Pages
▼
Sunday, August 2, 2009
Perhimpunan ISA : KJ tidak mahu rakyat membenci Pergerakan Pemuda
Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong. Walau bagaimanapun arahan dari Menteri dalam negeri tidak diindahkan. Budaya Anwar Ibrahim ini seolah-olah disokong oleh pro-anti ISA. Sebenarnya demontrasi ini adalah menyalahi undang-undang dan penyokong kerajaan tidak sepatutnya mengingkari arahan dari pemimpin negara. Selaku Ketua Pemuda Pergerakan Umno Malaysia adalah wajib dicontohi apabila Khairy Jamaluddin tidak bersama-sama mereka bagi mengingkari arahan pemimpin dan undang-undang perlembagaan negara.
Menteri dalam negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein telah mengarahkan mereka yang berdemo membatalkan rancangan mereka kerana dengan perbuatan ini akan menyusahkan harapan Perdana Menteri untuk menyatukan rakyat Malaysia didalam program 1Malaysia. Penyelesaian secara berdemontrasi ini hanya akan menghilangkan kepercayaan rakyat untuk menubuhkan satu negara yang stabil dan harmoni.
Perbuatan demontrasi jalanan ini tidak mendatangkan apa-apa hasil melainkan mencetuskan kemarahan rakyat yang mahukan keamanan. Perniaga-perniaga terpaksa menutup kedai dan punca rezeki mereka tertutup. Rakyat juga akan merasa bimbang dan ketakutan. Demontrasi ini hanyalah semata-mata luahan keegoan kedua-dua belah pihak untuk menunjukan kekuatan masing-masing.
Rakyat sedang menilai apa yang sedang berlaku dan kebanyakkan mereka dari anti ISA adalah terdiri daripada profesional dan mahasiswa. Pemuda Umno tidak mungkin terbabit didalam gejala yang tidak bermaruah ini dan tidak terlibat dalam perang saraf diantara kedua-dua belah pihak. Pemuda Umno juga tidak mahu mahasiswa dan golongan profesional membenci dan memusuhi Pergerakan Pemuda hanya kerana terlibat dalam tindakan yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara.
Link
Peniaga marah perhimpunan haram jejas perniagaan
Demonstrasi bermotif politik
589 sertai demonstrasi ditahan
Salam Blogger,
ReplyDeleteTahniah kerana mempunyai blog yang mampu menarik minat pengunjung walaupun tidak mendapat sebarang bayaran atau upah selama ini.
Namun mahukan anda menjadikan blog ini sebagai sumber pendapatan? Anda hanya perlu memaparkan sedikit makluman iaitu:
”Dapatkan kitab perubatan, ramuan, petua, doa, dan amalan kesihatan & keselamatan diri secara percuma. Sila klik di sini”
Ya. Anda cuma perlu meletakkan link tersebut dalam blog ini dan anda akan menerima bayaran untuk tugas promosi tersebut.
Sila layari http://www.morhabshi.com untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Morhabshi
ReplyDeleteKau tahu tak ini blogger penyokong totop KJ yang jaga 5 blog pro-KJ?
DUit engkau sikit. Kj kasi 6/7 ribu sebulan buta kerja bodoh.
pandai anon ni...klu ckap dengan air liur spa pun bleh...kemukakan bukti.. takat ckp sapa pun bleh....klu slah sia-sia je dapat dosa free...kj gak dapat pahala...haha...
ReplyDeleteanon 4.57
ReplyDeleteSaya akui saya adalah ahli Pemuda UMNO dan blogger penyokong UMNO,Pemuda dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin .
Untuk pengetahuan sdr, saya tidak mendapat satu sen pun duit utk buat blog ini malah bil streaymix saya pun saya bayar sendiri hasil duit gaji kerja saya sebagai Eksekutif . saya membuat blog ini hanya untuk berjuang demi parti UMNO yang menegakkan agama,bangsa dan negara.
kalau sdr tuduh tuduhan yang berunsur fitnah dan salah ,saya mendapat pahala dan sdr akan mendapat dosa.