Pages

Saturday, August 8, 2009

Pemuda UMNO cabar Pemuda PAS bersama tentang pihak hina Islam


Pemuda Pas dicabar bersama Pemuda UMNO tentang pihak hina Islam
07/08/2009 11:12pm

MARANG 7 Ogos - Pemuda UMNO hari ini mencabar Pemuda Pas yang selama ini ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam supaya sama-sama menyertai pergerakan itu mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak-pihak tertentu dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Shah Alam pada 14 Ogos.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda Pas dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.

“Pemuda UMNO akan menganjurkan satu ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat untuk kita menentang penghinaan agama Islam itu dan saya jemput Pemuda Pas untuk bersama dengan kita atas pentas Pemuda UMNO pada malam tersebut.

“Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama,
” katanya. - Bernama



DAP KURANG AJAR MAHU TIKAM BELAKANG RAKAN BAIK MEREKA PAS

DAP gesa tindakan disiplin terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor

PETALING JAYA: Perbalahan terbuka antara parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco Selangor, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata tindakan Dr Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

"Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.


Komen PB

Kepada blogger yang kritik Khairy mengenai isu hina Islam yang mana dia kata "Mana Ketua Pemuda UMNO " . Aku nak bagitahu dia jangan kalut sangat @ main serbu tak tahu punca. Pemuda UMNO tahu hendak bertindak dan 14 Ogos nanti Pemuda akan turun berceramah besar-besaran di Shah Alam .Bawa sekali mai Penceramah Terkenal Ustaz Kamal Saidin sekali untuk cerita tentang DAP Kafir Harbi ini yang patut ditolak oleh PAS .

Isu sekarang ini bukan lagi isu politik tetapi Isu Islam dan semua umat Islam terguris hati dengan penghinaan sebegini oleh pemimpin DAP. Politik PR di Selangor semakin bercelaru sekarang , umat Islam di Selangor dihina dan juga di Pulau Pinang . DAP wajib ditolak oleh orang MELAYU SEMUA !! Sejarah telah menunjukkan mereka ini daripada dahulu menentang ISlAM dan kini kita sejarah ini telah berulang kembali.

10 comments:

  1. Salam buat pejuang bangsa......

    kat sini memang benar kita mesti dan patut marah dan rasa terhina dengan exco selangor dalam kes arak....cuma untuk persepsi rakyat terhadap keikhlasan umno yang dipertikai..usdahkah sdr terlupa dulu...biarpun sudah berlalu parutnya masih bernanah dan terluka....

    umno selangor dari pemimpin bawahan hingga kepada Menteri Besar UMNO mengutuk dan menghina penangkapan 3 orang ratu cantik (sudah pastinya dari kalangan melayu Islam) dan juga penangkapan orang melayu kerana minum arak di sebuah cafe atau pusat hiburan...umno selangor begitu marah dengan penangkapan tersebut kerana khabarnya anak seorang VIP dari umno turut ditangkap

    kedua-dua peristiwa ini...akhirnya menyebabkan JAIS dihina dan dikutuk serta membawa kepada pemecatan Allahyarmah TG Hj Ishak Baharum yang merupakan mufti pada waktu itu...

    Namun sayang tindakan itu langsung tidak dibantah oleh ahli umno yang mendakwa cintakan Islam....pemuda umno pada waktu itu langsung tidak bersuara....

    mungkin sdr dan ahli umno menggap peristiwa itu sudah berlalu tetapi bagimanakah pemuda umno dan pemuda pas ingin bersama di dalam menentang pihak yang menghina Islam jika berlakunya doubled standard di dalam hal ini...

    mungkin sdr sebagi blogger yang berjiwa umno kental akan menyalahkan saya kerana seolah-olahnya ingin bersama pas....diakui juga di sini pas selangor juga sebenarnya turut bertanggungjawab di dalam isu arak ini....sepatutnya memberikan kefahaman yang jelas tentangnya kepada bukan Islam....bukan hanya DAp tetapi juga dari komponen barisan sendiri seperti MCA Gerakan,PPP dan MIC...

    Semoga isu ini diperjuangan dengan ikhlas..tanpa keikhlasan rakyat teramai akan membuat persepsi sekali lagi umno hanya perjuangan Islam untuk political survivalnya sahaja...

