhadap Muhyiddin terus mencurah-curah.

UMNO Bahagian Kuala Kedah yang bersidang hari ini turut menyatakan sokongan padu kepada Timbalan Perdana Menteri itu.

Ketuanya, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, kenyataan Muhyiddin adalah berasas berikutan tindak-tanduk Penasihat PKR itu yang bertentangan dengan aspirasi perjuangan orang Melayu dan bumiputera.

''Anwar umpama virus yang mampu merosakkan,'' katanya ketika ditemui pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di Sekolah Menengah Tunku Abdul Aziz di sini hari ini.

''Kami akan berdiri teguh di belakang Muhyiddin dan ingin memaklumkan, bahawa beliau tidak berseorangan dalam kenyataannya itu,
" katanya.

Komen PB

PB mendapat risalah mengenai malam ini Anwar akan berceramah di Prmtg Pasir untuk menjawab Siapa Pengkhianat kepada penyokong-penyokong mereka .Confirm dia akan temberang cakap kepada penyokong2 PR yang tak tau apa ini mengenai gadai tanah di genting la kepada Lim Goh Tong . Mungkin budak-budak mentah dalam AMK terutama tak kenal Anwar lagi yang baru masuk PKR tidak sedar dan mungkin tidak tahu yang Penasihat parti mereka itu pernah sehati berdansa riang ria dengan anak mendiang tauke Genting Highlands,Lim Goh Tong dalam satu majlis semasa beliau di puncak kuasa dalam Barisan Nasional dulu ( agendadaily )

Kita nak tanya berapa lama dia dalam kerajaan dan berapa lama dia jadi Menteri Kewangan dan berapa lama dia jadi Timbalan Perdana Menteri. Mungkin orang yang lama tahu adakah waktu itu dia pernah cakap @ sebut tanah itu sudah kena gadai.Lain lah kalau dia tak pernah duduk dalam kerajaan.

Kesimpulannya ,Anwar ingat dia boleh perbodohkan semua orang ? siapa yang kenal dulu dengan dia tahu dia siapa. Mungkin pendekar2 tempang AMK tidak kenali Anwar ini lagi dan senang diperbodohkan oleh beliau .

1 comment:

  1. saya da dgr komen diatas dari bro,
    ni polak komen saya ,

    Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,
    Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
    Melemahkan sistem kehakiman negara.
    Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
    Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
    Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
    Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
    Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
    Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
    Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
    Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
    Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
    Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
    Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
    Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
    Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
    Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
    Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
    seblom kita ckp kt org kita cermin diri dulu okk...

    ReplyDelete