    ReplyDelete
  2. Dangkal sungguh kenyataan pemuda umno dan tindakan perhimpunan haram mereka, pelik umno masih memerintah perketuan dan 8 negeri lagi, kenapa tidak haramkan sahaja arak dinegeri yang mereka perintah? Pemuda umno tidak pula bersama PAS kedah ketika isu kuata 5o% perumahan di Kedah. Tindak tanduk umno tidak lebih seperti kera kena belacan

    http://penakiri.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. mmg umno da wat salah
    yg lpas tu lpas la
    skg focus la utk hadapi musuh utama islam = dap laknatullah
    kalo hg nk ungkit yg lpas2 smpai bila2 kita dok kelei sesama sndiri
    dap makin beraja pijak islam

    melayu jgn berani sesama melayu sj!!
    bersatu sebelum terlambat!!

    xmau aku komen pnjng2 kalo da bengap kepala batu ckp pnjg2 pn xkn terima jgk

    ReplyDelete
  4. terlebih dahulu saya ingin nyatakan saya merupakan orang atas pagar. kalau saya rasa setuju, saya sokong. kalau x saya tegur... harap maklum..

    saya x serapa suka dengan kenyataan fathi ikram yang membidas UMNO.

    PAS merupakan parti yang memperjuangkan ISLAM, maka parti itu tidak boleh "bengkok" walau sikit pun. sekiranya mereka berbuat sedemikian, maka mereka tidak ubah seperti "membakar diri sendiri".

    Sape pro parti ni, mesti banak kali tok guru secarah pasal dunia dan akhirat. Ingat oi... orang yang paling banyak menggunakan agama dalam urusan hariannya adalah orang paling bagus dan bahaya, paling mudah masuk syurga ataupun neraka.

    Orang UMNO ni kesian dengan penguat kuasa dan parti PAS, yang dikuasai oleh org melayu. Ini kerana ..... lu boleh pikir sendiri la... dan mereka xnak sejarah lampau yang penuh tulisan mengenai sikap orang islam di malaysia, orang melayu khususnya, dalam buku sejarah tu berubah lagi...

    Pasal isu di Kedah pula, buat ape nak komplen, Melayu/bumiputra memang dah nampak sangat tak mampu, patut kasi muka la sikit... bagi kuota lebih. Cube saudara tengok kes amanah saham wawasan yang baru berlalu, kaum cina & india yang kurang senang dengan UMNO beli saham abis dengan cepat... Kaum Melayu dan bumiputera.... miskin sumenyer... nak beli pun tak mampu...

    ReplyDelete
  5. umno net

    saya tahu isu itu ,tetapi itu isu lama dan sekarang ini UMNO skrg bukan lagi spt dulu .UMNO dibawah Najib dibantu oleh Muhyiddin kini dilihat sedang melakukan perubahan untuk UMNO.

    Pemuda zaman dulu dan kini juga lain.pemuda hari ini proaktif dan sensitif dengan isu berkaitan dengan rakyat.

    Kalau sdr cakap perkara itu double standard ,di pihak PAS pun sama juga. Dahulu mereka cakap UMNO kafir kerana kawan dengan MCA dan MIC dan jangan lupa amanat Hj Hadi. tetapi kini PAS sekarang tidur sebantal dengan DAP Kafir harbi demi menjatuhkan parti UMNO.

    mana perginya ayat Al quran Hj Hadi yang dibaca sekerat itu dipegang oleh puak2 PAS???

    Jika sdr boleh fikir isu lama2 ,kami di UMNO juga boleh ungkit kisah lama ini. Cuma isu Arak ini ,mereka tidak boleh salahkan UMNO kerana dahulu di ceramah2 PAS ,mereka lah paling lantang mahu tutup kilang Arak dan haramkan Arak ..tetapi kini apa sudah jadi ?? Jangan cakap kalau tak boleh buat ...

    PAS di selangor ibarat melukut di tepi gantang saja ..DAP pun skrg mahu tubuhkan jawatankuasa disiplin mahu ambil tindakan terhadap Hassan Ali.


    Perjuangan UMNO menegakkan Islam dari zaman merdeka hingga sekarang jika kita imbas rekod UMNO cemerlang dan tidak lari dr pandangan Islam .

    UMNO mengikut fiqh dalam Islam dalam Kitab Hakam Al Sultanah mengikut jawatan2 menteri spt Perdana Menteri , Menteri kewangan ,Menteri Pertahanan ,Menteri Dalam negeri mesti diserahkan kepada orang Islam .

    Hadis Rasulullah juga menegaskan sekiranya kamu berada di bawah pemerintah yang selagi menyuruh kamu sembahyang ,selagi suruh kamu berzakat ,selagi berjihad ,maka haram bagi kamu mencaci maki mereka maka halal bagi kamu taat .


    Mana qariah tak masjid di Malaysia ini ??Mana taman tak ada surau ?? Mana Imam tak ada elaun ?? UMNO bina Masjid ini itu syiar Islam ..

    Membasmi kemiskian , Membasmi kejahilan dan memerangi penyakit ini adalah jihad yang menurut hadis Rasulullah dan dibuat oleh UMNO . Inilah perjuangan UMNO menegakkan Islam ..

    Siap yang kata UMNO hanya pejuang Islam untuk survival politik ??

    ReplyDelete
  6. Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sdr atas kesudian sdr memberi komentar sdr...persoalannya sangat jelas...walaupun kata sdr pas seperti melukut ditepi gantang...itu terpulanglah kepada persepsi masing-masing...

    Walaupun isu lama..ianya diam begitu sahaja...tiada langsung suara dari umno....
    sekurangnya telah jelas pegangan sdr itu cuma persoalan saya adakah perlaksanaan islam itu secara menyeluruh atau tidak...baiklah sdr menyatakan pas sendiri gagal di dalam memperjuangankan islam berbanding track record umno....

    Islam bagaimana yang diperjuangankan oleh umno...

    Pada pendapat saya kemudahan untuk beribadat dan sebaginya menurut Islam memang perlu tetapi bagimana perlaksanaannya....

    di dalam islam sendiri terdapat fiqh yang perlu diikuti bukan sekadar bersandarkan kepada material semata-mata.Adakah sudah cukup dengan pembinaan masjid,surau,bank,kedai pajak gadai dll?

    Pada saya degan KUASA masih ditangan umno laksanakan hukum Islam secara menyeluruh...sebagi contohnya bagaimana mahkamah terbahagi 2 satu syariah satu sivil...apakah hukum sudah mengikut hukum Islam sepenuhnya....cukupkah orang Islam yang minum arak sekadar dikenakan denda sahaja...bagi kebanyakkan kes....


    bagaiman dengan the way of life pemimpin umno...bukan saya ingin melihat pemimpin umno berjubah...berserban...dan sebaginya....cuma persolannyanya kehidupan yang penuh dengan kemewahan,sehingga menimbulkan persepsi yang negatif dari kalangan rakyat

    begitu juga dengan isu rasuah..maflah jika ketua pemuda umno sendiri terlibat dengan rasuah,cumanya ianya diberikan amaran,begitu juga dengan Ketua Menteri Melaka,Datuk Ali Rustam....apakah dosa rasuah kecil sdr? Apakah pada pemimpin umno jutaan duit yang berlegar itu merupakan duit untuk merebut kuasa secara tidak sah ...apakah adil begitu...isu rasuah bukan hanya melibatkan prinsip adil,malahan melibat isu prinsip keimanan bila berhadapan dengan duit.

    Apa yang saya utarakan UMNO selangor tidak layak untuk bercakap tentang kes arak..kerana sebelum ini sewaktu berkuasa tidak ada sebarang tindakan yang konkrit dan jelas di dalam membendung penhjualan serta meminum arak dari kalangan orang Islam...

    Malahan isu rasuah dan penyelewengan juga turut terpalit nama pemimpin umno.....

    Apakah sejarah dan dosa pemimpin umno boleh dipadamkan begitu sahaja....

    Semoga ada polisi yang jelas dari Najib untuk menghalang umat islam dari meminum arak..bagaimana dengan hukum Islam secara total..bukan di selangor sahaja..jika ingin buat buatlah di seluruh negara....Islam datang dari Allah..Allah jualah yang tahu hakikat hukuman yang diciptaNya.....

    ReplyDelete
  8. salam,

    to umno net,
    jangan tak tahu, itu adalah kerja anwar ibrahim. kalau tak percaya sila selak balik kes tangkapan gadis2 melayu tahun 97. Baca kenyataan anwar yang amat marah dengan tindakan jais. sejarah tidak pernah membohongi kita.-noor

    ReplyDelete
  9. Suara umat Islam lemah di dalam PAS & PKR. Kembalikan kita kepada UMNO kerana suara kita majoriti di sana.
    _______________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  10. Aku nak pegi sokong dibelakang kalau pemuda umno nak desak Menteri untuk tutup 2 kilang arak gergasi di Selangor dan gugurkan 3 orang melayu islam yg menjadi pengarah carlbergs..Ayuh pemuda umno mesti berani memperjuangkan nasib melayu islam.Kalau tidak dilayan,lebih baik Khairi dan Paklah kuatkan Pas dan berjuang dgn lebih yakin bersama Pas.

    ReplyDelete